Books

Books

[LIVE] Coronavirus Pandemic: Real Time Counter, World Map, News

23 July 2012

Takbbur, Ujud, Riak



Sifat sombong atau disebut juga takbur merupakan salah satu sifat yang tercela dan dibenci oleh Allah S.W.T sepertimana yang disebutkan di dalam firman Allah S.W.T :

“ Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, sekali-kali tidak akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan tidak (pula) mereka masuk surga, hingga unta masuk ke lubang jarum. Demikianlah Kami memberi pembalasan kepada orang-orang yang berbuat kejahatan.” 
~ al-A'raf : 40 

Di dalam ayat tersebut jelas menunjukkan balasan yang akan diterima oleh golongan ini di akhirat sana. Mereka sesekali tidak akan masuk syurga. 

Takbur berasal daripada perkataan bahasa arab ‘takabbara’ yang membawa maksud sombong. Perkataan takbur telah diterima pakai sebagai salah satu perkataan bahasa melayu. Di dalam kamus dewan edisi ke empat mentakrifkan takbur sebagai berperasaan tinggi diri dan suka menganggap diri sendiri lebih mulia, lebih pandai, lebih cerdik dari orang lain. Manakala sombong ditakrifkan sebagai tinggi hati, angkuh dan bongkak. (Kamus Dewan ed 4 :2005) Takbur dan sombong adalah perkataan yang sama maksud dan pengertiannya. 

Perbezaan Takbur, Ujub Dan Riak. 


Ujub bermaksud bangga akan diri sendiri, merasa kagum terhadap diri sendiri kerana kelebihan atau sesuatu yang terdapat padanya. Diri sendiri yang dimaksudkan adalah berkaitan peribadinya, orang kelilingnya, harta benda, kecantikan, kepandaian, anggota keluarganya atau apa sahaja yang dekat dan akrab dengan dirinya. 

Manakala riak pula ialah tidak ikhlas menunaikan ibadat atau melakukan sesuatu dengan mengharapkan balasan yang setimpal. Sebagai contoh seorang lelaki atau perempuan yang bersembahyang sambil mengharapkan agar ada orang yang memerhati dan memuji kerajinannya. 

Ketiga-tiga penyakit hati ini membahayakan umat Islam dan ada pendapat ulama meletakkan ketiga-tiga sifat ini sebagai syirik kecil. Jika sifat-sifat ini terdapat di dalam diri, ia akan menyebabkan pahala amalan ditolak serta merta. 


Sifat takbur mempunyai tiga peringkat iaitu : 


1- Takbur kepada Allah S.W.T. 
Ia setinggi-tinggi tingkat takbur dan paling membahayakan diri, ia berpunca daripada sifat jahil, angkuh dan ingkar. Al-Quran mengisahkan kaum ‘Aad, Firaun dan Qarun diazab oleh Allah S.W.T kerana memiliki darjat takbur seperti ini. 

2- Takbur kepada Rasul 
Ia jatuh pada darjat yang kedua peringkat takbur Golongan ini berpendapat bahawa Rasul ialah manusia biasa yang tidak memiliki apa-apa keistimewaan sepetimana yang dirakamkan di dalam al-Quran yang bermaksud: "Sesungguhnya kamu (Muhammad) hanya manusia biasa seperti kami." ~ Surah Ibrahim :10

3- Takbur terhadap sesama manusia. 
Takbur peringkat ketiga ini tidak sama dengan takbur kepada Allah S.W.T dan Rasul-Nya yang boleh membawa kepada sifat-sifat kafir. Takbur peringkat ini hukumnya berdosa dan fasiq. 

Dipandang dari beberapa sudut, sifat takbur boleh membawa kepada: 

a) Ingin menyaingi kekuasaan dan sifat-sifat Allah S.W.T. 
b) Keingkaran terhadap perintah-perintah Allah S.W.T dan Rasul-Nya. 
c) Bertuhankan kepada manusia. 
d) Menghalang sifat-sifat baik.

Wallahualam

No comments: