Ikatlah ilmu dengan menuliskannya ... Kerana ilmu yang ditulis akan tetap tersimpan daripada keterbatasan ingatan manusia
Books
[LIVE] Coronavirus Pandemic: Real Time Counter, World Map, News
Showing posts with label Budaya. Show all posts
Showing posts with label Budaya. Show all posts
28 February 2017
Si Penjual Tempe Dengan Doanya
Di dalam sebuah kampung di satu pendalaman, tinggal seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijual merupakan tempe buatannya sendiri.
Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya, tempe beliau telah masak sebelum bertolak.
Setelah diperiksa beberapa bungkusan yang lain, ternyata kesemuanya belum masak lagi. Perempuan tua itu berasa sangat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa :
“Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin..”
Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hati. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sedikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe.
Namun, dia termenung seketika kerana tiada sebarang perubahan yang berlaku dan masih tetap kacang soya. Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi.
“Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin..”
Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!!
Sementara itu, hari pun semakin meninggi. Tentunya pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum termakbul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yang sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan perjalanannya ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar, kesemua tempenya akan masak.
Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa,
“Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin”.
Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi.
Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia bertambah risau. Dia duduk seketika lalu menarik nafas dalam-dalam.
Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia merasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Akhirnya dia cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya kerana merasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi.
Sementara itu, hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang. Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil
jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir,
“Ya Allah,berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini.”
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita,
“Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya dah pusing keliling pasar ni untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi..”
Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya,
“Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin..”
Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun merasa gembira dan sangat bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu,
“Kenapa anak ni nak beli tempe yang belum jadi?”
Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe segar dari kampung. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.
Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan…
-------------------------------------------------
Kita sering memaksa supaya dimakbulkan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita. Sebagai hambaNya yang lemah, tetap sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita tanpa lelah dan putus asa. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.
Tiada yang mustahil bagi Tuhan apabila ia berkehendakkan sesuatu. Apa yang akan dimakbulkan sesuai mengikut waktu dan keadaan yang kita sendiri tidak mampu untuk memikirkannya.
Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita, sedang kita selalu lupa untuk memenuhi hak Allah yang asas. Semoga kita semua menjadi hamba Allah yang bertakwa. Amiin Ya Rabbal Alamin.
21 October 2016
Hukum Menyertai Polisi Insurans Nyawa Konvensional: HARAM
Semasa episod akhir Da'i TV3 2016 pada sesi soalan imtihan yang dikemukakan oleh Ustaz Mohamad Zarifi ... ramai terkejut termasuk para peserta akhir yang tidak mengetahui bahawa menyertai polisi insurans nyawa konvensional adalah HARAM.
Merujuk kepada persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-16 yang bersidang pada 15-16 Feb 1979 yang membincangkan mengenai insurans.
Kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu:
(i) Mengandungi gharar (ketidak-tentuan)
(ii) Mengandungi unsur judi
(iii) Mengandungi muamalah riba
Rasulullah SAW bersabda;
وعن أنس بن مالك عن النبي صلى الله عليه و سلم قال : ] طَلبُ الحَلالِ وَاجِبٌ على كلِ مُسلِم.[ [2] رواه الطبراني في الأوسط وإسناده حسنMaksudnya: Anas bin Malik meriwayatkan dari Rasulullah SAW, bersabda; “Mencari yang halal adalah suatu kewajipan ke atas setiap Muslim”. Diriwayatkan oleh al-Thabarani dengan sanad yang baik (hasan).
Sekadar makluman umum. Wallahu a'lam
Maklumat lanjut di sesawang: http://j.mp/2dTMHwL
Labels:
Budaya,
Hukum Dalam Islam,
Ilmu,
Islam,
Kehidupan,
Kemanusiaan,
Malaysia
25 March 2016
Hukum Menggunakan Telefon Bimbit Ketika Khatib Sedang Berkhutbah
Mengenai Persoalan Islam Yang Kontemporari ...
Di sesetengah masjid, sebelum khatib memulakan khutbahnya, bilal yang bertugas mengingatkan para jemaah agar diam dan jangan berkata-kata ketika khatib sedang berkhutbah dengan membacakan sepotong hadith:
Bagaimanakah pula jemaah yang menggunakan telefon bimbit ketika khatib membaca khutbah Jumaat sambil melayari dan mengemaskini status media sosial Facebook, WhatsApp, Instagram, Telegram (atau bermain games) dsbnya? ... Situasi seperti ini kerap kali terjadi, namun hampir tiada kedengaran dari agamawan dan alim ulamak teguran perbuatan jemaah yang menggunakan telefon bimbit.
Saya mentakrifkan hukum ini dengan diqiyaskan kepada maksud sebuah hadits sahih yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawasanya Nabi Muhammad SAW bersabda:
Kesimpulannya, perbuatan menggunakan telefon bimbit ketika khatib membaca khutbah Jumaat adalah suatu perbuatan yang bertentangan dengan sunnah dan adab yang menuntut kita supaya diam dan meninggalkan segala perbuatan yang boleh menjejaskan tumpuan terhadap khutbah Jumaat. Oleh itu, perbuatan ini sayugianya ditinggalkan kerana ianya mengakibatkan kerugian yang sangat besar, iaitu kehilangan pahala dan kelebihan-kelebihan solat fardhu Jumaat.
Wallahu a’lam bish-shawabi
Di sesetengah masjid, sebelum khatib memulakan khutbahnya, bilal yang bertugas mengingatkan para jemaah agar diam dan jangan berkata-kata ketika khatib sedang berkhutbah dengan membacakan sepotong hadith:
“ Barang siapa yang berkata-kata apabila khatib sedang membaca khutbah walaupun dengan berkata “diam” (melarang orang lain daripada bercakap) sekalipun, maka luputlah pahala Jumaatnya. Dari itu, diamlah dan dengarlah dengan taat, mudah-mudahan kita semua akan beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat”. ...
Bagaimanakah pula jemaah yang menggunakan telefon bimbit ketika khatib membaca khutbah Jumaat sambil melayari dan mengemaskini status media sosial Facebook, WhatsApp, Instagram, Telegram (atau bermain games) dsbnya? ... Situasi seperti ini kerap kali terjadi, namun hampir tiada kedengaran dari agamawan dan alim ulamak teguran perbuatan jemaah yang menggunakan telefon bimbit.
Saya mentakrifkan hukum ini dengan diqiyaskan kepada maksud sebuah hadits sahih yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawasanya Nabi Muhammad SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang berwudhu dan menyempurnakan wudhunya, kemudian dia (pergi ke masjid) untuk menunaikan solat fardu Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah disampaikan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya dan ditambah tiga hari lagi. Dan sesiapa yang bermain-main dengan anak-anak batu (ketika khutbah), maka dia telah berbuat sia-sia”.Jika dinilai dan diteliti, perbuatan menggunakan telefon bimbit ketika khutbah dibacakan ini adalah lebih buruk lagi daripada perbuatan bermain dengan anak batu kerana perbuatan seperti bermain game, melayari halaman internet, berkomunikasi melalui halaman rangkaian sosial dan sebagainya itu adalah sangat jelas lebih menghilangkan kekhusyukan dan menjejaskan tumpuan terhadap khutbah Jumaat.
~ Hadits riwayat Muslim
Kesimpulannya, perbuatan menggunakan telefon bimbit ketika khatib membaca khutbah Jumaat adalah suatu perbuatan yang bertentangan dengan sunnah dan adab yang menuntut kita supaya diam dan meninggalkan segala perbuatan yang boleh menjejaskan tumpuan terhadap khutbah Jumaat. Oleh itu, perbuatan ini sayugianya ditinggalkan kerana ianya mengakibatkan kerugian yang sangat besar, iaitu kehilangan pahala dan kelebihan-kelebihan solat fardhu Jumaat.
Wallahu a’lam bish-shawabi
Labels:
Budaya,
Hukum Dalam Islam,
Ilmu,
Islam
18 February 2016
Why Do We Waste So Much Food?
Each year we waste 1.3 billion tonnes of food worldwide, a third of the total produced. Plenty of evidence suggests we do look for similar traits in both people and produce, and our perceptions of food are clearly affected by what it looks like.
An alternative explanation is that we “eat with our eyes”. Colour has a huge impact on how we perceive taste, with multiple studies demonstrating how a variety of learned and natural responses can influence the communication between our eyes and brain to determine taste.
* Because ugly food is beautiful on the inside.
via The case for buying and eating ugly fruits and vegetables - Business Insider
07 November 2015
MEROKOK: Faktwa Pengharaman Merokok Dan Bahaya Kesihatan
Satu ketika dahulu ada satu pesanan guru (nama ustaz terlupa lak!) ketika menuntut di Penang Free School :
"Jika hendak BERHENTI MENGHISAP ROKOK, JANGANLAH BERHENTI MEMBELI ROKOK" ...Ironinya, KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) masih tidak bertindak tegas dan kurang berupaya membanteras gejala yang memudaratkan nyawa dan kesihatan manusia, antara faktor penyebab orang muda mati kerana penyakit jantung koronari. Di samping itu, kos penjagaan kesihatan rakyat Malaysia turut meningkat atas perbuatan yang tidak memberi manfaat ini.
Begitu juga kepada para agamawan dan pendakwah kurang menekankan isu ini yang membarah penyakit sosial masyarakat Islam. Peranan JAKIM dan para mufti yang tidak serius mewartakan keputusan FATWA PENGHARAMAN MEROKOK DI KALANGAN UMAT ISLAM. ...
Justeru, para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji.
Semoga kita dijauhkan dari kemusnahan diri sendiri dan menyokong produk yang merosakkan tubuh badan manusia dan ekonomi.
Sapere aude
Labels:
Budaya,
Hukum Dalam Islam,
Kemanusiaan,
kematian,
kesihatan,
Malaysia,
Pengguna,
penyakit
22 April 2012
Pantun #002
Anak kecil berlari ke titi,
Mengikut ibu membeli ikan,
Mohon tuan hamba dituruti,
Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan
21 April 2012
Pantun #001
Ikan sepat berenang di muara,
Dipancing orang dengan sempila,
Jaga adab budi bicara,
Kelak nanti dikenang pula
Subscribe to:
Posts (Atom)








