Books

Books

[LIVE] Coronavirus Pandemic: Real Time Counter, World Map, News

Showing posts with label Tamadun Islam. Show all posts
Showing posts with label Tamadun Islam. Show all posts

16 December 2016

Kisah Aleppo Dan Negara-Negara Dilanda Kesengsaraan Perang Afganistan, Iraq dan Libya



Kita berasa sedih dengan penderitaan yang ditanggung penduduk Aleppo yang saban waktu dibom sejak tahun 2011. Namun begitu kita juga...


Tidak boleh melupakan rakyat di Iraq, Afganistan dan Libya yang hancur musnah kehidupan mereka akibat dibedil dan dihilangkan kehidupan mereka oleh askar-askar Amerika Syarikat dan NATO. Dengan hanya alasan mahu menjatuhkan pemimpin yang dikatakan zalim, negara-negara tersebut dijarah. Namun hakikatnya rakyat jelata yang menerima padahnya.

Kepada rakyat Palestin yang telah mengalami perit kezaliman sejak tahun 1948, apabila terhasilnya Rancangan Pemecahan Bahagian PBB 1947 yang dibahagikan kepada "negara Yahudi".

Kenapa semua ini disenyapkan dari pandangan umum? ... Kerana mainstream media (MSM) / media massa utama dunia dikuasai oleh  The "Big Six" yang mengawal sumber maklumat dan berita dunia. Mereka ini berusaha agar projek “Greater Israel” dapat dijalankan dengan jayanya. ... Setelah semua penentang Israel ini dapat dijatuhkan, maka Israel dapat berkembang dan diperbesarkan hampir seleuruh Tanah Arab. http://www.globalresearch.ca/greater-israel-the-zionist-plan-for-the-middle-east/5324815 

Walau bagaimanapun sebagai seorang muslim setidak-tidaknya pada hari Jumaat ini kita berdoa kepada Illahi memohon perlindungan dan kekuatan kepada mangsa-mangsa perang yang tidak berdosa ini.

 Aamiin ya rabbal 'alamin.

07 February 2016

Hukuman Secara Adil Dan Amanah Dalam Hukum Islam Mengikut Teladan Rasulullah SAW

Isu ini dikupaskan sebentar tadi dalam rancangan Al-Kulliyyah di TV9 berkaitan isu amanah.


Hukum Islam akan bersesuaian dengan perkembangan zaman. Zaman perlu disesuaikan dengan hukum-hukum Islam bukannya hukum-hukum Islam disesuaikan dengan zaman atau mengikuti perkembangan zaman. Rasa keadilan itu  tidak bergantung pada zamannya, tetapi sebenarnya hawa nafsu manusia yang enggan menuruti hukum-hukum Islam. Maka hukum yang adil seharusnya terlepas dari hawa nafsu manusia, dan perlaksanaannya sesuai  pada setiap zaman.

Hukum Islam berlaku bagi semua muslim, samaada laki-laki, wanita, tua ataupun muda, orang hartawan atau bangsawan, pemimpin atau pun rakyat jelata.

Seorang wanita di zaman Rasulullah SAW sesudah fathu (pembukaan) Mekah telah mencuri. Lalu Rasulullah memerintahkan agar tangan wanita itu dipotong. Usamah bin Zaid menemui Rasulullah untuk meminta keringanan hukuman bagi wanita tersebut. Mendengar permintaan Usamah, wajah Rasulullah langsung berubah. Baginda lalu bersabda : "Apakah kamu akan minta pertolongan  untuk melanggar hukum-hukum Allah Azza Wajalla?" Usamah lalu menjawab, "Mohonkan ampunan Allah untukku, ya Rasulullah." Pada petang harinya Nabi SAW berkhutbah setelah terlebih dulu memuji dan bersyukur kepada Allah. Inilah sabdanya : "Amma ba'du ...
" ... Orang-orang sebelum kamu telah binasa disebabkan bila seorang bangsawan mencuri dibiarkan (tanpa hukuman), tetapi jika yang mencuri seorang awam (lemah) maka dia dijatuhkan dengan hukuman. Demi yang jiwaku dalam genggaman-Nya. Apabila Fatimah binti Muhammad mencuri maka aku pun akan memotong tangannya." Setelah bersabda begitu baginda pun kembali menyuruh memotong tangan wanita yang mencuri itu
~ (Hadis Riwayat Bukhari).

Dari sini terlihat jelas adanya persamaan di dalam perlaksanaan hukum (tidak ada sesiapa yang boleh terlepas daripada hukuman) tanpa memandang pangkat, jawatan dan kedudukan. 

24 December 2015

Sambutan Maulidur Rasul Kali Ke-2 Pada Tahun 2015

Tahun 2015 Masihi ini umat Islam menyambut Maulidur Rasul sebanyak 2 kali iaitu pada 3 Januari 2015 dan hari ini 24 Disember 2015. Hari di mana ulang tahun keputeraan Nabi Muhammad SAW yang bersamaan 12 Rabiul Awal.

Kebetulan sehari selepas sambutan hari 12 Rabiul Awal 1437 Hijrah disambut pula hari ulang tahun kelahiran Jesus Christ bagi penganut agama Kristian kalangan Western Christianity ... (bagi Eastern Orthodox, Armenian Orthodox dan lain-lain ada yang menyambut pada 6, 7, 8 atau 19 Januari) ...

Natijahnya perisitwa di atas ialah setiap manusia yang berada di muka bumi ini mampu mengharungi kehidupan seharian dalam keadaan aman sentosa sekiranya kita ikhlas menghormati kehidupan insan lain yang berbeda pandangan. Sejajar dengan ciri-ciri kepimpinan yang ditonjolkan oleh Nabi Muhammad SAW sendiri.

«««●●●»»»

"Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat)" ~ Surah Maryam : 33

04 August 2011

Tazkirah Ramadhan

Diriwayatkan dalam sebuah kisah yang menarik, setelah Sultan Salahuddin al-Ayyubi berjaya menawan kembali Baitul Maqddis, beliau berjalan-jalan di sekeliling kota. Tiba-tiba beliau disapa oleh seorang lelaki tua beragama Kristian, katanya: “Wahai pahlawan agung, mengapa tuan tidak membalas semula tindakan kejam tentera salib terhadap tentera tuan?”

Jawab Sultan Salahuddin: “Wahai orang tua, agama kami bukan sahaja melarang sifat balas dendam, tetapi sangat menegah tindakan di luar batas perikemanusiaan seperti yang pernah musuh-musuh kami lakukan. Islam menyuruh kami menepati janji, memaafkan kesalahan orang lain dan melupakan kekejaman pihak musuh ketika mereka berkuasa.”

Orang tua itu berkata lagi: “Alangkah indahnya agama tuan! Saya ingin sangat menikmati kehidupan yang indah seperti itu pada sisa-sisa akhir hidup ini. Apakah yang patut saya lakukan untuk memeluk agama tuan yang mulia ini?”

Sultan Salahuddin menjawab: “Lafazkanlah syahadah, beriktikadlah bahawa Allah SWT itu Maha Esa dan Muhammad itu Rasul-Nya. Kemudian kerjakanlah apa yang Allah Taala perintahkan dan tinggalkanlah segala larangan-Nya.” Mendengar penjelasan itu, lelaki itupun terus mengucap dua kalimah syahadah dengan penuh keyakinan. - al-Kurauwi

Kesimpulan: Contoh teladan yang ditunjukkan oleh pahlawan agung Salahuddin al-Ayyubi yang menghormati orang lain tidak kira sahabat mahupun musuh di medan perang. Janganlah melakukan kezaliman dan fitnah ke atas manusia lain walaupun berlainan agama kerana dalam Al-Quran dinyatakan bahawa: .... 

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim."
~ Al-Hujuraat : 11

14 December 2010

Sumbangan Tamadun Islam Dalam Pelbagai Bidang Keilmuan

Islam telah melahirkan antara tamadun manusia yang terunggul di dunia. Ilmuan serta cendekiwan Islam seperti Ibnu Sina atau Avicenna, Ibn Rushd atau Averroes dan Al-Khawarizmi telah menyumbang kepada pembangunan sains dan teknologi dunia. Malahan pembangunan ilmu dalam Dunia Islam telah diakui sebagai pemangkin kepada Zaman Pembaharuan (bahasa Inggeris: Renaissance) di Eropah yang akhirnya melahirkan satu tamadun yang gemilang di sana. Malah sejarahwan barat Robert Briffault telah mengakui betapa barat terhutang budi kepada orang-orang Islam:

For although not a single aspect of European growth in with the decisive influence of Islamic civilization is not traceable, nowhere is it so clear and momentous as in the genesis of that power with constitute the permanent distinctive force of the modern world and the supreme source of its victory - natural science and scientific spirit. Science is the momentous contribution of Arab Civilization to the modern world. It was not science only which brought Europe back to life. Other and mainfold influences from the civilization of Islam communicated its first glow to European life.

Bangsa Barat khasnya Eropah telah mengambil inisiatif besar menterjemah malah mempelajari pelbagai jenis ilmu dari dunia Islam Sepanyol dan lain-lain wilayah di Timur Tengah. Ilmu-ilmu yang diterjemah itu melewati ilmu-ilmu falsafah, perubatan, astronomi, matematik, logik, akhlak, kimia dan algebra. Lahir universiti-universiti Naples, Bologna, Universiti Paris, Oxford dan Koln, akhirnya Eropah berjaya melepasi Zaman Gelap meluncur menuju Zaman Pembaharuan. Ilmu-ilmu dari dunia Islam telah membawa kejayaan besar kepada bangsa Eropah.



Rujukan : Shaikh Abdullah Hassan Mydin. 2006. Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (TISA). Pulau Pinang:  PPPJJ-USM, Malaysia. Hal. 86