Kedua-dua sahabat itu terus membisu. Masing-masing memikirkan tentang nombor. Betulkah ada nombor membawa tuah dan yang lain tidak? "Apa yang aku tahu, orang Cina cukup taksub dengan nombor 8 - ada 'ong' kata mereka," Ramey memecah kesunyian. "Tapi apa yang aku dengar, jangan sebut itu pada orang
India, ia lambang kematian," balas Zidan. Kedua-duanya serentak terkekeh-kekeh.
Bagaimanapun seorang ahli fizik, Prof.Dr. Norhisham Wahab mengaku melalui kajiannya ada nombor yang membawa keburukan dan kebaikan.
"Benar, nombor ada semangat atau tenaga semula jadi yang boleh membawa keburukan atau kebaikan. Jadi, jangan terkejut kalau ada orang gunakan nombor tertentu untuk menjadikan dirinya bertuah. "Setiap orang dilahirkan bersama nombor yang ada pertalian dengan planet.
Kedua-duanya akan mempengaruhi tingkah laku seseorang," jelas Prof.Dr. Norhisham.
Pengasas rawatan terapi warna di Malaysia ini berpendapat, kalau seseorang tahu rahsia satu-satu nombor dan dapat menggunakan dengan betul, Insya-Allah dia akan berjaya.
"Tidak perlu jumpa bomoh-bomoh," katanya berseloroh.
Lalu Prof. Dr. Norhisham menghuraikan rahsia nombor dan kegunaannya hasil kajiannya itu.
1 - Satu
Lambang keunggulan Tuhan. Nombor kemakmuran, keutuhan diri, kekuatan,
keberanian dan kekuasaan. Rumah bernombor 1 akan sentiasa makmur. Tetamu suka
datang kerana suasana yang tenteram, damai dan tenang.
Kalau orang yang bernaung di bawah nombor ini, dia seorang yang berani.
Mempunyai pendirian yang kukuh, memiliki kekuatan fizikal dan mental.
2 - Dua
Nombor ini bersifat pasangan seperti sejuk lawannya panas. Ia simbol
pengesahan, penyaksian, perkaitan, syarat menemukan jawapan semula jadi dan
jodoh.
Menurut Prof. Dr. Norhisham, bagi seseorang yang sukar mendapat jodoh,
berlindunglah di bawah nombor ini. Tidak perlu jumpa dukun atau mandi
dibawah jambatan, cukup sekadar mengingati nombor itu.
Untuk lebih mudah, ambil segelas air sejuk mentah atau air kelapa, lebih
elok air zam-zam. Tuliskan nombor 2 di luar gelas, memadai menggunakan
hujung jari. Kemudian minum, ingat nombor itu dan niatkan dalam hati untuk
mendapat pasangan. "Lakukan tujuh kali atau tujuh hari berturut-turut.
Insha-Allah..tak sampai sebulan pasangan yang sesuai akan diperoleh,"
tambahnya lagi.
3 - Tiga
Rahsia akal, bijaksana, keceriaan, kesuburan, keseimbangan, pembalasan dan
penindasan. Bernaung di bawah nombor ini menjadikan anda seorang
yang pintar dan bijaksana. Biasanya apabila hendak melakukan sesuatu
pekerjaan akal akan berkata-kata sama ada ia baik atau buruk.
Boleh menjadi pencipta yang baik tetapi bermula dengan kemusnahan. Setelah
melalui beberapa kegagalan baru menikmati kejayaan. Tapi kalau putus asa,
habislah.
Mudah memiliki sesuatu kekayaan, benda, rumah, kereta
atau apa sahaja tetapi mudah pula melepaskannya.
Pintar menyelesaikan setiap masalah walaupun terlalu rumit. Seorang yang
subur, mempunyai anak ramai dan ibu bapa yang baik.
Paling penting mereka ini awet muda.
4 - Empat
Nombor ini membawa simbol rupa bentuk, kesempurnaan, kemantapan kedudukan,
kewangan dan kehidupan. Lambang kekuasaan, kestabilan dan lengkap. Ia stabil
dan tidak mudah di ganggu-gugat atau dipengaruhi.
Kekuatan mereka yang bernombor 4 ialah mampu melihat melalui daya imaginasi.
Agakan mereka selalunya tepat dan kalau merancang, Insha-Allah berhasil.
Ramai arkitek, jurutera dan pereka-pereka bernaung di bawah nombor ini.
5 - Lima
Simbol kreatif, intelek, mampu mempengaruhi, pemikir, bijaksana, pengkritik
dan tahap intelekual yang tinggi.
Kalau menjadi hakim, dia akan laksanakan tugas dengan bijaksana dan dapat
menyelesaikan segala masalah, perbalahan, kerumitan
dan kesusahan.
Kekuatannya adalah pada kata-kata. Mampu mempengaruhi orang lain membuat
keputusan. Pandai memujuk, merayu supaya pertelingkahan dapat dileraikan.
Jika anda tidak mampu membuat keputusan, ingatkan 5,
nescaya mudah semuanya.
6 - Enam
Hati-hati dengan 6 jika anda lemah semangat, jangan gunakannya kerana
syaitan dan iblis mudah merasuk.666 adalah lambang syaitan -
gandaan kelemahan bagi mereka yang lemah
semangat. Tetapi 6666 pula adalah kekuatan dan
kesempurnaan kerana ia adalah bilangan ayat al-Quran.
Kalau nombor peribadi anda 6, anda suka meramal dan boleh meramal dengan
tepat. Mulut masin. Suka pada benda ghaib, boleh
melihat dan menembusi alam ghaib.
Bagi yang belum kahwin tetapi sudah mempunyai pasangan
atau idaman hati cubalah ingatkan 6 dan niatkan pada air seperti nombor
2. Percayalah tidak sampai sebulan niat akan terlaksana.
7 - Tujuh
Inilah nombor paling baik. Selain itu ia juga lambang
pembalasan, memerintah, membangkitkan tenaga dalaman, pelindung,
pemusnah dan penghalau hantu.
Insha-Allah doa mereka dimakbulkan jika mengulangi 7
kali. Mereka juga bersifat melindungi dan mampu memerintah
dengan baik.
Nombor ini digunakan untuk menghalau hantu yang meresap di dalam badan.
Caranya mudah - palitkan nombor 7 dengan menggunakan
kapur di tempat yang sakit. Ia hanya mujarab dilakukan pada malam 13, 14
dan 15 (bulan penuh).
Ataupun pelindung ibu yang sedang sakit bersalin daripada dimasuki iblis.
8 -Lapan
Orang Cina cukup suka nombor ini. Kebanyakan mereka sanggup bayar
berpuluh ribu ringgit untuk mendpatkannya - untuk plat kereta atau rumah.
Memanglah nombor itu mendorong ke arah menjadi semakin kaya
tetapi sampai satu tahap jatuh bankrap.
Sebabnya.. kerana mereka tidak tahu 8 sebenarnya bermaksud penamat
kehidupan. Bagaimanapun nombor ini memang baik jika tahu rahsianya
iaitu iamendorong ke arah kekayaan, kemantapan, kehidupan,
keadilan, sempurna, lengkap dan akhirnya kematian.
Jika anda tidak tahu rahsia 8, jangan sesekali cuba menggunakannya.
Dari segi sains oksigen terletak dalam atom 8. Sebab itulah jika tidak cukup
oksigen orang akan mati.
9 - Sembilan
NOMBOR ini lambang kebenaran. Kerana itu polis menggunakan 999?
Ia juga lambang tenaga yang kuat. Sebab itulah ia disimbolkan gt;
sebagai perjuangan, kepahlawanan, peperangan dan pertikaian.
Bagaimanapun mereka yang bernaung di bawahnya mudah terlanjur dalam
perbuatan dan percakapan atau suka lepas cakap.
Tapi, jangan bimbang..walaupun mudah terlanjur tetapi anda seorang yang
cukup sempurna dalam hal ilmu keduniaan. Nombor ini boleh digunakan
untuk mencari semula barang yang hilang. Ingat nombor 9,
barang yang hilang akan jumpa semula, jika tersalah simpan!
10 atau 0
Simbol keabdian Yang Mencipta, Maha Kuasa. Kebesaran
yang tidak dapat diukur dengan apa sekali pun. Tidak ada permulaan dan tidak
ada pengakhiran - tiada penamat. Ia sentiasa akan berlingkar dalam pusingan
yang sama tanpa ada titik akhir.
Satu nombor yang cukup kuat, tidak mampu dikalahkan oleh segala ilmu yang
ada. Tidak ada orang bernung dibawahnya. Hanya Pencipta memilikinya.
Menurut Prof. Dr. Norhisham, mengetahui nombor peribadi penting kerana
melaluinya kita dapat mengenal diri. Hidup akan lebih teratur, sentiasa
berwaspada ketika membuat perhitungan dan insha-Allah.
tidak wujud penyesalan.
Kita tidak perlu mencari Tok Piah, Kam tukang tilik,
minyak cenduai Batin Yat atau bertemu bomoh fotostat bagi mencari barang
hilang. Anda mampu meramal masa depan sendiri, menghalau hantu, mencari
pasangan dan mendapat kekayaan.
Semuanya akan menjadi nyata kalau anda tahu apa rahsia
nombor peribadi anda.
Nak tahu nombor peribadi? Formula secara ringkasnya:
Campurkan tarikh lahir anda. Misalnya 12-12-1969à 1+2+1+2+1+9+6+9 = 31
(3+1=4) Jadi nombor peribadi anda adalah 4.
Tetapi itu bukanlah perkiraan yang tepat. Ia hanya anggaran kasar sahaja.
Ujian secara rohani diperlukan kerana hanya kita yang tahu rahsia
sendiri....
|
---|
YBhg Prof Emeritus Dr Sir Norhisham Wahab Pengasas/Ketua Pegawai Eksekutif
|
PENGKHUSUSAN / KEPAKARAN
Penyedia khidmat, produk dan bahan ilmiah bagi perubatan, penjagaan dan perundingan kesihatan serta perawatan penyakit dengan konsep Multi-disiplin Seni Sains Melalui Falsafah Kesihatan selain digarap secara Islamisasi Ilmu.
LATAR BELAKANG PENUBUHAN
Pengkajian Prof Emeritus Dr Sir Norhisham Wahab dalam bidang perubatan melalui kaedah getaran tenaga dan gelombang warna bermula sejak 1996 lagi.
Colour Vibration Therapy (CVT) diasaskan oleh Prof Em. Dr Sir Norhisham pada tahun 1999. Pada awal penubuhannya sebagai sebuah syarikat, sebahagian daripada produk dalam bentuk formula yang berkonsep aromaterapi dan telah berada di pasaran dengan penerimaan baik daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Melalui rangkaian perniagaan yang menjangkaui seluruh Malaysia, CVT begitu dikenali dalam bidang penjagaan kesihatan dan perawatan penyakit secara alternatif atau komplimentari yang mengutamakan kaedah secara semula jadi yang begitu mudah, ringkas namun efisien.
Begitu besar manfaat daripada konsep CVT ini, Prof Em Dr Sir Norhisham menubuhkan Institut Colour Vibration Therapy pada tahun 2000 untuk menyalurkan bahan-bahan berilmiah secara saintifik melalui kursus-kursus berbagai peringkat. Terdapat lebih 10,000 ahli yang telah mengikuti pembelajaran berilmiah CVT yang disampaikan seratus peratus oleh Prof Em Dr Sir Norhisham sendiri.
Tahun 2004 dilakari dengan sejarah apabila Institut Colour Vibration Therapy memperolehi status kelayakan gabungan dengan The Open University for Complementary Medicines yang berpengkalan di Colombo, Sri Lanka. Institusi tersebut merupakan organisasi yang mengendali dan menganjurkan pengajian berbagai bidang kursus perubatan dari seluruh dunia serta mendapat pengiktirafan daripada Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Institut Colour Vibration Therapy dinaiktaraf kepada Faculty of Universal Science of Colours yang lebih mencerminkan sifat universal dan kukuh dengan teras ilmu khususnya perubatan.
Selaras dengan perkembangan itu, pada tahun yang sama, CVT diwarnai pula dengan penstrukturan baru yang lebih besar, dinamik dan berwawasan khusus dalam bidang kesihatan dan kecantikan di Malaysia.
Kini beribupejabat di Shah Alam, Selangor, CVT meneruskan agenda dalam berbagai aspek perubatan demi kebaikan dan manfaat manusia sejagat.
Rujukan: http://www.cvtherapy.com.my/index.html
No comments:
Post a Comment