Books

Books

[LIVE] Coronavirus Pandemic: Real Time Counter, World Map, News

13 October 2005

Punca enjin mengaum tetapi tidak bergerak lancar

SETELAH beberapa tahun menggunakan kereta yang sama, anda mungkin berhadapan dengan situasi bahawa enjin tidak menghasilkan daya pecutan penuh. Keadaan sebegini biasanya mudah dirasai ketika mendaki bukit.

Ada ketikanya anda berasa enjin kereta sudah mengaum tetapi kereta tidak meluncur laju. Selain disebabkan kerosakan dan kebocoran ekzos, mungkin ada masalah lain yang perlu diteliti.

Malah, dalam keadaan biasa kereta dapat bergerak menaiki bukit dengan menggunakan gear ketiga. Tetapi, sejak kebelakangan ini pada gear ketiga kereta seolah-olah merangkak dan akhirnya terpaksa menukar kepada gear kedua dengan enjin yang mengaum kuat.

Apabila berhadapan dengan masalah ini, antara puncanya ialah kerosakan pada sistem penyalaan, penyaluran petrol kurang tepat, enjin terlalu panas, kerosakan cekam (clutch), brek ketat atau tekanan enjin tidak cukup.

Justeru, apabila berhadapan dengan keadaan itu pemeriksaan terhadap sebab-sebab dan pembaikan kecemasan sebegini boleh dilakukan:

  • Pertama; periksa sama ada saat penyalaan sudah tepat. Ini dilakukan dengan memeriksa palam pencucuh. Apabila nyalaan elektrik yang terjadi terlalu lemah atau tidak teratur, bukalah penutup pengagih dan periksalah suis-suis penutup arus.

  • Kedua; periksa sama ada sistem penyaluran petrol berada dalam keadaan baik. Apabila petrol yang mengalir ke dalam silinder tidak sesuai dengan yang diperlukan (terlalu banyak atau terlalu sedikit) keadaan itu boleh menyebabkan terjadinya campuran petrol dan udara yang kurang sempurna, sehingga keupayaan enjin akan berkurangan.

    Selain itu, perlu juga periksa sama ada penapis udara tersumbat oleh kotoran.

    Masalah enjin tidak menghasilkan daya penuh juga terjadi apabila enjin terlalu panas.

    Periksa juga adakah cekam rosak atau brek yang bergesel. Adakalanya enjin tidak mengeluarkan daya penuh bukanlah berpunca daripada masalah enjin itu sendiri.

    Cekam rosak atau brek yang bergesel menyebabkan keupayaan enjin tidak dapat disalurkan dengan baik sehingga menyebabkan gejala yang sama dengan keadaan enjin tidak mengeluarkan daya penuh.

    Masalah berkenaan sering menjadi kekeliruan utama kerana setiap kali enjin tidak mengeluarkan daya penuh, tumpuan diberikan kepada mencari masalah enjin, sedangkan dalam banyak keadaan, cekam atau brek yang bergesel menjadi puncanya.

    Seterusnya, enjin juga tidak mengeluarkan daya penuh apabila mampatan enjin tidak cukup tinggi. Biasanya kerosakan sebegini terjadi kepada enjin yang sudah tua atau gasket kepala selinder bocor. Masalah ini sering terjadi kepada kereta yang menggunakan suntikan terus dan selalu dipandu laju dalam perjalanan jauh. Bagaimanapun, gejala ini kurang menjadi kepada kenderaan yang berjalan kurang daripada 100,000 kilometer.
  • No comments: