Books

Books

18 January 2008

Mengenal Pasti Berus yg Digunakan Dlm Pembuatan Kek, Roti Atau Pastri

Selama ini kita lihat di bahagian maklumat bahan mentah yang digunakan wajib dibuat daripada makanan atau bahan yang halal. Bagaimana pula peralatan yang digunakan dalam penyediaan makanan tersebut?

Memang agak sukar kita mengkaji terutamanya makanan yang telah siap terhidang di depan kaunter. Semoga maklumat ini dapat dijadikan panduan yang berguna untuk kita.


*********************************************

BERUS DARI BULU BABI ..



IPOH: Jawatankuasa Syariah Perak memutuskan berus bulu binatang yang dihasilkan di China dan Taiwan haram digunakan premis perniagaan makanan halal termasuk roti dan kek di negeri ini.

Keputusan itu dibuat berikutan rampasan berus bulu babi yang kebanyakannya diimport dari kedua-dua negara berkenaan digunakan di kedai kek dan roti yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Perak (Jaip).

Selain penggunaan berus bulu babi, juga didapati kebanyakan berus bulu binatang dari negara berkenaan adalah daripada haiwan yang tidak disembelih mengikut syarak serta tidak diketahui jenisnya.

Pengarah Jaip, Zainal Abidin Omar, berkata keputusan Jawatankuasa Syariah Perak itu dimaklumkan kepada pihaknya menerusi surat yang ditandatangani Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, baru-baru
ini.

Beliau berkata, Jawatankuasa Syariah hanya membenarkan bulu jenis fibre dan plastik digunakan premis perniagaan makanan halal di negeri ini terutama yang mendapat Sijil Pengesahan Halal.

"Keputusan Jawatankuasa Syariah Perak itu berdasarkan pemeriksaan Jaip sebelum ini yang mendapati masih ada premis perniagaan makanan memiliki Sijil Pengesahan Halal ,tetapi menggunakan berus bulu binatang daripada bulu babi dalam proses penyediaan roti dan kek yang dibeli pengguna Islam.

"Tahun lalu 18 premis makanan halal dikenal pasti menggunakan berus bulu babi dan bulu binatang yang tidak disembelih dalam pembuatan roti, kek dan pastri.

"Ini tidak termasuk tiga kes penggunaan arak dan lapan kes penggunaan ramuan dan perasa mengandungi alkohol tinggi dalam pembuatan roti, kek dan pastri di premis terbabit," katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Beliau berkata, apa yang lebih menyedihkan ialah premis milik orang Islam juga menggunakan berus berkenaan dalam proses penyapuan ramuan pada roti dan kek yang dijual.


"Berus itu digunakan untuk menyapu telur atau mentega pada makanan. Selain itu penjual apam balik (Melayu) di pasar malam ada juga menggunakan berus itu tanpa menyedari asal usul peralatan yang
digunakan," katanya.

Zainal Abidin berkata, pemeriksaan itu dijalankan di premis yang sudah mempunyai Sijil Pengesahan Halal yang dibuat setiap tiga bulan bagi memastikan premis berkenaan menyediakan makanan mengikut garis panduan yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Beliau berkata, pihaknya hanya mampu menarik balik Sijil Pengesahan Halal kerana tindakan undang-undang tertakluk di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

"Kita tarik balik lesen dan ambil logo halal, apabila dapati mereka tidak mengikut peraturan dan beri semula apabila membuat permohonan. Kita pantau premis ini dan nasihatkan mereka dari semasa ke semasa," katanya.

Katanya, segelintir pembuat roti dan kek degil kerana terus menggunakan berus bulu babi dengan alasan bulu itu sesuai dan lebih lembut untuk teknik penyapuan pada makanan yang lembut.



********************************************************

BRISTLE (Berus daripada bulu babi)
Bulu babi atau babi hutan dipanggil "Bristle" kerana bentuk mereka yang keras dan kasar. Hujung bulu babi ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya akan bercabang (split ends). Bristle daripada wilayah Chungking China adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.

Berus bulu kambing atau biri-biri
Berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu babi. Bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.

Maha Suci Allah yang menjadikan bulu babi berbeza daripada bulu binatang lain.

Untuk mengetahui lebih lanjut rupa bentuk bulu binatang yang digunakan untuk membuat berus sila ke laman ini http://www.trueart.info/types_of_hair.htm




Rujukan:
http://210.48.145.73/~myjodoh/index.php?mod......

http://210.48.145.73/~myjodoh/index.php?mod......



No comments: