Books

Books

13 October 2005

Kenderaan tersimpan lama

JANGKA masa penyimpanan motosikal selama 40 hari sebenarnya agak pendek berbanding di negara sejuk. Motosikal disimpan berbulan-bulan lamanya dan hanya ditunggang selama tiga bulan dalam setahun, iaitu sewaktu musim panas.

Namun, kemungkinan terjadinya kerosakan tetap ada walaupun risikonya rendah. Sebaik-baiknya, tanggalkan terminal atau kepala bateri anda untuk melindungi bateri dari menyahcas (discharging) dan pastikan bateri dicas semula sebelum anda menggunakan kembali motosikal.

Tutup motosikal dengan baik untuk mengelakkan serangga dariada bersarang di tempat yang tidak dikehendaki seperti kotak udara (airbok) dan pastikan tempat penyimpanan motosikal bebas dari gangguan tikus dan lipas yang mungkin berselera melihat jalinan wayar yang berwarna warni.

Seeloknya tutup lubang ekzos dan lubang kotak udara untuk mengelakkan kelembapan udara dari masuk ke bahagian enjin.

Mampatkan juga kebuk pembakaran dengan menekan penghidup tendang atau starter supaya piston berada di kedudukan paling teratas (top dead centre). Ini bertujuan melindung udara lembap daripada memasuki kebuk pembakaran dan menyebabkan karat.

No comments: