Books

Books

[LIVE] Coronavirus Pandemic: Real Time Counter, World Map, News

01 January 2009

Demam kuning - Jaundis Pada Bayi

Demam kuning 
Oleh : Mohamed Yosri Mohamed Yong

Penyakit demam kuning di kalangan bayi adalah merupakan perkara biasa pada masa kini. Di anggarkan 60 hingga 70 peratus daripada bayi yang baru lahir mengalami penyakit demam kuning atau yang juga dikenali sebagai jaundis. Penyakit demam kuning atau jaundis merujuk kepada bayi yang mempunyai simptom seperti bahagian putih mata dan kulit yang bewarna kuning-kekuningan. Warna kuning-kekuningan ini dapat dilihat dengan lebih jelas apabila kulit bayi ditekan lembut, ia kelihatan kekuningan. Ujian ini boleh dilakukan pada semua bangsa. Penyakit demam kuning ini lebih kerap berlaku di kalangan bayi pra-matang (tidak cukup bulan) berbanding bayi yang cukup bulan.

Warna kuning ini disebabkan oleh bahan kumuhan (metabolit) yang dinamakan bilirubin dalam darah. Bilirubin merupakan hasil penguraian sel darah merah di dalam darah. Penguraian sel darah merah merupakan proses yang dilakukan oleh tubuh badan manusia apabila sel darah merah telah berusia 120 hari. Hasil penguraian sel darah merah merupakan bilirubin yang diproses oleh hati (hepar) dan disingkir dari badan melalui najis dan air kencing. Ketika bayi berada dalam kandungan, sel darah merah ini akan dikeluarkan melalui uri (placenta) dan diuraikan oleh hati ibu.

Paras bilirubin pada bayi normal boleh meningkat disebabkan oleh sebab-sebab berikut -

  1. Sel darah bayi mempunyai tempoh hayat yang lebih pendek.
  2. Lebam pada badan bayi yang disebabkan dalam proses kelahiran menyebabkan banyak sel darah merah rosak dan perlu diganti.
  3. Bayi pra-matang tidak mempunyai organ yang matang. Hati tidak dapat memproses bilirubin dengan cepat. Usus mungkin tidak berfungsi sepenuhnya, terutama jika mereka sakit dan tidak disusukan.
  4. Darah ibu dan bayi tidak sesuai. (ABO incompatibility)
  5. Ibu mengidap kencing manis (maternal diabetes)
  6. Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran.
  7. Bayi lelaki Asia mempunyai peratusan demam kuning yang lebih tinggi (kerap).
  8. Keturunan.


Penyakit demam kuning mula dikesan pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Ia mula kelihatan dari kepala dan turun kebawah. Bayi demam kuning kelihatan kuning pada bahagian muka, diikuti bahagian dada, perut, dan akhirnya dibahagian kaki. Warna kekuningan juga dapat dilihat ada bahagian mata putih bayi. Pemeriksaan bayi untuk penyakit demam kuning patut dibuat dalam cahaya matahari ataupun dibawah lampu panjang putih (fluorescent). Bayi perlu dibawa berjumpa doktor sekiranya demam kuning dikesan. Di hospital atau klinik, paras bilirubin dalam darah boleh diuji melalui contoh darah. Tahap serius ditentukan dengan menimbangkan umur dan faktor perubatan yang lain. Jumlah bilirubin yang kecil atau sederhana tidak merbahaya kepada bayi. Bagaimanapun paras bilirubin yang tinggi dan lama boleh memberi kesan pada pendengaran dan otak bayi. Doktor akan memberikan rawatan yang sesuai agar paras bilirubin tidak mencapai paras merbahaya.

Ibu bapa perlu merujuk kepada doktor dengan segera sekiranya demam kuning dikesan dalam tempoh 24 jam kelahiran, yang membabitkan bahagian tangan dan kaki, atau bayi demam melebihi 37.8 darjah Selsius (100 darjah Fahrenheit), atau bayi kelihatan lemah dan tidak sihat. Bagi bayi bawah 5 tahun, suhu dalam dan luar badan perlu diperiksa. Doktor juga perlu dirujuk sekiranya warna kuning semakin ketara selepas 7 hari, demam kuning masih kekal selepas 15 hari, bayi tidak bertambah berat badan, atau anda merasa bimbang mengenai kekuningan pada kulit bayi.

Bayi yang menghidap demam kuning perlu dipastikan agar tidak mengalami kekeringan (dehydration) akibat pengambilan cecair yang tidak mencukupi. Antara faktor lain yang meningkatkan risiko kekeringan adalah bayi pertama, bayi yang tidak pandai menghisap, puting susu tenggelam (inverted nipples), pembedahan caesarean, penggunaan ubat penahan sakit (analgesics) dan bayi yang tidak matang dengan daya menghisap yang lemah.

Jenis-jenis Demam Kuning

Terdapat beberapa jenis Demam Kuning. Antara yang biasa didapati adalah :- 
 

  • Demam kuning normal (physiological jaundice). Demam kuning normal biasa berlaku pada bayi baru lahir. Ini disebabkan bayi yang baru dilahirkan, hati bayi kadang-kala tidak mampu memproses bilirubin dari sel darah merah yang diuraikan disebabkan hati bayi tersebut masih belum matang atau disebabkan kadar penguraian sel darah merah yang cepat. Keadaan ini meningkatkan kadar bilirubin dalam darah dan seterusnya menyebabkan warna kuning-kekuningan pada kulit dan putih mata bayi. Ia mula kelihatan 2 - 4 hari pertama dan akan hilang sepenuhnya selepas 1 hingga 2 minggu.
  • Demam kuning pra-matang. Demam kuning pra-matang disebabkan oleh hati bayi yang masih belum terbentuk sepenuhnya mengambil masa yang lebih lama untuk memproses jumlah bilirubin yang terhasil.
  • Demam kuning susu ibu (Breast milk jaundice). Demam kuning susu ibu hanya berlaku dalam 1% - 2% kes ibu yang menyusu. Demam kuning susu ibu disebabkan bahan yang terhasil dalam susu ibu yang menghalang penyingkiran bilirubin melalui usus. Ia bermula pada hari ke 4 hingga hari ke 7 dan menghilang selepas 3 hingga 10 minggu. Pihak doktor akan menentukan sekiranya ini berlaku, biasanya sekiranya demam kuning berterusan melebihi 7 hari. Ibu boleh kembali menyusukan bayi selepas bayi sembuh daripada demam kuning.
  • Ketidaksuaian kumpulan darah antara ibu dan emak. Sekiranya bayi mempunyai darah yang berbeza dengan ibu, susu ibu mungkin mempunyai antibodi yang memusnahkan darah bayi. Ini akan meningkatkan paras bilirubin dalam darah bayi. Ia biasanya mula dikesan pada hari pertama. Masalah Rh pernah merupakan bentuk demam kuning yang teruk tetapi boleh dielakkan dengan suntikan imunisasi Rh (Rh immune globulin) pada ibu dalam tempuh 72 jam selepas kelahiran. Suntikan ini menghalang penghasilan antibodi yang boleh membahayakan bayi.
  • Selain itu terdapat juga komplikasi seperti kekurangan enzim G6PD, jangkitan kuman, bayi pra-matang, dan lain-lain lagi. Secara semula jadi, penyakit demam kuning normal (physiological jaundice) bermula pada penghujung hari kedua atau ketiga selepas bayi dilahirkan. Paras bilirubin dalam darah akan terus meningkat sehingga bayi mencapai umur 5-6 hari sebelum paras bilirubin menurun dan akhirnya menghilang apabila usia bayi mencecah 10 hari.


Rawatan lampu ungu
Pada bayi yang mengalami demam kuning atau jaundis biasa rawatan fototerapi akan diberikan bergantung kepada faktor-faktor seperti umur bayi, berat badan bayi, paras bilirubin dalam darah, dan lain-lain. Rawatan fototerapi menggunakan cahaya lampau ungu (ultraviolet) atau selimut yang menghasilkan cahaya untuk membantu tubuh bayi menghapuskan bilirubin dengan mengubah bilirubin kepada bentuk yang lebih mudah bagi bayi menyingkirkannya daripada tubuhnya.

Tujuan rawatan fototerapi ialah untuk mengawal kenaikan bilirubin agar ia tidak mencapai pada tahap merbahaya dan menjejaskan otak bayi. Jangka masa rawatan fototerapi bergantung kepada paras bilirubin dalam darah bayi. Sekiranya paras bilirubin dalam darah terlalu tinggi, darah bayi mungkin perlu ditukar dengan darah penderma yang bersesuaian (exchange transfusion). Ketika rawatan fototerapi bayi akan ditanggalkan pakaiannya dan mata bayi akan ditutup bagi melindungi mata bayi daripada cahaya yang berlebihan.

Sepanjang masa bayi mendapat rawatan untuk demam kuning, adalah penting bayi diberi susu sebanyak mungkin untuk mengelakkan kekeringan dan juga untuk menurunkan paras bilirubin dalam darah. Lebih kerap bayi menyusu lebih cepat bilirubin dikeluarkan daripada badan bayi melalui najis. Rawatan traditional seperti menjemur bayi dibawah sinar matahari pagi tidak lagi sesuai. Ini disebabkan perbuatan ini boleh menyebabkan bayi kekeringan dan dengan itu meningkatkan lagi kadar bilirubin dalam darah bayi. Selain itu cahaya yang terik boleh memberi kesan kepada mata bayi yang masih kecil itu.

Rawatan lampu ungu
Ibu bapa digalakkan membawa bayi mereka berjumpa doktor sekiranya bayi kelihatan kekuning-kuningan pada hari pertama walaupun hanya pada bahagian muka. Pemeriksaan juga perlu dilakukan sekiranya bayi masih menunjukkan tanda-tanda demam kuning selepas 10 hari dilahirkan atau sekiranya terdapat mereka yang menghadapiG6PD dalam keturunan mereka. Selepas bayi sembuh daripada demam kuning, amat jarang-jarang sekali demam kuning berulang

Rujukan :-

http://www.utoronto.ca/kids/mijaund.htm 
http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kesihatan/demam_kuning.htm 
http://www2.medsch.wisc.edu/childrenshosp/parents_of_preemies/jaundice.html 
http://www.kidshealth.org/parent/pregnancy_newborn/common/jaundice_p2.html 
Majalah Pa&Ma Januari 2001 Bil 4, "Jaundis gugat kesihatan bayi", Dr Atiqah Ng. Abdullah, Ms 56-67


-------------------------------------- 

Demam Kuning/Jaundis Pada Bayi

Lebih kurang 50% ke 60% bayi yang lahir cukup bulan mengalami demam kuning atau jaundis semasa minggu pertama hingga ke minggu kedua selepas lahir. Ianya kerap berlaku kepada bayi yang lahir tidak cukup bulan. Namun sebenarnya hampir semua bayi baru lahir mengalami jaundis tetapi tidak kelihatan dengan jelas. Pada setengah bayi, ia berlaku sekejab, tidak merbahaya dan akan hilang sendiri atau hilang dengan rawatan yang ringkas sahaja. Tetapi dalam kes-kes tertentu, ia boleh menjadi serius dan perlu diberi perhatian

Jaundis boleh dikesan dengan melihat tanda-tanda seperti bahagian mata putih dan kulit berwarna kekuningan. Kesan ini akan dapat dilihat dengan jelas apabila ditekan. Ia bermula dari bahagian kepala dan semakin menurun ke bahagaian bawah badan. Bayi jaudis juga akan kerap tidur.

Apakah penyebab jaundis

Jaundis berlaku apabila bilirubin iaitu pigmen yang berwarna kuning berkumpul di bawah kulit. Kadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan. Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Semua darah mengandungi bilirubin dan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan disingkir melalui pembuangan najis dan air kencing.

Ketika bayi dalam kandungan ibu, proses ini dilakukan oleh hati ibu. Jadi apabila berada diluar, proses ini mula dilakukan oleh hatinya sendiri. Hati bayi yang belum matang mungkin tidak mampu memproses dan membuang bilirubin dengan pantas sepenuhnya beberapa hari selepas dilahirkan. Ini menyebabkan jaundis terjadi. 

Biasa berlaku dari hari pertama ke hari ke 4 mengikut jenis jaundis. Kadarnya akan meningkat sehingga 12mg/dl dan boleh meningkat sehingga 15mg/dl. Jika meningkat sehingga 20mg/dl perlu pengawasan yang rapi dari doktor.

Risiko adalah lebih tinggi untuk bayi mengalaminya jika mempunyai penyebab berikut:

  • Bayi lahir pra matang
  • Darah ibu dan bayi yang  berlainan. 
  • Mempunyai adik beradik yang menghidap jaundis
  • Mempunyai kesan lebam ketika lahir (sel-sel darah merah ini adalah sebahagian dari lebam yang diuraikan dan menjadi bilirubin sebahagian kumuhan)
  • Etnik Asia
  • Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran

Jenis-jenis jaundis

Adalah penting untuk mengenali jenis-jenis jaundis. Setiap jenis jaundis menyebabkan kesan dan mempunyai rawatan yang berbeza.
  1. Jaundis Normal/Physiologic 
Biasa terjadi kepada bayi baru lahir.Kadarnya adalah lebih tinggi berlaku pada ethnik tertentu seperti Cina, Jepun, Korea (Asia). Bayi yang kurang menyusu beberapa hari selepas dilahirkan dan tidak kerap membuang air besar juga mudah mendapat jaundis. Apabila bilirubin berkumpul di dalam najis bayi dan tidak dibuang, ia akan beredar kembali ke sistemnya. Kekerapan membuang najis dapat merendahkan tahap bilirubin. Mula kelihatan selepas hari 2 - 4 selepas lahir dan biasanya hilang sendiri selepas 1 ke 2 minggu. 
Bagi bayi yang kurang menyusu, ibu perlu mendapatkan nasihat cara dan teknik untuk menyusu bayi dengan betul. Dengan penyusuan yang betul, jaundis akan hilang.
  1. Jaudis Pathologic
Terjadi akibat keadaan perubatan seperti berlainan jenis darah(kerap berlaku), kelahiran pra matang, pembedahan caesarean, infeksi, kerosakan hati akibat rubella, siplis atau toxoplasmosis. Bagi bayi dan ibu dari jenis darah berlainan kerap berlaku bagi ibu berdarah jenis O atau Rh negatif. Ianya mula dikesan dari hari pertama kelahiran dan meningkat dengan mendadak. Masalah Rh juga pernah menyebabkan demam kuning yang teruk. Kini ia dapat dielakkan dengan suntikan imunisasi Rh pada ibu dalam tempoh 72 jam selepas kelahiran.
  1. Jaudis Susu Ibu
Ini berkemungkinan dari susu ibu yang terhasil menyebabkan kelewatan atau memanjangkan tempoh membuangan lebihan bilirubin melalui usus. Ia bermula dari hari ke minggu ke 2 dan hilang selepas 3 hingga beberapa minggu atau beberapa bulan kemudian.  Walaupun mendapat susu yang mencukupi bayi masih mendapat jaundis. Jika kadar bilirubin meningkat, doktor anda mungkin menasihatkan untuk memberhentikan penyusuan badan selama 2 ke 3 hari. Dalam masa itu, anda bolehlah memerah susu bagi mengekalkan bekalan susu dan boleh meneruskan penyusuan apabila tahap bilirubin menurun.

Rawatan

Pemeriksaan akan dibuat dengan menekan kulit bayi atau mengambil darah bayi untuk mengukur tahap bilirubin bayi. Untuk memeriksa sendiri, bagi kulit bayi berkulit cerah, boleh diletakkan di tempat banyak cahaya atau lampu. Tekankan kulit secara lembut dengan jari anda di bahagian hidung, dahi atau dada, jika terdapat kesan kekuningan apabila jari diangkat bermakna bayi anda mengalami jaundis. Bagi bayi berkulit gelap, boleh periksa gusi atau mata putih. Jika tahapnya didapati tinggi, bayi perlu diberikan rawatan. 
Biasanya tidak memerlukan rawatan. Jika memerlukan rawatan, rawatan yang dibuat ialah menggunakan phototerapi iaitu menggunakan cahaya. Bayi dibogelkan, mata ditutup dan diletakan dibawah cahaya 'bililight'. Rawatan ini diteruskan sehingga tahap bilirubin menurun. Kini rawatan ini boleh dilakukan di rumah. 
Jika ditahap yang terlalu tinggi, penukaran darah akan dilakukan.
  1. Jaundis Normal/Physiologic 
Kebanyakan kes jaundis ini tidak memerlukan rawatan phototerapi. Berikut disenaraikan langkah yang boleh dibuat untuk mengelak atau merawatnya.
  • Menyusukan bayi dari awal dan dengan kerapnya. Kolostrum akan bertindak sebagai laxative dan kekerapan membuang najis akan merendahkan tahap bilirubin. Perhatikan pengeluaran air kencing dan najis. 
  • Elakan mengambil air tambahan. Hanya 2% bilirubin keluar melalui air kencing dan 98% keluar melalui najis. Kolostrum dan susu yang mengandungi lemak akan menstimulasikan pergerakan membuang air besar. Jika bayi anda kenyang dengan air dia akan kurang menyusu.
  • Galakan bayi anda berjaga dan menyusu setiap 2 jam. Jaundis menyebabkan bayi anda mengantuk.
  • Jika bayi anda tertidur ketika menyusu badan dan membuang air besar kurang dari 3 kali sehari, cuba perah susu anda menggunakan tangan atau pam. Dan berikan menggunakan cawan, sudu atau syringe. Jangan menggunakan botol kerana bayi anda akan keliru dengan puting getah ketika peringkat ini. 
  • Dedahkan kepada cahaya secara tidak terus. Buka pakaian dan diaper dan letak di dalam bilik yang terdapat banyak cahaya. Kulitnya adalah sensitif jangan diletakan secara terus kepada cahaya.
  • Elakan ubatan seperti aspirin dan dadah sulfa. Pastikan doktor anda tahu dadah yang anda ambil, jadi anda boleh hentikan atau mencari penganti yang lain jika ubat adalah penyebabnya
  1. Jaudis Pathologic
Bayi perlu mendapat rawatan segera. Penyusuan badan perlu diteruskan. Kolostrum dan susu yang diterima akan membantu pembuangan najis dan mempercepatkan pengeluaran bilirubin. Bayi yang sakit memerlukan lebih susu badan berbanding bayi yang sihat. Dalam kes tertentu bayi akan perlu menjalani penukaran darah.  Ini adalah langkah paling cepat dan perlu jika bayi mencapai tahap tertentu melebihi 26mg/ld. Namun kurang dilakukan kerana proses phototerapi biasanya mujarab. Bayi akan mengantuk dan lemah untuk menyusu. Anda mungkin memerlukan pam untuk memastikan bekalan susu mencukupi untuk bayi anda.
  1. Jaudis Susu Ibu
Penyebabnya kurang dapat dipastikan. Bayi boleh diberi susu formula buat seketika. Biasanya tahapnya akan turun dan meningkat semula apabila menyusu badan. Namun anda tidak patt memberhentikan penyusuan badan kerana susu badan adalah susu yang terbaik. 

Adakah ianya merbahaya?

Kebanyakan kes jaundis tidak  merbahaya. Namun jika tahapnya adalah tinggi dan dibiarkan tanpa rawatan ia akan menyebabkan kerosakan kekal ke atas sistem saraf. Ia boleh menyebabkan pekak dan pertumbuhan yang lembab dan membentuk cerebral palsy.
Jika bayi anda mendapat jaundis dalam masa 24 jam selepas lahir, ini dianggap serius dan perlu pemerhatian rapi dan rawatan. Ia boleh disebabkan oleh masalh yang serius pada hati, usus kecil dan kelainan intestinal, infeksi atau kelahiran yang trauma atau kelahiran pra matang sebelum 28 minggu.

Bayi yang menghidap jaundis perlu mendapat susu yang cukup untuk mengelak menjadi kekeringan.  

  


------------------------------------



G6PD (Glokosa - 6 - Fosfat Dehidrogenase) merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan.

Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang selalunya dialami oleh bayi lelaki. Para ibubapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak merbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah.

Setiap bayi yang baru dilahirkan, contoh darah meraka akan diambil untuk dianalisis seperti jenis darah, kekurangan G6PD tahap bilirumin dan sebagainya. Selalunya bayi yang mengalami G6PD akan mendapat jaundice (demam kuning) pada hari pertama kelahiran lagi. Jika tahap bilirumin terlau tinggi sehingga tidak dapat diterima oleh bayi, permindahan darah mesti dilakukan. Biasanya darah akan diambil dari bapa bayi tersebut.

Ubat-ubatan yang boleh menghasilkan homolisis adalah seperti di bawah ini.



Penting

Ibubapa kepada bayi atau sesiapa sahaja yang mengalami kekurangan G6PD handaklah memberitahu doktor setiap kali menerima rawatan bagi mengelakkan penggunaan ubatan yang mengandungi agen-agen seperti di atas. Cuba juga elakan diri daripada memasuki kawasan yang diketahui mempunyai unsur-unsur ubat gegat seperti di tandas awam. Pengidap mungkin akan mengalami sesak nafas jika cukup lama menghidu ubat gegat tersebut. 

Biasanya apabila meningkat dewasa, seseorang yang mengalami kekurangan enzim G6PD kan dibekalkan dengan "rantai perubatan" yang menandakan pemakainya adalah kekurangan G6PD. Ini boleh membantu jika berlakunya kecemasan di mana pemakainya tidak dapat memberitahu sediri doktor yang merawatnya.

  

14 April 2008

Produk Pertanian Berasaskan Organik

Produk organik Zenxin tembusi pasaran luar negara

BATU PAHAT 13 April – Permintaan tinggi terhadap produk pertanian berasaskan organik membantu syarikat Agriculture Sdn. Bhd. (Zenxin) berkembang maju dan menjadi antara pengeluar makanan organik terbesar di negara ini.

Malah, syarikat yang mencatat jualan jutaan ringgit setahun itu turut berjaya menembusi pasaran antarabangsa terutama di Singapura dan Hong Kong.

Pengarahnya, Tai Kok Khong berkata, produknya seperti sayur-sayuran, ikan, buah-buahan dan telur ayam mendapat sambutan menggalakkan ekoran kesedaran tinggi pengguna terhadap kepentingan menjaga kesihatan melalui pemakanan bahan yang dihasilkan tanpa menggunakan bahan kimia.

“Pelanggan amat tertarik kerana produk keluaran syarikat saya seperti sayur-sayuran membesar di ladang tanpa menggunakan bahan-bahan kimia daripada baja, racun serangga hingga ke bahan pengawet,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Syarikat itu yang mula beroperasi di Lojing, Kelantan pada tahun 2001, berpindah ke Johor pada tahun 2005 apabila membuka sebuah ladang seluas 40 hektar di Ayer Hitam, di sini.

Kok Khong berkata, operasi syarikatnya mendapat pengiktirafan organik daripada Skim Organik Malaysia oleh kerajaan.

Antara produk tani di ladangnya ialah sawi, terung, bunga kobis, timun, bayam, kacang panjang, kacang bendi, kangkung, cili, kailan, labu manis, buah naga, jambu, markisa, betik dan dan ikan talapia.

Beliau berkata, kawasan tanaman itu turut ditutup dengan kain jaring bagi menghalang serangan serangga.

“Baja-baja yang digunakan juga adalah jenis organik dan bahan-bahan buangan daripada ladang ini,” katanya.

Menurut Kok Khong, selain bebas daripada bahan kimia, sayuran dan ternakan secara organik juga mempunyai rasa yang lebih sedap, manis dan rangup.

Katanya, kacang panjang yang ditanam secara organik umpamanya sangat rangup dan sedap untuk diratah begitu sahaja sebagai ulam ketika makan nasi.

“Ikan talapia yang diternak di ladang tersebut juga mempunyai isi lebih lembut dan rasa lebih manis serta tidak berbau,” jelasnya.

Daripada segi kos buruh pula, Kok Khong berkata, pertanian organik lebih menjimatkan kerana semuanya dilaksanakan secara ‘manual’ termasuk proses pendebungaan tumbuh-tumbuhan.

Beliau berkata, ladang itu juga dibuka percuma kepada orang ramai untuk mengadakan lawatan bermula dari pukul 9 pagi hingga 6 petang dari Isnin hingga Ahad.

Katanya, melalui lawatan itu dapat mendidik dan menanamkan kesedaran di kalangan pengguna mengenai kelebihan tanaman dan ternakan organik.



Rujukan: http://www.utusan.com.my/.......Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_03.htm

03 March 2008

Mandi malam & minum air batu, kesannya ke atas paru-paru.

Setelah saya menulis tentang tapak tangan yang lembap dan basah, ada yang minta penjelasan lanjut secara lebih ilmiah atau secara saintifik mengapakah mandi malam dan minum air batu merosakkan paru-paru.

Lebih dahulu saya menjelaskan pengertian sains itu sendiri.
Sains menurut kamus oxford ialah satu cabang ilmu pengetahuan yang melibatkan pemerhatian dan eksperimen untuk membuat rumusan idea, penerangan dan pemahaman terhadap fenomena alam semula jadi.

Dan ini pula adalah penjelasan yang lebih menyeluruh mengenai sains di wikipedia. http://ms.wikipedia.org/wiki/Sains

Mari kita kupas satu demi satu dan mulakan dengan kesan minum air batu ke atas paru-paru.

Mari kita buat eksperimen pertama. Ambil sebiji gelas, masukkan beberapa ketul ais dan tambahkan sedikit air. Biarkan di atas meja untuk tempuh beberapa minit. Perhatikan apa yang terjadi di permukaan luar gelas ini.



Dari eksperimen ini, kita akan perhatikan titisan air di permukaan luar gelas ini. Kesimpulan dari eksperimen mudah in ialah, suhu sejuk dari bahagian dalam gelas boleh menyebabkan proses kondensasi wap air di udara berlaku di mana wap air ini akan bertukar bentuk dari wap kepada air.



Dalam anatomi manusia, saluran esofagus adalah saluran yang membawa makanan dan minuman dari mulut ke perut. Di sekeliling saluran esofagus ini terdapat binaan paru-paru. Unit terkecil bagi paru-paru ialah alveolus. Alveolus adalah binaan mirip sebiji belon. Udara di dalam alveolus ini sangat lembab (high humidity).



Apabila seseorang minum air batu seperti jus apel atau jus oren, saluran esofagus menjadi sejuk dan alveolus yang terletak berhampiran esofagus ini juga menjadi sejuk. Keadaan ini akan menyebabkan proses kondensasi wap air berlaku di dalam banyak alveolus menjadi cecair air. Air ini akan terkumpul di dalam alveolus. Apabila proses minum air batu ini berterusan untuk sekian tahun, proses ini juga akan berterusan dan akibatnya ialah semakin banyak air terkumpul di alveolus dan air ini akan mula melimpah ke kawasan alveolus lain.



Air yang terkumpul di alveolus (paru-paru) ini akan mengakibatkan alveolus tidak dapat menjalankan fungsinya iaitu menjalankan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Lebih banyak air terkumpul akan mengurangkan bahagian paru-paru untuk menjalankan fungsi asas paru-paru iaitu pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida.



Itulah sebabnya orang yang gemar dan kerap minum air batu akan cepat mengah bila berbuat aktiviti lasak kerana pertukaran udara di paru-paru tidak mencukupi.



Daripada situasi ini, badan bertindak balas menghasilkan satu tindak balas iaitu tapak tangan lembap dan basah.



Kajian saintifik ini telah dimantapkan dengan mencari data ujian kes sebenar ke atas sampel-sampel orang yang memang suka minum air batu. Beratus sampel dikaji dan salah seorang pelajar saya akhirnya memilih tajuk yang berkaitan bagi Projek Tahun Akhir beliau. Saya banyak membantu beliau dan pelajar ini juga sebenarnya banyak membantu saya.



Salah satu sampel yang menarik dalam kajian saya ini ialah satu hamba Allah saya namakan Mr Y. Mr Y berusia 48 tahun. Seorang ketua jabatan yang tabiaatnya ialah gemar air batu. Biliknya sentiasa berhawa dingin namun yang peliknya ialah tingkap bilik Mr Y sentiasa terbuka agar biliknya tidak sejuk (panas). Mr Y juga gemar berbaju dua lapis atau memakai blazer walaupun cuca agak panas bagi saya. Namun yang paling menggelikan hati saya ialah beliau tidak boleh tidur bersama isteri, alasannya ialah bila tidur dengan isteri, siisteri hendak buka kipas syiling tetapi Mr Y tidak membenarkan kerana sejuk. Bagi mengelakkan pergaduhan, isteri tidur dengan anak-anak dengan membuka kipas sementara Mr Y tidur bersendirian tanpa buka kipas.



Bagi makluman pembaca sekelian, Mr Y sudah kena simptom “kalah sejuk” iaitu antara pelbagai kesan dari masalah paru-parunya.



Berikut pula adalah penjelasan bagi kes mandi malam.



Pada tahun 1983, saya mula gemar bermain badminton dan budaya ini berterusan sehingga tahun 1998. Selalunya saya main pada waktu malam dan sekembalinya saya akan mandi sebelum tidur. Selalunya saya bermain badminton 2 kali seminggu atau lebih. Saya perhatikan bahawa tapak tangan saya semakin basah semenjak saya bermain badminton. Pada penghujung 1980an arwah guru saya mula mengajarkan ilmu bahawa elakkan mandi malam bagi mengelakkan penyakit paru-paru berair.



Saya macam percaya dengan tidak kata-kata guru saya ini kerana maklumlah saya lulusan universiti sedangkan guru saya tidak masuk universiti. Saya tidak menolak atau menerima saranan beliau namun saya menjalankan proses sains iaitu membuat proses pemerhatian untuk mendapatkan keputusan. Bila ada kesempatan ke hospital sewaktu menziarahi rakan atau saudara, saya meluangkan masa berjumpa dengan pesakit yang kena penyakit paru-paru berair. Saya perhatikan pesakit ini ditebuk lubang pada dadanya untuk memasukkan saluran getah kira-kira diameter 5mm. Salur getah ini disambungkan dihujungnya kepada satu beg plastik transparens. Di dalam beg plastik transparens ini terkandung cecair pekat mirip air jus tembikai. Saya mula bertanya kepada pesakit ini tentang penyakitnya serta sejarah hidupnya. Pesakit ini memberitahu saya bahawa beliau kena penyakit paru-paru berair. Setelah berbagai soalan saya ajukan, akhirnya saya dapat satu soalan cepu mas iaitu ada main badminton ke?? Pesakit ini memberitahu saya bahawa ia bermain badminton semenjak belasan tahun hingga usia sekarang iaitu lebih 50 tahun. Ia bermain waktu malam dan selepas bermain beliau akan mandi.



Dari proses sains secara membuat pemerhatian ini saya sudah boleh membuat kesimpulan iaitu mandi malam boleh menyebabkan paru-paru berair.



Dari satu pemerhatian ini, kajian saya masih belum mantap kerana terdapat pelbagai variable lain yang saya lupa masukkan dalam kajian ini. Dengan itu, saya meneruskan kajian ini kepada ramai orang lain dan hasilnya menakjubkan. Sememangnya korelasi mandi malam dengan masalah paru-paru adalah tersangat kuat. Dengan ini kesimpulan asal saya adalah tepat dan benar iaitu mandi malam menyebabkan masalah paru-paru seperti paru-paru berair.



Pada kira-kira 3 bulan lepas, seorang rakan sekerja saya yang bakal pencen pada Februari ini telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) kerana masalah paru-paru. Saya bersama beberapa rakan dan Ketua Jabatan datang melawat pesakit ini di HSA. Apabila sampai dan bertemu pesakit ini, kami terus mengajukan apakah sebenarnya penyakit yang dialami rakan sekerja saya ini. Setelah beliau memberitahu beliau menghadapi masalah paru-paru berair, saya terus mengajukan soalan “Sipolan, engkau selalu mandi malam ke? ”.



Belum sempat pesakit ini menjawab, isterinya segera mencelah “Dia memang selalu mandi malam. Orang dah pesan jangan mandi malam tetapi dia degil terus mandi malam. Kadang-kadang kalau musim panas, dia ni mandi malam dua kali untuk menyejukkan badannya ”.

Sahabat saya diam tersipu-sipu lalu berkata “badan dah panas, nak buat apa!”. Begitulah kata-kata orang yang degil.



Dari penjelasan ringkas saya di sini boleh dirumuskan bahawa:

MANDI MALAM DAN MINUM AIR BATU merosakkan paru-paru.



Sekian Wassalam Wallahualam.


Dipetik dari: http://emjayjb.multiply.com/

17 February 2008

Perniagaan Peniaga Kecil Berkembang dengan ICT

ICT jamin PKS berkembang

Oleh Husain Jahit

husain@hmetro.com.my



Jumlah sebenar pengusaha ini mungkin tidak ada di dalam statistik mana-mana agensi kerajaan di Malaysia dek kerana perniagaan yang tidak berdaftar dan hanya menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan bagi menampung keperluan kewangan keluarga.

Kewujudan mereka juga kadangkala tidak kekal. Sekejap ada, tak lama kemudian hilang dan timbul yang lain pula.


Namun, mereka inilah sebenarnya yang menjadi pemangkin ekonomi negara kerana dari jumlah yang sedikit itu jika dihimpunkan akan menjadi banyak dan pendapatan mereka menjadi besar.

Mungkin lebih 400,000 PKS berada di seluruh negara dengan pelbagai aktiviti perniagaan yang dijalankan, daripada makanan hinggalah pertanian dan pembuatan.

Untuk memastikan kesinambungan aktiviti mereka, kerajaan bersama agensi berkaitan dengannya serta pihak swasta terutamanya institusi kewangan menyediakan pelbagai bantuan sama ada dari segi pengurusan atau kewangan.

Pertumbuhan PKS turut membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat di negara ini.

Dengan 100 juta PKS yang ada di seluruh dunia ketika ini (lebih banyak jika dibandingkan dengan gabungan seluruh penduduk di Korea dan Australia), ia berjaya mewujudkan peluang pekerjaan kepada lebih 1.5 bilion orang.

Itu bermakna fenomena PKS membantu pertumbuhan ekonomi negara itu bukan saja berlaku di sini, malah turut dirasai di seluruh dunia.

Di India terdapat 10 juta PKS ketika ini dan dijangka meningkat sekali ganda dalam tempoh tiga tahun.

Lebih 70 peratus pekerjaan di India diwujudkan daripada PKS, manakala China mewujudkan 80 peratus peluang pekerjaan.

Secara purata dalam tempoh 10 tahun terakhir ini, PKS mewujudkan 80 peratus peluang pekerjaan setiap tahun.

Berdasarkan tinjauan penyedia rumusan rangkaian terkemuka dunia, Cisco Systems Inc. (Cisco) menunjukkan sebanyak 237,000 komputer peribadi (PC), 54,000 peranti telapak dan 273,000 telefon bimbit dibeli setiap hari oleh PKS.

Ia jelas membuktikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah faktor pemboleh kepada PKS untuk lebih berdaya saing di dalam negara sendiri atau langsung ke peringkat antarabangsa.

Menurut Pengarah, Operasi Komersial, Asia Pasifik, Cisco, Stuart Hendry, China saja membelanjakan kira-kira AS$28 bilion untuk ICT sepanjang 2007, sementara Korea membelanjakan AS$16 bilion dan negara Asean membelanjakan AS$11.1 bilion.

Katanya, petunjuk itu jelas membuktikan kita berada di era perniagaan dan teknologi eksponensial.

“ICT adalah satu daripada kaedah yang amat diyakini dapat membantu PKS berkembang pesat hingga ke peringkat global. Kami sebagai vendor ICT terkemuka berasa terpanggil untuk membantu mereka mengembangkan pasaran.”

“Kami tidak pernah memandang rendah PKS walaupun selama ini kami lebih banyak menumpukan pasaran kepada syarikat besar. Kami tahu perbelanjaan PKS di negara Asean ke atas ICT dijangka melebihi AS$11.1 bilion tahun ini,” katanya.

Oleh itu, kata Hendry pasaran PKS amat besar dan jika separuh daripada PKS sedunia menggunakan produk tanpa wayar Cisco, jumlah jualan Cisco akan meningkat sebanyak AS$10 bilion dan jika 10 peratus daripada PKS itu memiliki telefon IP Cisco di atas meja mereka, jumlah telefon IP Cisco yang dikirim hingga hari ini akan meningkat sepuluh kali ganda.

Menurut Hendry lagi, daripada kajian AMI Partner mengenai perbelanjaan ICT PKS di seluruh dunia bagi 2007 saja sudah melepasi belanjawan yang dikeluarkan syarikat-syarikat besar.

Lebih 80 peratus masyarakat di Malaysia sudah memiliki telefon bimbit dan lebih 90 kawasan berpenduduk di Malaysia sudah diliputi rangkaian telekomunikasi mudah alih.

Penyedia perkhidmatan jalur lebar negara juga tidak kira kaedah berwayar atau tanpa wayar begitu agresif menyediakan pelbagai tawaran untuk menarik lebih ramai pelanggan mengguna pakai jalur lebar bagi capaian Internet berkelajuan tinggi.

Jelas sekali komunikasi amat penting dalam urusan seharian. Dengan telefon bimbit kita boleh berhubungan di antara satu dengan lain hampir di mana saja. Manakala menerusi Internet kita boleh mengirim e-mel, mencari maklumat dan sebagainya untuk mengembangkan perniagaan.

Sekiranya semua pengusaha PKS memanfaatkan pelbagai kemudahan yang sudah sedia ada di negara itu, sudah pasti makcik nasi lemak atau pakcik pisang goreng mampu hidup lebih mewah apabila perniagaan mereka turut berkembang sebagaimana berkembangnya inovasi ICT di negara ini.

Kita masih mengambil contoh makcik atau pakcik menjual goreng pisang, tapi tidak pernah dilihat mereka meletakkan nombor telefon sebagai iklan.

Sebagai pelanggan mungkin lebih baik menelefon terlebih dulu sebelum keluar rumah kerana dikhuatiri kedai tutup atau jualan habis.

Kemudahan sebegitu yang tidak disedari kebanyakan pengusaha PKS di negara kita, walaupun kita tahu lebih 80 peratus penduduk negara ini sudah memiliki telefon bimbit yang memberi makna bahawa daripada 10 gerai pisang itu, lapan daripadanya memiliki telefon bimbit.

Kadar penembusan pemilikan komputer peribadi juga meningkat secara mendadak di negara ini. Jika digabungkan dengan perkhidmatan jalur lebar atau capaian Internet menggunakan kaedah dail masuk, sudah tentu e-mel pula menjadi kaedah komunikasi paling pantas dan menjimatkan.

Apa ditunggu lagi? Paparkan papan iklan di setiap gerai atau pejabat anda lengkap dengan nombor telefon dan alamat e-mel untuk kemudahan orang ramai menghubungi anda, sekali gus perniagaan berkembang pesat secara tidak langsung.

Adalah lebih baik sekiranya kemudahan komunikasi seperti itu digunakan. Jika mahukan perniagaan berkembang maju, jangan diabaikan kemudahan sedia ada.

Berbalik kepada penyedia rumusan rangkaian Cisco, gergasi dunia itu juga sebenarnya memiliki pelbagai rumusan untuk kemudahan pengusaha PKS terutama yang beroperasi di dalam pejabat.

Selain kemudahan capaian Internet di atas sistem berangkaian, komunikasi asas suara menggunakan telefon berprotokol Internet (IP) juga amat berguna kepada PKS.

Kemudahan berasaskan IP adalah antara kaedah yang amat menjimatkan. Contohnya telefon IP yang hanya dikenakan caj dengan kadar tempatan walaupun membuat panggilan antarabangsa.

Menurut Hendry, Cisco mendefinisikan pengusaha perniagaan kecil sebagai syarikat yang memiliki kurang daripada 100 pekerja dan syarikat bersaiz sederhana pula dengan jumlah pekerja di antara 100 hingga 249 orang.

“Untuk itu, Cisco memiliki portfolio lengkap akhir-ke-akhir bagi rumusan sistem berangkaian dari router, suis, storan tanpa wayar dan komunikasi bersepadu.”

“Antaranya Cisco 800 Series dan 1800 Series (router), Cisco Catalyst Express 500 dan Catalyst 2960 (suis), Cisco Aironet AP1000, 1130AG/1230AG dan 1242AG series (storan tanpa wayar) serta Unified Comm Mgr Express Unity Express dan End-points & Mobility (komunikasi bersepadu),” katanya lagi.

Dengan amalan perkomputeran berangkaian di sesebuah pejabat PKS, satu penjimatan besar dapat dilakukan kerana semua pekerja boleh berkongsi di atas satu talian bagi mencapai perkhidmaan Internet.

Mereka juga boleh berkongsi sistem storan, berkongsi mesin pencetak, malah berkongsi fail dengan mudah untuk menjadikan pengurusan perniagaan itu lebih cekap dan berkesan.

Satu kajian kes ke atas syarikat perunding pemasaran tempatan, In2 Marketing & Consulting Sdn Bhd yang sudah berjaya menembusi pasaran serantau, mendapati syarikat itu amat berpuas hati dengan prestasi rumusan yang diperkenalkan Cisco kerana sudah menyumbang secara signifikan kepada penjimatan kos.

Menurut syarikat itu, dengan rumusan Cisco, syarikat memiliki keanjalan untuk menambah kapasiti apabila diperlukan dan kami boleh menyeragamkan mengikut keperluan semasa dan keperluan masa depan.

Rumusan Cisco menyokong pertumbuhan syarikat serta meringkaskan pengurusan, penyelenggaraan dan latihan, di samping meningkatkan kecekapan dan kos pemilikan yang rendah, kata In2 Marketing.

Hendry berkata, Cisco akan menjalin kerjasama lebih erat dengan rakan niaga tempatan untuk memasarkan secara agresif produk sedia ada sebagai usaha meningkatkan pasaran dan membantu pengurusan PKS mengembangkan perniagaan bukan saja di dalam negeri, malah terus ke peringkat antarabangsa.



Rujukan: http://www.hmetro.com.my.......indexv_html

16 February 2008

Saintis bukti cinta memang buta

WASHINGTON: Saintis Amerika Syarikat membuktikan cinta sememangnya buta, sekurang-kurangnya dalam memberikan perhatian kepada orang lain yang tidak kurang cantik atau kacak.

Penuntut kolej yang dilamun cinta kurang memberikan perhatian kepada lelaki atau wanita lain yang menarik, menurut kajian pasukan saintis Universiti California Los Angeles (UCLA) dan laman web temu janji, eHarmony.

“Rasa cinta kepada pasangan romantik nampaknya membuatkan orang lain kelihatan kurang menarik, dan emosi berkesan dalam cara amat khas dalam membolehkan anda menolak idea untuk menggoda orang lain jauh daripada fikiran anda,” kata Gian Gonzaga dari eHarmony, yang kajiannya diterbitkan dalam jurnal Evolution and Human Behaviour .


Profesor psikologi dan pengajian komunikasi di UCLA, Martie Haselton pula menambah: “Ia menunjukkan cinta seolah-olah menyebabkan anda buta terhadap orang lain.”

Gonzaga dan Haselton meminta 120 penuntut heteroseksual yang komited dalam hubungan meneliti gambar ahli laman web eHarmony berlainan jantina yang menarik.

Sukarelawan diminta memilih gambar paling menarik dan menulis karangan sama ada mengenai pasangan mereka atau subjek pilihan.

Ketika menulis, penuntut diminta melupakan ‘wajah paling panas’ daripada laman web itu, tetapi diarah meletakkan tanda jika terfikir ada gambar yang menarik.

Sukarelawan yang menulis mengenai pasangan itu didapati enam kali kurang berkemungkinan untuk mengaku memikirkan orang lain yang menarik berbanding sukarelawan yang menulis mengenai subjek rawak.

Mereka kemudian diminta berfikir kembali wajah menarik dalam gambar dan penuntut yang menulis mengenai kekasih masing-masing tidak mengingati banyak maklumat mengenai penampilan fizikal orang lain yang menarik itu.

“Mereka cuma ingat warna baju atau sama ada gambar itu diambil di New York tetapi tidak ingat sesuatu yang istimewa mengenai individu berkenaan.

“Ia bukan bermakna ingatan mereka lemah; ia seolah-olah mereka secara berhati-hati menolak keluar perkara yang membuatkan mereka berfikir mengenai betapa menariknya alternatif itu,” kata Gonzaga. - Agensi


Rujukan: http://www.bharian.com.my.......20080214232213/Article

11 February 2008

Guna Gas Asli NGV Hanya RM0.68 Seliter untuk Perjalanan 45km

RM0.68 seliter lebih 45 km

Penggunaan gas asli (NGV) memang menjimatkan selain bersifat mesra alam, lebih ringan, tidak berwarna dan tidak berbau. Bagaimanakah ia boleh diaplikasikan pada kenderaan persendirian?


FAUZI bersama model komponen sistem NGV yang ditawarkan syarikatnya.


KETIKA pemilik-pemilik kenderaan persendirian di negara ini mengeluh tentang peningkatan harga petrol dan diesel, pada masa yang sama, kebanyakan mereka masih menganggap penggunaan gas asli untuk kenderaan (NGV) hanya terhad untuk teksi. Sedangkan kereta mereka juga sebenarnya boleh ‘dikurniakan’ alternatif ini.

Penggunaan NGV mula digalakkan oleh kerajaan bermula pada tahun 1990-an, terutama sekitar tahun 1998 semasa Sukan Komanwel (SUKOM ‘98) berlangsung dan teksi-teksi turut diberi bantuan subsidi penukaran daripada sistem petrol kepada sistem NGV. Menurut data yang diberikan, sehingga bulan Disember 2006, daripada 30,000 kenderaan NGV di Malaysia, 90 peratus daripada kenderaan NGV adalah teksi.

“Memang kebanyakan orang di negara ini masih berfikir yang NGV hanya untuk pengangkutan awam terutamanya teksi, walhal kenderaan waima Kancil pun boleh menggunakannya tanpa masalah,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Gas Engineering CNG Sdn. Bhd., Fauzi Omar ketika sidang media mengenai teknologi pertukaran sistem petrol kepada NGV di Batu Caves, Selangor, baru-baru ini.

Walaupun kos untuk menukar kenderaan bersistem petrol kepada sistem NGV memerlukan kos yang agak tinggi iaitu antara RM2,500 hingga RM5,500, namun ia dianggap berbaloi kerana mampu melakukan penjimatan perbelanjaan petrol sehingga 70 peratus.

Selain itu, menggunakan bahan bakar NGV lebih mesra alam kerana ia lebih bersih. Terdapat kajian-kajian di universiti tempatan yang membuktikan bahawa penggunaan NGV mengurangkan emisi karbon monoksida dan sebagainya. Lebih ringan, tidak berwarna dan tidak berbau ia mungkin solusi kepada penyakit sakit otak atau sesak nafas yang boleh disebabkan oleh bahan bakar seperti petrol dan diesel.

“Kerajaan juga memberikan insentif kepada mereka yang menggunakan sistem NGV dengan pengurangan cukai jalan sebanyak 25 peratus.

“Warga kota terutamanya tidak perlu bimbang kerana 48 daripada 56 buah stesen pengisian gas asli di negara ini terletak di Lembah Klang. Dijangka pada tahun ini juga, bilangan stesen pengisian gas asli Malaysia akan dipertingkat sehingga 200 buah,” katanya.


KOMPONEN silinder dalam sistem NGV pada sebuah kenderaan.


Fauzi memberitahu, secara umumnya terdapat tiga jenis sistem NGV iaitu bi-fuel iaitu untuk pengisian petrol atau gas asli, dual fuel untuk pengisian diesel dan gas serta nanogas yang mengkhusus kepada pengisian gas asli sahaja.

Fauzi seterusnya menyerahkan pembentangan mengenai operasi NGV dan pemasangan NGV yang ditawarkan syarikatnya kepada Pengurus Kanan (Latihan dan Keselamatan) MOG Sdn. Bhd., Zoel Fareez Omar.

Zoel memberitahu, penggunaan NGV membantu pembakaran yang lebih baik dan bersih serta ketahanan enjin yang lebih lama. Penjimatan yang diwujudkan bukanlah omongan kosong.

“Bandingannya, bagi seliter petrol berharga RM1.92 membolehkan kenderaan bergerak sejauh 15 kilometer tetapi dengan NGV, RM0.68 seliter, ia mampu bergerak lebih 45 kilometer,” jelasnya sambil membuat pengiraan di papan putih.


TEMPOH pemasangan sistem NGV berbeza mengikut cara pemasangannya.


Kata Zoel, pemasangan sistem NGV yang ditawarkan boleh didapati secara karburator dan suntikan. Kenderaan berkaburator mestilah berusia tidak melebihi 13 tahun.

Secara asasnya, komponen-komponen yang terdapat dalam sistem NGV ialah pengatur (regulator), injap pengisian gas, pencampur, aksesori injeksi, paip laluan gas, injap silinder, silinder dan suis pemilihan.

Pengguna dapat mengetahui status amaun gas asli dalam kenderaan menerusi empat lampu penanda di dalam kenderaan. Jika keempat-empat lampu berkelip-kelip, ini menunjukkan amaun gas asli semakin berkurang.

“Bagi kereta yang memasang NGV secara karburator, jika mereka hendak menukar penggunaan petrol kepada gas asli ketika dalam perjalanan mereka perlu memastikan petrol benar-benar telah habis. Tetapi bagi pemasangan secara suntikan, mereka boleh menukar bahan bakar bila-bila masa sahaja,” katanya sambil menjelaskan kos pemasangan bagi secara karburator ialah RM2,500 hingga RM3,800 manakala secara suntikan daripada RM3,800 sehingga RM5,500.

“Kos yang tinggi untuk memasang sistem NGV ini banyak disumbangkan oleh kenyataan kebanyakan produk ini ialah produk import kerana negara kita belum berpengalaman sepenuhnya dalam bidang ini,” ujarnya.

Pemasangan secara karburator mengambil masa selama satu hari untuk disiapkan sementara secara suntikan mengambil masa paling kurang dua hari.

Menurutnya, set NGV yang ditawarkan syarikatnya diimport dari luar negara dan memenuhi piawaian yang ditetapkan SIRIM.

“Kami sudah memasang produk ini pada berbagai jenis kenderaan seperti Naza Ria, Perodua Kancil dan Jip Cherokee. Setakat ini, segalanya berjalan lancar.

“Untuk lebih meyakinkan, orang ramai digesa agar merujuk kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Puspakom setelah pemasangan dilakukan,” katanya.


SISTEM NGV membantu pembakaran yang lebih bersih.


Bagaimanapun, oleh kerana sesebuah kereta yang dipasang dengan sistem NGV itu sebenarnya tidak dicipta khusus untuk menerima bahan bakar gas asli, ia sedikit sebanyak mewujudkan beberapa kekurangannya.

“Memang tidak dinafikan, ada berlaku pengurangan efisiensi, tetapi dalam peratusan yang rendah,” katanya.

Gas Engineering CNG Sdn. Bhd. yang beralamat di No.12A, Jalan Bullion Mewah 8, Batu Caves, Selangor akan mengadakan bengkel mengenai NGV pada 16 Februari ini di sebuah lokasi yang bakal ditentukan kelak. Kepada mereka yang berminat bolehlah menghubungi Fauzi di talian 016-364 7119 atau Yanie di talian 012-229 0970.



Rujukan: http://www.kosmo.com.my......in_01.htm

09 February 2008

Enjin Kenderaan: Karburator atau EFI

Sejajar dengan perubahan masa, sistem pembekalan bahan api automotif juga mengalami revolusi.


SISTEM kaburator masih mempunyai peminat kerana sifatnya yang ringkas dan tahan lasak.


SEWAKTU awal era terciptanya enjin yang dikhaskan untuk memikul tugas bagi kenderaan penumpang serta komersial, para jurutera bertungkus-lumus mencipta dan menghasilkan kaedah yang terbaik bagi mewujudkan pembekalan bahan api yang sejajar dengan kemampuan kenderaan serta prestasinya.

Ini disebabkan sesaran enjin adalah merupakan isu dan pengaruh utama terhadap karakter penggunaan bahan api pada sesebuah kenderaan.

Dengan kemajuan yang tercapai itu juga maka pada zaman ini enjin bersesaran 1.5 liter bersama berat keseluruhan kenderaan 1,100 kilogram (kg) yang mampu mencatat penjimatan bahan api seperti 180 kilometer/10 liter. Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan lagi setelah apa yang mampu dihasilkan melalui proses revolusi teknologi yang kian maju.

Sistem karburator mula direka sebagai pengurus mekanikal yang berperanan membekalkan campuran udara dan bahan api untuk kegunaan enjin.

Keunggulan sistem yang telah berusia lebih 100 tahun ini masih digunakan sehingga sekarang dan ia masih menjadi kegilaan para peminat muscle car dan hotrod di Barat meskipun sistem pancitan bahan api elektronik (EFI) telah bertapak lama di benua tersebut.

Keistimewaan sistem ini sememangnya telah diakui dan ternyata begitu banyak perbezaan yang boleh dihuraikan antara dua kaedah pembekalan dan pengurusan bahan api ini.

EFI atau Electronic Fuel Injection adalah kaedah pembekalan bahan api yang menggunakan teknik menyuntik dan menyembur bahan api yang berkeadaan halus ke dalam ruang pembakaran enjin dan dikawal secara elektronik.

Ia dikendalikan oleh modul penting yang dikenali dengan pelbagai nama seperti ECU, ECM, EMC, EMS dan berbagai lagi terma yang lain.

Kesemuanya menjelaskan bahawa aktiviti pengurusan enjin dikawal oleh sistem elektronik dari pengawalan masa, nisbah bahan api, pemantauan aktiviti enjin hinggalah ke masa nyalaan palam.

Sistem pengawalan dan pengurusan elektronik ini bukanlah sesuatu yang baru. Bagi sistem suntikan jenis mekanikal, ia telah mula direka pada era tahun 1900-an.

Ketika itu terdapat berbagai jenis sistem suntikan yang direka pada pelbagai bentuk, kaedah dan kesinambungan terhadap cara ia berfungsi.

Era tahun 50-an adalah masa di mana sistem suntikan bahan api elektronik pertama dihasilkan oleh Bendix Corporation iaitu sebuah syarikat automotif terkenal di Amerika.

Sistem yang diberi nama Bendix Electrojector ini telah menjadi asas dan rujukan kepada kebanyakan pengeluar sistem suntikan pada zaman ini yang telah mengalami evolusi dari semasa ke semasa.

Syarikat gergasi seperti Volkswagen adalah antara syarikat automotif terawal yang memperkenalkan sistem suntikan elektronik yang dihasilkan oleh Bosch pada tahun 1968.

Pada era tahun 70-an, hanya ada beberapa syarikat pengeluar kenderaan sahaja yang menerima dan menggunakan sistem tersebut. Era tahun 80-an adalah kemuncak bermulanya penggunaan sistem ini secara meluas dan telah banyak diaplikasikan pada kebanyakan kenderaan penumpang dan komersial.

Sistem ini mula berubah kaedah operasinya dan mula dipengaruhi oleh faktor rekaan serta jenis kenderaan. Kebanyakan sistem suntikan elektronik pada zaman ini menggunakan kaedah pengawalan dari unit induk iaitu sistem ECU kenderaan.

Ia bertindak mengawal kadar suntikan bahan api mengikut data maklum balas yang diterima oleh beberapa unit sensor yang menghantar maklumat tentang kelajuan, beban dan kadar udara yang masuk ke ruang pembakaran enjin.

Unit-unit sensor seperti air flow sensor dan throttle position sensor adalah antara alat penting untuk sebuah
PENGGUNAAN bahan api pada enjin moden dengan sistem EFI lebih menjimatkan.


sistem suntikan beroperasi dengan baik. Tetapi, rekaan enjin yang berlainan menggunakan kaedah sensor serta pemetaan yang berbeza, bergantung pada spesifikasi asas enjin yang dihasilkan oleh pengeluar.

Terdapat dua jenis sistem pancitan bahan api elektronik, iaitu throttle body fuel injection dan port fuel injection.

Sistem throttle body fuel injection terdiri dari sama ada satu atau dua penyuntik bahan api yang ditempatkan pada bahagian atas injap pendikit manakala port fuel injection pula adalah sistem yang kebanyakannya digunakan oleh kenderaan moden kini iaitu dengan menempatkan setiap penyuntik bahan api secara berasingan pada liang kebuk masuk berdasarkan jumlah silinder pada enjin.

Walaupun begitu, kedua-dua sistem ini mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing dari segi tahap penjimatan dan keberkesanan kuasa bagi pembekalan.

Sistem ini mempunyai kelebihan dari segi penjimatan dan keberkesanan kuasa daripada sistem karburator. Walaupun begitu, masih ramai berpendapat karburator mempunyai banyak kelebihan berbanding sistem ini.

Sistem suntikan memerlukan banyak penggunaan alat mekanikal dan elektrikal, mempunyai lebih banyak kemungkinan dan bahagian yang perlukan penyelengaraan serta mudah rosak terutamanya pada bahagian litar elektronik jika tidak dijaga dengan betul.

Bagi tujuan pengubahsuaian pula, tidak banyak yang boleh dilaras terhadap sistem ini melainkan dengan penukaran komponen secara menyeluruh ataupun dengan penggunaan sistem ECU yang membolehkan penalaan bebas dilakukan.

Namun kelebihan sistem pancitan elektronik ini ternyata telah membuktikan kemampuannya dalam memberikan kuasa terbaik pada kadar penggunaan bahan api yang lebih menjimatkan.

Sistem suntikan menjanjikan perjalanan operasi yang cemerlang di samping menjamin tahap penjimatan bahan api dan keberkesanan kuasa pada enjin jika setiap bahagian mekanikal luarannya diselenggara dengan baik.

Seperti injector, fuel rail, fuel regulator, fuel filter dan fuel pump yang setidak-tidaknya perlu diperiksa sekali setiap setahun.

Dalam zaman yang semakin membawa para peminat automotif ke era pengetahuan baik dari segi teknikal, praktikal ataupun teori, pengetahuan terhadap sistem penalaan bagi unit ECU semakin mendapat tempat pada mereka yang cenderung mengubahsuai enjin yang berdasarkan sistem suntikan bahan api elektronik.

Sama ada unit penambahan piggyback ataupun unit ECU stand alone yang menggantikan modul ECU asal bagi membolehkan parameter serta unit pelarasan ditentukan oleh mekanik, jurutera serta penala kenderaan untuk memperolehi tahap prestasi enjin yang lebih dinamik berdasarkan pengubahsuaian mekanikal yang telah dilakukan.

Seperti sistem karburator yang ditala mengikut spesifikasi enjin, penalaan pada modul EMS (Electronic Engine Management System) stand alone ini bukanlah sesuatu yang mudah. Para penala perlu memahami unit asas serta parameter asal pada enjin tersebut.

Walau apa pun kaedahnya dan perbezaan antara kedua-dua sistem baru dan lama ini, tujuan utamanya adalah masih sama iaitu untuk mencapai satu tahap keberkesanan dan kepuasan dari sumber yang sama.



Rujukan: http://www.kosmo.com.my.......pe_02.htm