Books

Books

[LIVE] Coronavirus Pandemic: Real Time Counter, World Map, News

03 February 2008

Keagongan dan Keberkatan Bismillahirrahmanirrahim


Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Sabda Rasulullah s.a.w.: "Adalah Jibril
apabila datang kepadaku, yang pertama diberikannya kepadaku ialah Bismillaahir rahmaanir rahiimi."
(Darulquthni dan Ibnu Umar r.a. )
Sabda Rasulullah s.a.w.: "Itulah isim dari asma Allah. Tidak lain antara ia dengan nama Allah, 'Akbar' seperti putih mata dengan hitamnya.Begitulah dekatnya."

Demikianlah jawapan Rasulullah s.a.w ketika ditanya oleh Utsman Ibnu Affan berkenaan Bismillah.
Sabda Baginda s.a.w. lagi:
"Ismullahil-A'zham ialah Allah. Apakah engkau tidak lihat bahawasanya pada semua
pembacaan al-Qur'an dimulai dengan Bismillaahir
rahmaanir rahiimi sebelum menyebut nama-nama Allah
yang lain." ( Riwayat Imam Bukhari dari Jabir )

Bersabda Nabi s.a.w.:
"Ketika turunnya Bismillaahir rahmaanir rahiimi, bergembiralah ahli
langit dari bangsa Malaikat, bergoncanglah 'Arasy kerana turunnya. Turut serta bersamanya 1000
Malaikat. Dan, bertambahlah iman para Malaikat. Dan, tunduklah segala jin dan bergetar segala planet.
Gementar segala sendi-sendi kerana turunnya."

Dari Abu Na'im dan Ibn Sunni dari Siti Aisyah r.anhuma:
"Ketika turun Bismillaahir rahmaanir rahiimi, mengucap tasbihlah gunung-ganang hingga dapat
mendengar para penduduk Mekah dan sekitarnya. Lalu mereka berkata:"Rupanya Muhammad yang menyihir
gunung-gunung itu. Kemudian Allah bangkitkan awan hingga meneduhkan penduduk Mekah."

Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Barangsiapa membaca Bismillaahir rahmaanir rahiimi dengan penuh yakin, akan bertasbihlah gunung-ganang. Cuma sahaja ia tidak dapat mendengarnya."

Rasulullah s.a.w. bersabda:
" Barangsiapa mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi dan Laahaula walaquwwata illaa billaahil aliyyil adzhiim, Allah lepaskan dia dari 70 pintu bala dan kesukaran,dukacita dan kesakitan."
Dari al-Waqii dan Ats-Tsa'labi dari Ibnu Mas'ud r.a.:
"Barangsiapa ingin dipelihara oleh Allah dari seksaan Neraka Zabbaniah yang sembilan belas, maka
hendaklah dia mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi. Kerana Allah menjadikan tiap-tiap huruf Bismillah itu sebagai perisai."

Dari ad-Dailami dari Ibnu Mas'udr.a., bersabda Rasulullah s.a.w.:
"Barangsiapa membaca Bismillaahir rahmaanir rahiimi, dituliskan baginya tiap-tiap huruf 4000 kebajikan, dihapuskan darinya 4000 keburukan dan diangkat dia 4000 darjat."

Bersabda Nabi s.a.w.:
"Jin itu suka memakai barang-barang kepunyaan manusia dan pakaian mereka.
Oleh itu,barangsiapa mengambil atau menaruh pakaian, ucapkanlah Bismillaahir rahmaanirrahiimi.
Kerana sesungguhnya nama Allah yang dibacakan di situ merupakan cop mohor Allah."

Pengertian dari hadith di atas ialah hendaklah kita mengucapkan Bismillaahir rahmaanirrahiimi
setiap kali kita menyimpan atau mengambil barang-barang kepunyaan kita agar terjaga daripada jin dan Syaitan. Bukan sahaja kita mendapat pahala dari mengucapkannya tetapi juga mendapat keberkatan dan keselamatan samada atas harta-benda mahupun diri dan segalausaha kita.

Dari Anas bin Malik bersabda Nabis.a.w.:
"Andaikata pepohon dijadikan pena dan lautan dijadikan tinta, lalu dikumpulkan semua jin, manusia
dan Malaikat untuk membuat buku dan menulis erti Bismillaahir rahmaanirrahiimi selama sejuta tahun,
mereka tidak akan sanggup mengertikannya walau hanya satu persepuluh darinya."

Bersabda Rasulullah s.a.w.:
"Ada suatu kaum yang datang pada Hari Qiamat nanti dengan mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi. Lebih berat kebajikan mereka dari keburukan mereka. Lalu berkata umat-umat yang lain:
"Alangkah beratnya imbangan amal kebajikan mereka."
Sesungguhnya, adapun yang menjadi sedemikian kerana mereka sentiasa memulai segala perbicaraan
mereka dengan Bismillahir rahmaanir rahiim. Kerana ia adalah Isim Allah Yang Maha Agung. Jika sekiranya diletakkan langit dan bumi serta segala isinya ke atas neraca timbangan,nescaya beratlah lagi kalimah Bismillaahir rahmaanir rahiimi."

Dari Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda:
"Apabila engkau berwuduk, ucapkanlah Bismillaahir rahmaanir rahiimi kerana Malaikat penjagamu
tidak kan berhenti menuliskan kebajikan bagimu sehingga engkau selesai. Dan, apabila engkau
ingin bersatu dengan isterimu, ucapkanlah Bismillaahir rahmaanirrahiimi kerana sesungguhnya
Malaikat penjagamu akan menuliskan kebajikan bagimu hingga selesai engkau mandi janabah. Jika dari
persetubuhan itu lahir seorang anak, akan dituliskan bagimu kebajikan menurut bilangan nafasnya dan
bilangan anak-cucunya hingga tidak dikecualikan walau seorang."

Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a. telah bersabda Rasulullah s.a.w.:
"Barangsiapa di antara kamu apabila ia akan bersetubuh dengan isterinya,
lalu dia mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi dan "Ya Allah, jauhkanlah Syaitan daripada kami dan
jauhkanlah Syaitan itu daripada apa yang Engkau kurniakan untuk kami", maka jika sesungguhnya Allah
takdirkan dari persetubuhan itu lahir seorang anak, tidak akan dapat Syaitan memudaratkannya untuk
selama-lamanya."

Dikisahkan di dalam Kitab Khozinatul-Asror bahawasanya Allah Ta'ala itu mempunyai 3000 nama
yang mana 1000 nama hanya diketahui oleh para Nabi-Nabi Allah, 300 nama disebutkan di dalam Kitab
Taurat, 300 nama disebutkan di dalam kitab Injil, 300 nama disebutkan di dalam Kitab Zabur, 99 nama
disebutkan di dalam al-Qur'anulkariim manakala 1 berada di sisi Allah. Dan, adapun makna daripada
keseluruhan 3000 nama ini terhimpun di dalam 3 nama-nama Allah iaitu Allah, Arrahmaan dan Arrahiim
yang termaktub pula di dalam kalimah Bismillaahir rahmaanir rahiimi. Maka, barangsiapa mengajarkan dan
mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi umpama ia menyebutkan keseluruhan 3000 nama-nama Allah. Adapun sesungguhnya kalimah Bismillaahir rahmaanir rahiimi itu ada sembilan belas huruf dan Malaikat-Malaikat penjaga Neraka itu juga ada sembilan belas. Maka, barangsiapa membaca Bismillaahir rahmaanir rahiimi dengan penuh ikhlas dan yakin kepada Allah, nescaya terhindarlah dia daripada siksaan Malaikat Zabbaniah.

Dan, barangsiapa mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi banyak-banyak dengan harapan
mendapat rezeki, nescaya akan diberikan Allah rezeki dengan mudah dan tidak terduga olehnya. Serta,
diberi kurnia kehebatan di hati manusia dan di sisi alam yang tinggi ( yakni Malaikat ) dan alam yang
rendah ( yakni manusia dan lain-lain makhluk Allah di mukabumi ).


Rujukan: http://210.48.145.73.......

Metamfetamin Dadah Buat Penagih Menjadi Gila

Oleh Shafinaz Sheikh Maznan


LEFTENAN Chuck Middleton dari pejabat Sherif Highland County, Ohio, mungkin antara individu yang paling kerap menyaksikan tragedi dadah jenis metamfetamin, berbanding lain-lain penduduk setempat.

Memetik kenyataannya yang disiarkan di dalam laman web stopmethaddiction.com yang menentang keras penggunaan dadah perangsang dari jenis amfetamin (ATS) itu:

``Saya sudah banyak melihat pelbagai jenis dadah yang datang dan pergi begitu sahaja.

``Tetapi saya tidak pernah berharap untuk melihat dadah ini. Malah, saya berharap ia tidak pernah dicipta pun.

``Anda tidak akan mempercayainya. Ia bukan sahaja sungguh menakutkan bahkan semakin menggila dari hari ke hari,'' katanya.

Sehingga April tahun lalu, pejabat sherif berkenaan telah menyiasat sebanyak 36 makmal pembuatan metamfetamin jalanan yang dihasilkan secara haram oleh `ahli kimia tidak bertauliah', sejak ia pertama kali ditemui pada Oktober 2000.

``Saya pernah melihat bagaimana seorang remaja perempuan menarik lidahnya sehingga darahnya mengalir ke dagu.

``Dia tidak menyedarinya dan apabila saya memberitahunya, dia berhenti tetapi mula beralih kepada telinganya pula,'' tambah Middleton yang betul-betul bingung dengan kejadian itu.

Metamfetamin atau nama ringkasnya meth merupakan sejenis dadah perangsang yang berupaya mengaktifkan sistem tertentu otak lantas menyebabkan ketagihan kuat pada seseorang.

Di Malaysia, ia mula digunakan secara berleluasa kira-kira dua tiga tahun yang lalu berikutan kesukaran mendapatkan bekalan heroin.

Metamfetamin terkenal di kalangan para penagih baru yang menganggap dadah berbentuk kristal dan tidak berbau atau berwarna itu `selamat', tanpa sebarang kesan ketagihan.

Pakar Runding Perubatan Ketagihan, Pusat Rawatan Pakar, Dr. Mahmud Mazlan mempunyai butiran lanjut mengenai dadah yang dikenali sebagai shabu oleh masyarakat tempatan ini.

``Metamfetamin turut dikenali sebagai ice, ice baby, the devil's drug (dadah syaitan), poor man's coccaine (kokain orang miskin), chalk, crank, fire, glass, speed, kristal atau ya ba.

``Bukan kepelbagaian namanya yang memberikan masalah besar kepada pihak penguat kuasa.

``Tetapi penghasilannya yang begitu mudah iaitu dengan cara memasak bahan-bahan yang tersedia di kaunter seperti ubat demam, menggunakan perkakasan dapur biasa,'' katanya.

Tidak hairanlah, metamfetamin meraih populariti segera berbanding kokain yang perlu dibeli daripada penanam dan diimport dari luar negara.

Kesannya pula berpanjangan sehingga setengah hari dan lebih mengkhayalkan di sebalik harganya yang murah, tetapi dalam masa yang sama amat membahayakan.

Di Asia, pusat pembuatannya terletak di kawasan segi tiga emas yang terdiri daripada sempadan Thailand, Myanmar dan Laos.

Laporan BBC News yang memetik kenyataan Jabatan Negeri Amerika Syarikat menyifatkan Thailand sebagai negara penyalahgunaan ATS termasuk metamfetamin, yang paling teruk di dunia.

Mengikut sejarahnya, metamfetamin dicipta oleh Nazi bagi membolehkan angkatan tentera mereka tidak tidur selama beberapa hari, semasa Perang Dunia Kedua.

Pemimpin Nazi, Adolf Hitler sendiri dikatakan menyuntik dirinya setiap hari dengan bahan berkenaan untuk meraih faedah yang sama.

Menurut Dr. Mahmud, metamfetamin merembeskan neurotransmiter dopamin iaitu sejenis bahan kimia yang merangsang sel-sel otak, sekali gus melimpahi pengguna dengan perasaan yang begitu menyeronokkan.

``Ia juga mempunyai kesan neurotoksik yang memusnahkan sel-sel otak yang turut mengandungi serotonin, sejenis neurotransmiter lain.

``Lama-kelamaan, metamfetamin akan menyebabkan paras dopamin yang terus berkurangan dan menyebabkan penagih mengalami gangguan pergerakan yang teruk seperti gejala penyakit Parkinson,'' katanya.

Beliau berkata, pengambilan metamfetamin sekalipun dalam dos yang kecil akan menyebabkan ketagihan dengan mudah walaupun setelah kali pertama mencubanya.

Ini kerana, sebagai perangsang yang berkuasa, metamfetamin meninggalkan kesan yang cukup kuat ke atas saraf otak.

Kesan penggunaan metamfetamin

* Meningkatkan masa berjaga, aktiviti fizikal dan pernafasan

* Mengurangkan selera makan seseorang (digunakan dalam rawatan obesiti)

* Hipertermia (suhu badan terlalu tinggi) dan konvulsi (pengecutan tidak sengaja otot-otot yang menghasilkan peliukan tubuh serta anggota) yang mana kedua-duanya boleh menyebabkan maut

* Tremor (gerakan berirama dan berselang-seli pada sebarang bahagian tubuh)

* Paranoia (takut tidak bertempat).

Sejurus selepas menghisap atau menyuntiknya, pengguna akan mengalami sejenis keasyikan atau sensasi memuncak yang dipanggil rush atau flash, selama beberapa minit.

Pengambilannya melalui mulut (telan) atau hidung (sedut) akan menghasilkan kesan khayalan yang berpanjangan sehingga setengah hari.

Dr. Mahmud berkata, metamfetamin juga boleh menimbulkan keghairahan seksual atau mendorong nafsu yang kuat, menjadikan penggunanya seorang perogol termasuklah memperkosa kanak-kanak.

``Ia juga menyebabkan seseorang itu sangat berani dan sanggup melakukan jenayah seperti rompakan mahupun pembunuhan tanpa sedikit pun rasa simpati kepada mangsa.

``Keadaan ini berbeza daripada penagih heroin yang hanya akan terlibat dengan jenayah apabila memerlukan wang untuk membeli dadah,'' katanya.

Penagih heroin akan melakukan kecurian kecil-kecilan dan jenayah yang tidak memerlukan mereka bersemuka dengan orang lain.

Mereka juga tidak akan bertindak ganas kecuali ketika berada di dalam keadaan tarikan (withdrawal) yang teruk.

``Penagih metamfetamin bukan sahaja melakukan kegiatan jenayah untuk mendapatkan wang tetapi juga menjadi lebih agresif dan tidak berhati perut berbanding bukan penagih dadah jenis itu.

``Mereka tidak akan teragak-agak untuk melakukan serangan fizikal, rogol dan membunuh mangsanya,'' katanya.

Tambah Dr. Mahmud, keracunan itu akan menyebabkan penagih menjadi `kebal' dan tidak takut langsung kepada pihak berkuasa atau ditangkap oleh polis.

Mereka akan melawan jika dikepung dan tidak rasa bimbang dengan kemungkinan tercedera mahupun terbunuh.

Katanya lagi, pengguna metamfetamin kronik mempercayai bahawa ada orang yang sentiasa memerhatikannya dan mahu mencederakan atau membunuhnya.

Terdapat beberapa kes di mana penagih bertindak balas terhadap kepercayaan itu dan akibatnya, membunuh saudara-mara mereka sendiri.

Mengenai kesan jangka panjang penggunaan metamfetamin, kata Dr. Mahmud, ia akan menyebabkan ketagihan yang kronik, ditandai dengan pengambilan dadah kompulsif (terpaksa).

Akibatnya, penagih akan mengalami penyakit yang berulang-ulang disertai dengan perubahan fungsi dan molekular di dalam otak.

Penagih metamfetamin kronik juga akan mempamerkan gejala-gejala seperti tingkah laku yang ganas, insomnia serta kecelaruan mental seperti kebimbangan dan kekeliruan.

``Mereka juga boleh menunjukkan ciri-ciri psikotik (kurang siuman), antaranya, halusinasi pendengaran, gangguan mood dan delusi.

``Gejalanya boleh muncul di antara beberapa bulan atau bertahun-tahun selepas penggunaannya dihentikan,'' katanya.

Penagih, misalnya merasakan seolah-olah ada serangga yang menjalar di atas atau dalam kulit mereka yang dikenali sebagai formication.

Justeru, mereka akan menggaru atau menoreh diri sendiri dalam usaha untuk mengeluarkannya.

Kata Dr. Mahmud, bagi menambah kesan yang diingini, pengguna akan mengambil dos dadah yang lebih tinggi, secara lebih kerap atau mengubah cara pengambilannya.

Dalam sesetengah kes, penagih tidak akan makan dan tidur apabila terjebak di dalam perbuatan mengikut hawa nafsu yang dipanggil run.

Mereka akan menyuntik sebanyak mungkin dadah sehingga satu gram setiap dua hingga tiga jam, dalam tempoh beberapa hari sehingga kehabisan dadah atau penagih sudah tiada daya upaya lagi.


Komplikasi Kesihatan

* Pelbagai masalah kardiovaskular seperti degupan jantung yang kencang dan tidak teratur.

Tekanan darah penagih juga meningkat dan tidak dapat diubah lagi manakala serangan angin ahmar memusnahkan pembuluh darah kecil di dalam otak.

* Metamfetamin kronik menyebabkan radang hati, kerosakan pembuluh darah dan kulit yang bengkak dan bernanah.

* Keracunan plumbum akut. Salah satu cara pembikinan metamfetamin ialah menggunakan plumbum asetat sebagai bahan uji.

Kesilapan semasa proses penghasilannya boleh menyebabkan pencemaran metamfetamin.

* Janin yang terdedah kepada penyalahgunaan metamfetamin juga akan menyebabkan komplikasi prenatal, kelahiran pramatang, kecacatan kongenital dan mengubah corak tingkah laku neonatal seperti iritabiliti melampau dan refleks abnormal.

30 January 2008

Datuk Ishak Baharom - Bekas Mufti Selangor Meninggal Dunia


Kuala Lumpur 30 Jan. - Bekas Mufti Selangor, Dato' Ishak Baharom meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh tengah hari ini selepas tidak sedarkan diri dan koma akibat masalah tekanan darah dan dimasukkan ke hospital pagi semalam.


Menurut seorang anggota keluarganya, jenazah Allahyarham kini dibawa ke rumahnya di Taman Sri Andalas, Klang. Katanya, jenazah berkemungkinan akan dibawa ke Masjid Lipat Kajang, Taman Sri Andalas untuk disolatkan jam 9.30 pagi esok. Menurut beliau, Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, selepas itu.

Almarhum Dato' Ishak Baharom dilahirkan pada 1 Januari 1928 di Kampung Batu 22, Kanchong Darat, Banting, Selangor. Ayahnya Haji Baharom bin Jabar, berasal dari Banjarmasin, Sumatra. Manakala ibunya Hajah Fatimah bt Haji Junid berasal dari Melaka. Beliau mempunyai 5 orang adik-beradik. Allahyarham meninggalkan balu, Datin Khalijah Abdullah serta tiga orang anak.

Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kanchong Darat dari 1935 - 1941. Semasa pemerintahan Jepun, beliau tidak dapat meneruskan persekolahan selama 2 tahun. Pada tahun 1945, beliau menyambung pelajaran di di Sekolah Menengah Arab Madrasah Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Darul Ulum, India.

Jawatan terakhir Allahyarham sebelum dilantik menjadi Mufti Negeri Selangor pada 1985 ialah sebagai Mudir Sekolah Menengah Agama Batu 38, Sabak Bernam.

Bagaimanapun pada 1997, ekoran fatwa yang dikeluarkannya yang menegaskan pertandingan ratu cantik adalah haram, beliau telah dipecat daripada jawatan mufti walaupun perkhidmatannya baru sahaja di sambung.

Selepas pemecatan tersebut, Almarhum meneruskan perjuangannya dengan turun ke padang sebagai penceramah dan pendakwah bebas. Almarhum bergiat serius dalam PAS bermula pada 2003 setelah dilantik menjadi Ahli Majlis Syura Ulama' PAS sehingga 2007.

Al-Fatihah

Pergerakkan Matahari Dalam Al-Quran



Ketika menerangkan mengenai bulan dan matahari dalam Al-Qur'an, ianya ditekankan bersama bahawa setiap satunya mempunyai laluan orbit tertentu;

"Dia yang menjadikan malam dan siang, matahari dan bulan, setiap mereka berenang di falak (tempat peredarannya) ." (Surah al-Anbiya; 33)

Dalam ayat lain dinyatakan juga bahawa matahari sebenarnya bukan objek yang statik tetapi juga mempunyai orbitnya tertentu;

"Dan matahari beredar di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang maha Perkasa dan maha Mengetahui. " (Surah Yaasin;38)

Fakta yang dikemukakan dalam Al-Qur'an ini telah ditemui melalui pemerhatian astronomi hari ini. Berdasarkan kepada kiraan pakar-pakar astronomi, matahari bergerak dalam kelajuan yang besar selaju 720, 000 km sejam mengarah ke bintang Vega dalam satu orbit tertentu dalam sistem Solar Apex. Ini bererti matahari bergerak sejauh 17,280,000 km sejam secara anggaran. Bersama-sama dengan matahari, dan semua planet dan satelit yang berada dalam lingkungan sistem graviti matahari (sistem solar) juga turut bergerak pada jarak yang sama. Sebagai tambahan, semua bintang dalam alam semesta adalah berada dalam satu persamaan pergerakan yang telah ditentukan.

Lanjutan hal ini, iaitu alam semesta dipenuhi dengan lintasan dan orbit telah dimaktubkan di dalam Al-Qur'an;

"Demi langit yang mempunyai jalan-jalan" (Surah az-Dzariyat; 7)

Terdapat lebih kurang 200 bilion galaksi dalam alam semesta, yang mengandungi hampir 200 billion bintang setiap satu. Kebanyakan dari bintang-bintang ini mempunyai planet-planet dan kebanyakan dari planet ini mempunyai satelit. Semua objek-objek langit ini bergerak menepati orbit-orbit yang telah dicongak. Untuk berapa juta tahun, semuanya 'berenang' melintasi orbit masing-masing dalam keseimbangan dan susunan yang sempurna bersama-sama dengan yang lain.

Selanjutnya, bilangan komet yang banyak juga bergerak bersama dalam orbit-orbit yang telah ditentukan untuk mereka.

Orbit-orbit dalam alam semesta bukan sahaja dimiliki oleh jasad-jasad langit ini, tetapi juga dimiliki oleh galaksi-galaksi yang bergerak pada kelajuan yang besar dalam orbit-orbit yang telah ditetapkan. Sewaktu dalam pergerakan, tidak ada satupun objek langit ini yang memotong orbit atau bertembung dengan objek lain.

Suatu yang pasti, ketika Al-Qur'an di turunkan manusia tidak mempunyai sebarang teleskop seperti hari ini atau teknologi pemerhatian yang maju untuk memerhati jutaan kilometer ruang angkasa, dan juga tanpa pengetahuan fizik atau astronomi yang moden. Dengan hal ini, ianya suatu yang mustahil ketika itu untuk menentukan secara saintifik bahawa ruang langit 'dipenuhi dengan lintasan dan orbit' seperti yang dinyatakan dalam Al-Qur'an. Bagaimanapun, hal ini secara jelas diterangkan kepada manusia dalam Al-Qur'an yang diwahyukan ketika itu -kerana Al-Qur'an sebenarnya adalah kalam Tuhan.WALLAHUA' LAM

28 January 2008

Perubatan Melalui Al-Qur'an

Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi.

Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an". Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak masuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.

Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang. Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah.

Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang, maka otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.

Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.

Kesimpulannya: Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang, apatah lagi yang tidak beragama Islam, walau pun akal mereka berfungsi dengan secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal.

Justeru itu, tidak hairanlah jika manusia ini kadang kala tidak segan silu untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya, walau pun akal mereka mengetahui bahawa perkara yang akan dilakukan itu adalah bersalahan dengan kehendak mereka. Inilah adalah kesan daripada ketidakupayaan otak mereka untuk mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu secara lebih normal.

Maka dengan itu tidak hairanlah timbulnya bermacam-macam gejala-gejala sosial masyarakat masakini. Dari itu, marilah kita bersama-sama mengambil ikhtibar daripada kisah di atas. Ambillah Islam secara menyeluruh dan bukannya secara sedikit-sedikit.

27 January 2008

Suharto Meninggal Dunia

JAKARTA, 27 Jan — Bekas Presiden Indonesia, Suharto meninggal dunia pada pukul 1.10 petang ini waktu tempatan (2.10 waktu Malaysia) setelah berada dalam keadaan kritikal sejak awal pagi ini.

Pengumuman itu dibuat oleh bekas Menteri Setiausaha Negara Indonesia, Moerdiono melalui siaran sebuah radio tempatan ke seluruh negara itu sejurus selepas pasukan Doktor Presiden yang merawat Suharto mengesahkan kematian bekas presiden itu.

Suharto, 86, memerintah Indonesia selama 32 tahun dari 1966 hingga 1998 berada dalam keadaan kritikal sejak dimasukkan ke Hospital Pusat Pertamina, Jakarta Selatan pada 4 Jan lepas.

Terdahulu hari ini, doktor mengisytiharkan Suharto dalam keadaan kecemasan dan paling kritikal sejak berada di hospital itu apabila sejak pukul 1 pagi ini bekas pemimpin itu terpaksa bergantung sepenuhnya kepada bantuan alat pernafasan setelah pelbagai organ badannya gagal berfungsi.

Moerdiono yang juga jurucakap keluarga Suharto berkata, anak-anak bekas presiden itu berada di sisi bapa mereka ketika itu.

Semasa dirawat di hospital itu, Suharto yang dimasukkan ke hospital itu pada awalnya kerana masalah pencernaan dan paru-paru berair, beberapa kali dilaporkan berada dalam keadaan koma dan menjalani rawatan pemindahan darah.

Suharto atau lebih dikenali dengan gelaran “Pak Harto” adalah bekas Presiden kedua Indonesia yang juga dikenali sebagai “Bapa Pembangunan Indonesia” hasil perkembangan pesat negara itu semasa era pemerintahannya.

Suharto yang turut dihormati di kalangan negara jiran rantau ini adalah antara pemimpin yang banyak menyumbang dalam pertubuhan serantau Asean.

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut melawat Suharto di hospital itu pada 14 Januari lepas berkata, bekas presiden itu juga berperanan utama dalam memulihkan hubungan antara Malaysia-Indonesia (selepas konfrontasi terhadap Malaysia yang dilancarkan oleh presiden pertama Indonesia, Sukarno).

“Suharto memudahkan perhubungan antara Malaysia dengan Indonesia yang selepas itu semakin meningkat dan hubungan jadi begitu rapat sehingga kita boleh anggap ini serumpun, yang sememangnya dari asal dekat,” kata Dr Mahathir kepada media Indonesia sejurus selepas meluangkan masa kira-kira 25 minit melawat Suharto di hospital itu.

Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah adalah antara kenamaan Malaysia yang melawat Suharto di hospital itu.- Bernama

******************************

Father of development

"Indonesia's second President Haji Muhammad Suharto has passed away at about 1310," senior police officer Major Dicky Sondani told reporters at the Pertamina Hospital in Jakarta.

All six of his children were at the hospital.

Soldiers and police had to force back crowds of Suharto supporters to allow the ambulance with his body to leave the hospital on his way to his home in central Jakarta, before it is taken to Solo in central Java for the funeral.

The government has announced a week of national mourning. President Susilo Bambang Yudhoyono led a televised prayer.

"I invite all the people of Indonesia to pray that may the deceased's good deeds and dedication to the nation be accepted by Allah the almighty," he said.

"Mr Suharto has done a great service to the nation."

Suharto was rushed to hospital on 4 January suffering from various heart, lung and kidney problems.

He had been living quietly in Jakarta since being overthrown during the 1997-1998 Asian financial crisis. He had been in and out of the hospital several times.

Although he was accused of embezzling huge sums from state funds during his three decades in power, his lawyers always successfully pleaded that his failing health meant he should not stand trial.

Suharto's rule was marked by rapid economic growth and political stability. Some Indonesians fondly call him the "father of development".

But many often found it difficult to pin down what they felt about the man who had towered over their lives for so long, says the BBC's Jonathan Head.

They certainly feared him, our correspondent says.

After all, the bloodshed which accompanied his rise to power, after a mysterious coup attempt in 1965 which he blamed on Indonesia's then-powerful Communist Party, was on a scale matched only in Cambodia in this region, he says.

Within the space of a few months at least half a million people were slaughtered in anti-communist pogroms that, at the very least, Suharto and the military tacitly encouraged says our correspondent.

The trauma of that period scars Indonesia to this day, and was a key tool in Suharto's armoury.

After his death was announced, Suharto's eldest daughter, Siti Hariyanti Rukmana, told reporters: "We ask that if he had any faults, please forgive them... may he be absolved of all his mistakes."



RISE AND FALL OF SUHARTO
Born in Java, June 1921
Comes to power in 1965 after alleged Communist coup attempt
Formally replaces Sukarno as president in March 1967
Modernisation programmes in the 70s and 80s raise living standards
East Timor invaded in late 1975
Asian economic crisis of the 1990s hits Indonesian economy
Spiralling prices and discontent force him to resign in May 1998
Judges rule he is unfit to stand trial for corruption in 2000
Transparency International says he tops the world all-time corruption table in March 2004



Rujukan:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp...&pg=bt_02.htm
http://news.bbc.co.uk/2/hi/asia-pacific/7211565.stm

Google minat melabur di Malaysia

DAVOS 26 Jan. – Google Inc, syarikat gergasi enjin carian Internet, telah memulakan perbincangan dengan Multimedia Development Corporation (MDEC) dalam usaha untuk mewujudkan pangkalannya di Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Google berminat untuk melabur di Malaysia memandangkan terdapat prasarana cukup dan kedudukan geografi yang strategik.

‘‘Malah, rancangan-rancangan masa depan teknologi komunikasi maklumat (ICT) kita boleh membantu pembangunan Google mewujudkan pangkalan mereka di Malaysia,” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di sini.

Terdahulu, Abdullah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Google, Eric Schmidt di luar mesyuarat tahunan WEF.

Selain itu, kata Abdullah, Google menyatakan puas hati dengan kadar peningkatan pengguna Google di Malaysia yang merupakan yang tertinggi berbanding di negara-negara rantau Asia Tenggara.

Abdullah berkata, Google juga berharap kemudahan-kemudahan yang disediakan kelak juga akan dapat dimanfaatkan oleh negara.

Google Inc merupakan sebuah syarikat awam dan enjin gelintar (carian) Amerika Syarikat, yang pada awalnya ditubuhkan sebagai syarikat sendirian berhad pada 7 September 1998.

Setakat 30 September 2006, syarikat yang bertapak di Mountain View, California ini mempunyai 9,378 orang pekerja sepenuh masa.

Penyenaraian awam Google dibuat pada 24 Oktober 2004 dan syarikat itu kemudiannya mencapai nilai hampir RM76 bilion.

Melalui beberapa pembangunan produk baru, pengambilalihan dan perkongsian, Google berkembang daripada syarikat enjin pencarian serta pengiklanan kepada bidang-bidang lain termasuk e-mel, laman web, pemetaan dalam talian dan produktiviti pejabat.

Di Asia, Google mempunyai pejabat di China, Hong Kong, India, Jepun, Singapura, Korea Selatan dan Taiwan.

Kemudahan carian dan cara mudah menggunakannya menjadikan Google antara jenama yang paling terkemuka dan sebagai satu perniagaan, Google menjana pendapatan dengan menyediakan pengiklanan melalui Internet yang menjimatkan kos bagi para pengiklan.

Mengenai WEF 2008, Abdullah berpendapat forum itu telah membuktikan ia bersedia menjadikan topik-topik perbincangan berasaskan daripada perkembangan yang berlaku di dunia.

Sebelum ini, katanya, isu hangat iaitu kemelesetan ekonomi yang pernah melanda Amerika tidak dijadikan sebagai tajuk perbincangan, tetapi kini sudah pun menjadi perkara yang ditimbulkan di kalangan peserta.

‘‘Jadi ia menjadi forum yang cukup responsif kepada apa juga perkembangan yang berkaitan ekonomi mahupun politik. Selain itu bilangan yang datang begitu ramai dan ia memberi kesempatan kepada banyak pihak untuk berbincang secara dua hala - sesama pemimpin kerajaan tetapi juga dengan ketua-ketua syarikat besar di dunia,” katanya.

Sementara itu, Abdullah serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis yang juga berada di sini, telah mengambil kesempatan sempena mesyuarat tahunan WEF bagi mempromosikan Kongres Dunia mengenai Teknologi Maklumat (WCIT) selama lima hari mulai 18 Mei ini di Kuala Lumpur.

‘‘Sambutannya baik. Datuk Seri Jamaludin dan para pegawai MDEC mengambil peluang bertemu banyak pihak semasa di sini,” jelasnya.


Rujukan: http://www.utusan.com.my/...&pg=mh_06.htm