Ikatlah ilmu dengan menuliskannya ... Kerana ilmu yang ditulis akan tetap tersimpan daripada keterbatasan ingatan manusia
Books
[LIVE] Coronavirus Pandemic: Real Time Counter, World Map, News
31 January 2016
Resipi Masak Ikan Kelah Lemak Cili Padi
Resipi Ikan Kelah Lemak Cili Padi
Bahan-Bahannya:
● 1 ekor ikan kelah
● 2 batang serai, ditumbuk hujungnya
● 2 helai daun kunyit, disiat-siat
● 600 ml santan cair
● 200 ml santan pekat
● 8 - 10 biji limau kasturi, ambil jusnya
● Garam secukup rasa
● 15-20 biji cili padi kampung, boleh ditambah jika suka
● 1 inci kunyit hidup
● Sehelai daun kunyit, disiat-siatkan dan disimpulkan
● Secekak pucuk ubi, ambil pucuk dan rebus dengan garam & toskan
Cara-caranya:
1. Ikan kelah disiang tanpa buang sisik cuma dibersihkan dan diperap bersama garam dan cuci sedikit dengan jus limau kasturi selama 10 - 15 minit. Cuci kembali dan toskan. Kemudian ketepikan.
2. Tumbuk cili api bersama kunyit hidup dan garam. Masukkan ke dalam periuk.
3. Masukkan serai yang telah dititik dan santan cair, kacau dan tunggu hingga mendidih.
4. Masukkan ikan kelah dan tambah santan pekat. Bila sudah mendidih masukkan pula daun kunyit, pucuk ubi yang telah direbus dan masukkan garam secukupnya.
5. Biar mendidih perlahan dalam 10 minit dan tuang jus limau kasturi dan biarkan mendidih lagi sambil dikacau perlahan.
6. Apabila sudah rasa garam ok baru dipadamkan api. Hidangkan ketika panas.
Selamat menjamu selera!
Subscribe to:
Posts (Atom)