Books

Books

[LIVE] Coronavirus Pandemic: Real Time Counter, World Map, News

18 February 2006

ASEAN "Association of Southeast Asian Nations"


ASEAN

Logo ASEAN
ASEAN, merupakan singkatan bagi "Association of Southeast Asian Nations" atau Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara. ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok dengan tujuan untuk mengukuhkan kerjasama serantau. Negara anggota mengadakan mesyuarat pada setiap November.

Prinsip Utama ASEAN
Prinsip prinsip utama ASEAN digariskan seperti berikut:

* Hormat terhadap kemerdekaan, ketuanan, kesamaan, integriti jajahan dan identiti nasional semua negara
* Hak untuk setiap negara untuk memimpin kehadiran nasional bebas daripada campur tangan luar, subversif atau koersion (coerion)
* Penyelesaian perbezaan atau perdebatan dengan aman
* Menolak penggunaan ketenteraan
* Kerjasama effektif antara anggota

Ahli ASEAN
Kini ASEAN dianggotai oleh hampir semua negara di Asia tenggara kecuali Timor Timur dan Papua New Guinea. Negara negara anggota adalah seperti berikut:

* Brunei Darussalam
* Filipina
* Indonesia
* Kemboja
* Laos
* Malaysia
* Myanmar
* Singapura
* Thailand
* Vietnam

Sejarah
Untuk rencana lanjutan, lihat Sejarah ASEAN
ASEAN ditubuhkan oleh lima negara pengasas; Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand di Bangkok semasa proses penandatanganan satu perjanjian yang dikenali sebagai Deklarasi Bangkok. Menteri luar ketika itu ialah Adam Malik (Indonesia), Narciso R. Ramos (Filipina), Tun Abdul Razak (Malaysia), S. Rajaratnam (Singapura), dan Thanat Khoman (Thailand).

Brunei menganggotai ASEAN pada 8 Januari 1984 iaitu seminggu selepas mencapai kemerdekan. Hanya selepas 11 tahun kemudiannya ASEAN menerima ahli baru. Vietnam menjadi anggota yang ketujuh pada 28 Julai 1995, Laos dan Myanmar menjadi ahli dua tahun kemudianya, iaitu pada 23 Julai 1997. Walaupun Kemboja sudah menyertai ASEAN bersama sama Myanmar dan Laos, Kemboja terpaksa menarik diri disebabkan masalah politik dalam negara tersebut. Namun, dua tahun kemudiannya Kemboja menyertai semula ASEAN pada 30 April 1999.

Timor Timur
Negara baru Timor Timur, dahulunya dalam Indonesia, terpaksa berhempas pulas untuk mendapat status pemerhati dalam ASEAN. Namun, banyak negara dalam ASEAN tidak menyokong penglibatan Timor Timur pada akhir 1990an atas rasa hormat kepada Indonesia. Myanmar, terutamanya, menentang pemberian status pemerhati kepada Timor Timur kerana sokongan Timor Timur terhadap perjuangan Aung San Su Kyi.
Sejak kemerdekaan Timor Timur pada Mei 2002, ASEAN telah banyak membantu negara baru ini. Timor Timur telah dijemput untuk hadir dalam beberapa mesyuarat ASEAN. Walaubagaimanapun, Timor Timur masih dilantik sebagai negara pemerhati.
ASEAN dianggar merangkumi 500 juta orang dan merangkumi kawasan seluas 4.5 juta kilometer per segi.