Books

Books

[LIVE] Coronavirus Pandemic: Real Time Counter, World Map, News

12 March 2020

Nasihat Kepada Orang Awam Yang Ingin Membuat Perjalanan Ke Luar Negara (Covid-19)


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa supaya semua aktiviti perhimpunan membabitkan kehadiran yang ramai ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19.

Pada masa sama, individu yang mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan juga dinasihatkan tidak menghadiri program sedemikian atau tempat yang padat dengan orang ramai, termasuk aktiviti keagamaan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata individu yang mempunyai gejala dinasihat agar menjarakkan diri sekurang-kurangnya satu meter ketika berhadapan dengan individu lain.
KKM juga menasihatkan orang ramai untuk tidak melancong ke luar negara, terutama negara-negara yang sedang mengalami penularan jangkitan COVID-19

Tupolev TU-95 Bear | RUSSIAN LONG RANGE BOMBER







The Tupolev Tu-95 (Russian: Туполев Ту-95; NATO reporting name: "Bear") is a large, four-engine turboprop-powered strategic bomber and missile platform. First flown in 1952, the Tu-95 entered service with the Soviet Union in 1956 and is expected to serve the Russian Aerospace Forces until at least 2040. A development of the bomber for maritime patrol is designated Tu-142, while a passenger airliner derivative was called Tu-114.

The aircraft has four Kuznetsov NK-12 engines with contra-rotating propellers. It is the only propeller-powered strategic bomber still in operational use today. The Tu-95 is one of the loudest military aircraft, particularly because the tips of the propeller blades move faster than the speed of sound. Its distinctive swept-back wings are set at an angle of 35°. The Tu-95 is unique as a propeller-driven aircraft with swept wings that has been built in large numbers.



06 February 2020

100,000 Rakyat Malaysia Menjalani Rawatan Dialisi Pada Tahun 2020

Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan Masa hidup sebelum tiba masa mati.”
- (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Perubahan landskap sosial hari ini telah banyak menyumbang kepada wujudnya peningkatan masalah kesihatan yang dahulu jarang didengari. Salah satu penyakit yang agak tinggi kadar peratusan dihadapi oleh rakyat Malaysia ialah KEROSAKAN BUAH PINGGANG KRONIK. .. Antara punca utama terjadinya penyakit ini disebabkan diabetes yang mana penyakit ini juga mempunyai kadar pesakit yang agar tinggi di Malaysia. Natijahnya gaya hidup masyarakat moden sekarang seperti pengambilan gula & garam berlebihan, berat badan berlebihan, stress, kurang aktiviti senaman dan merokok menyumbang ke arah peratusan tinggi penyakit ini.

Demikianlah jika kita meninjau ke pusat-pusat dialisis pasti mesin dialisis ini dipenuhi dengan pesakit yang sedang menggunakannya. .. Paling menyedihkan mereka terpaksa bergantung hidup dengan mesin dialisis ini sepanjang hayat dan tidak mampu bergerak secara bebas seperti orang lain, di samping itu kadar air minuman dicatu pada tahap paling minimum. Bahkan juga kos rawatan penyakit ini agak tinggi bagi sebilangan besar rakyat Malaysia.
.
Hargailah diri kita dengan menjalani gaya hidup sihat dan membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala. .. Semoga artikel ini memberikan manfaat buat kita semua.
.
.
#########
.
Ringkasan Terjemahan Dalam Bahasa Melayu:
.
✔️ ESRF bermaksud end-stage kidney failure di mana kedua-dua buah pinggang telah rosak teruk dan hanya 10-15% sahaja yang masih berfungsi.
.
✔️ Pesakit ESRF perlu bergantung hidup dengan dialisis yang perlu dibuat selama 4 jam untuk 3 kali seminggu.
.
✔️ Tanpa dialisis, pesakit ESRF hanya boleh hidup untuk tempoh seminggu.
.
✔️ Buat masa ini, seramai 50,000 lebih pesakit ESRF yang perlu menjalani dialisis.
.
✔️ Mengikut kajian terkini, kadar peningkatan pesakit ESRF adalah pada 10-15% setahun.
.
✔️ Dengan kasar peningkatan ini, dijangkakan bahawa jumlah pesakit yang memerlukan dialisis akan mencecah 100,000 orang menjelang 2020.
.
✔️ 61% pesakit ESRF adalah disebabkan diabetes. Kebanyakannya berpunca dari gaya pemakanan tidak sihat - terlalu banyak gula dan minyak.
.
✔️ Ada 2 kaedah dialisis.
1. Hemodialysis, yang mengunakan mesin untuk mencuci darah dan dilakukan 3 kali seminggu.
2. Peritonial Dialysis, yang menggunakan tiub yang dimasukkan ke dalam rongga peritoneum dalam badan. Cecair dialysis kemudian dimasukkan dan akan bertindak menyerap kotoran dari dalam darah, dan kemudian dibuang keluar selepas beberapa jam. Mesti dilakukan setiap hari.
.
✔️ Dr. Thiruventhiran yang merupakan vice-chairman di National Kidney Foundation (NKF) menyatakan, 1 daripada 5 orang penghidap diabetes akan mengalami masalah buah pinggang.
.
✔️ Bagi seseorang yang mempunyai kadar gula yang tinggi, buah pinggang terpaksa bekerja lebih keras, seterusnya mendorong kepada kerosakan buah pinggang.
.
✔️ Cabaran dengan ESRF adalah ia sukar dikesan di peringkat awal.
.
✔️ Langkah-langkah untuk mengelakkan penyakit buah pinggang:
- Kurangkan makanan bergula dan berlemak
- Banyakkan minum air
- Berhenti merokok
- Kurangkan berat badan
.
✔️ Penyakit buah pinggang kronik berkembang secara perlahan selama bertahun-tahun dan biasanya tidak dapat dipulihkan kembali.
.
Semoga ada manfaat.
.
.
- Artikel asal : https://www.star2.com/…/depending-on-dialysis-to-stay-alive/
- Informasi Tanda Awal Penyakit Buah Pinggang : http://www.utm.my/…/tanda-awal-penyakit-buah-pinggang-dan-…/
- Ringkasan terjemahan dalam BM disediakan oleh : https://www.instagram.com/run_daddy_run/
.



28 February 2017

Si Penjual Tempe Dengan Doanya


Di dalam sebuah kampung di satu pendalaman, tinggal seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijual merupakan tempe buatannya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya, tempe beliau telah masak sebelum bertolak.

Setelah diperiksa beberapa bungkusan yang lain, ternyata kesemuanya belum masak lagi. Perempuan tua itu berasa sangat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa :
“Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin..”

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hati. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sedikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe.

Namun, dia termenung seketika kerana tiada sebarang perubahan yang berlaku dan masih tetap kacang soya. Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi.

“Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin..”

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!!
Sementara itu, hari pun semakin meninggi. Tentunya pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum termakbul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yang sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan perjalanannya ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar, kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa,
“Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin”.

Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi.
Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia bertambah risau. Dia duduk seketika lalu menarik nafas dalam-dalam.

Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia merasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Akhirnya dia cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya kerana merasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi.

Sementara itu, hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang. Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil
jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir,
“Ya Allah,berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini.”

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita,
“Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya dah pusing keliling pasar ni untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi..”

Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya,

“Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin..”
Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun merasa gembira dan sangat bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu,

“Kenapa anak ni nak beli tempe yang belum jadi?”
Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe segar dari kampung. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan…
-------------------------------------------------

Kita sering memaksa supaya dimakbulkan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita. Sebagai hambaNya yang lemah, tetap sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita tanpa lelah dan putus asa. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Tiada yang mustahil bagi Tuhan apabila ia berkehendakkan sesuatu. Apa yang akan dimakbulkan sesuai mengikut waktu dan keadaan yang kita sendiri tidak mampu untuk memikirkannya.

Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita, sedang kita selalu lupa untuk memenuhi hak Allah yang asas. Semoga kita semua menjadi hamba Allah yang bertakwa. Amiin Ya Rabbal Alamin.

16 December 2016

Kisah Aleppo Dan Negara-Negara Dilanda Kesengsaraan Perang Afganistan, Iraq dan Libya



Kita berasa sedih dengan penderitaan yang ditanggung penduduk Aleppo yang saban waktu dibom sejak tahun 2011. Namun begitu kita juga...


Tidak boleh melupakan rakyat di Iraq, Afganistan dan Libya yang hancur musnah kehidupan mereka akibat dibedil dan dihilangkan kehidupan mereka oleh askar-askar Amerika Syarikat dan NATO. Dengan hanya alasan mahu menjatuhkan pemimpin yang dikatakan zalim, negara-negara tersebut dijarah. Namun hakikatnya rakyat jelata yang menerima padahnya.

Kepada rakyat Palestin yang telah mengalami perit kezaliman sejak tahun 1948, apabila terhasilnya Rancangan Pemecahan Bahagian PBB 1947 yang dibahagikan kepada "negara Yahudi".

Kenapa semua ini disenyapkan dari pandangan umum? ... Kerana mainstream media (MSM) / media massa utama dunia dikuasai oleh  The "Big Six" yang mengawal sumber maklumat dan berita dunia. Mereka ini berusaha agar projek “Greater Israel” dapat dijalankan dengan jayanya. ... Setelah semua penentang Israel ini dapat dijatuhkan, maka Israel dapat berkembang dan diperbesarkan hampir seleuruh Tanah Arab. http://www.globalresearch.ca/greater-israel-the-zionist-plan-for-the-middle-east/5324815 

Walau bagaimanapun sebagai seorang muslim setidak-tidaknya pada hari Jumaat ini kita berdoa kepada Illahi memohon perlindungan dan kekuatan kepada mangsa-mangsa perang yang tidak berdosa ini.

 Aamiin ya rabbal 'alamin.

07 December 2016

Mainan Sihir Duduk Dalam Api Neraka Walaupun Solat Duduk Di Belakang Imam


● Dalam dunia moden dan serba canggih ini masih ada satu penyakit yang tidak boleh hilang dalam masyarakat melayu suka pergi berbomoh untuk menilik atau menyihirkan orang lain. Ada kalanya orang suka berbomoh ini di kalangan teguh kuat imannya pada ajaran agama namun tewas dalam permainan syaitan iblis.

● Nabi S.A.W bersabda: “Sesiapa yang berjumpa dengan tok nujum dan bertanya sesuatu yang ghaib, lalu percaya dengan kata-kata mereka maka tidak diterima solatnya selama 40 hari”  ~ Hadis riwayat Muslim.

● Bayangkan setiap kali pergi menilik 40 hari solatnya tidak diterima. Bagaimana pula mereka yang pergi setiap bulan? ... Bagaimanakah amalan-amalan kebaikannya yang lain sehinggakan solat pun tidak diterima. Nauzubillah min zalik ...

● Dr Yusuf Qardawi berkata:

"Sesiapa yang mendakwa mengetahui perkara yang ghaib maka dia telah berbohong kepada Allah, kepada kebenaran dan kepada manusia."

Sesungguhnya telah tiba segerombolan manusia bertemu dgn Nabi S.A.W mereka menyangka baginda mengetahui perkara yang ghaib, lalu mereka menyembunyikan sesuatu di tangan mereka. Mereka bertanya "Beritahu kami apa yang ada dalam tangan kami?" Nabi S.A.W menjawab dengan jelas:

"Aku bukannya tok nujum atau pawang yang mengetahui benda yang ghaib. Sesungguhnya pawang atau tok nujum (yang mendakwa tahu perkara ghaib) berada dalam neraka." ~ Hadis riwayat Tirmizi.

*Rujukan: Al-Halal wal haram fil Islam oleh Dr Yusuf al-Qardawi.







'Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.'
- surah Al-Jinn : 6

Cerita Sihir / Buatan Orang: Oleh Ustaz Azhar Idrus


Wallahu a'lam.

29 November 2016

Memperdagangkan Bayi : Satu Berita Yang Sangat Memalukan Malaysia Di Mata Dunia

● Pendedahan yang dilakukan oleh wartawan Al Jazeera mengenai perniagaan penjualan bayi secara terbuka ini amat menakutkan perkembangan sosiologi Malaysia sekarang ini.

● Penglibatan doktor perubatan, pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), hospital, klinik bersalin, Dato Seri dan pegawai penjawat awam lain yang bersekongkol dengan penjenayah di dalam perdagangan bayi ini sangat mengecewakan. Tiada integriti dan amanah dalam menjalankan tugas.

● Masalah kecelaruan sosial seperti pergaulan tanpa batas remaja, pelacuran, penyalahgunaan dadah dan golongan terdesak dari segi kewangan menyumbang kepada perniagaan haram ini.

● Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan JSJK - Siasatan Jenayah Siber & Multimedia sepatutnya mengawasi dan memantau pergerakan komplot memperdagangkan bayi melalui internet. Juga SKMM harus menutup terus akses kepada laman-laman seperti ini.

● Kenapa media massa utama Malaysia dan pihak penguatkuasa tidak mampu menyelongkar jenayah kronik ini? ... Isu ini hanya diketahui melalui media antarabangsa seperti Al Jazeera.

● Apabila bertahun-tahun masalah ini berlaku di Malaysia ... satu kemusykilan yang menghairankan kenapa tidak ada penangkapan terhadap para pelaku ini? ...
Seperti yang diberitahu oleh doktor perubatan kepada wartawan Al Jazeera:
◊ Al Jazeera: How come you've got such good connections?
◊ Doctor: I've got a lot ... In Malaysia, can do everthing. Money can do anything. 

● "Money is king" ... wang juga yang bakal memusnahkan tamadun sebuah negara!



Rujukan: https://youtu.be/otvWPV_7cK0