Books

Books

[LIVE] Coronavirus Pandemic: Real Time Counter, World Map, News

19 December 2007

Berjalan pantas 30 minit untuk kempis perut

Bagi mereka yang inginkan perut kempis tanpa perlu habiskan duit beratus atau beribu menjalani aktiviti di pusat kecantikan.


*******************************************************


NEW YORK 18 Dis. – Berjalan pantas selama 30 minit enam kali seminggu didapati sudah cukup untuk mengempiskan perut dan mengurangkan risiko sindrom metabolik yang dikaitkan dengan gaya hidup kurang sihat.

“Kajian menunjukkan anda akan menerima faedah walaupun tidak membuat apa-apa perubahan pada pengambilan makanan,” kata Ketua Penyelidik di Pusat Perubatan Universiti Duke di North Carolina, Johanna L. Johnson.

Dianggarkan kira-kira satu perempat penduduk dewasa Amerika Syarikat mempunyai sindrom metabolik.

“Ini bermakna anda tidak perlu keluar berlari empat kali seminggu malah boleh berjalan di kawasan rumah selepas makan malam,” katanya.

Bagaimanapun kajian itu mendapati, mereka yang bersenam 30 minit dengan kekerapan enam hari seminggu atau lebih kurang 17.6 kilometer seminggu memperolehi lebih banyak faedah.

– Reuters

Malah orang yang berlari 27.2 kilometer dalam seminggu memperolehi lebih sedikit manfaat dalam terma merendahkan sindrom metabolik.

– Reuters

No comments: