Books

Books

24 December 2015

Sambutan Maulidur Rasul Kali Ke-2 Pada Tahun 2015

Tahun 2015 Masihi ini umat Islam menyambut Maulidur Rasul sebanyak 2 kali iaitu pada 3 Januari 2015 dan hari ini 24 Disember 2015. Hari di mana ulang tahun keputeraan Nabi Muhammad SAW yang bersamaan 12 Rabiul Awal.

Kebetulan sehari selepas sambutan hari 12 Rabiul Awal 1437 Hijrah disambut pula hari ulang tahun kelahiran Jesus Christ bagi penganut agama Kristian kalangan Western Christianity ... (bagi Eastern Orthodox, Armenian Orthodox dan lain-lain ada yang menyambut pada 6, 7, 8 atau 19 Januari) ...

Natijahnya perisitwa di atas ialah setiap manusia yang berada di muka bumi ini mampu mengharungi kehidupan seharian dalam keadaan aman sentosa sekiranya kita ikhlas menghormati kehidupan insan lain yang berbeda pandangan. Sejajar dengan ciri-ciri kepimpinan yang ditonjolkan oleh Nabi Muhammad SAW sendiri.

«««●●●»»»

"Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat)" ~ Surah Maryam : 33

20 December 2015

Kit Ikhtiar Hidup Ketika Berhadapan Bencana Alam Dan Kecemasan


Bayangkan jika pada minggu-minggu akan datang berlaku bencana alam yang tidak terduga, mampukah kita mengharunginya dengan kemudahaan yang tidak mencukupi. Sudah pasti manusia biasa memerlukan barangan asas untuk meneruskan kelangsungan hidup walaupun serba mencabar. 

Persiapan berhadapan musibah seumpama ini tidak sahaja bergantung kepada pihak berwajib semata-mata, ianya perlu disediakan juga untuk diri sendiri dan keluarga. ‘Siap sedia’ bermaksud peralatan dan barangan keperluan asas yang perlu digunakan ketika kecemasan ataupun bencana. Pastikan bekalan ikhtiar hidup ini di dalam kit mudah dibawa (easy-to-carry) yang boleh digunakan di kawasan bencana atau dibawa bersama ketika proses perpindahan. 


Antara Peralatan Asas Yang Perlu Ada:
● Air bersih. Satu gelen (3.8 liter) seorang, sehari (bekalan 3 hari untuk pemindahan, bekalan 2 minggu untuk rumah)
● Makanan. Tidak cepat rosak dan mudah disediakan (bekalan 3 hari untuk pemindahan, bekalan 2 minggu untuk rumah)
● Lampu suluhlilin dan mancis api
● Mini radio dan telefon bimbit serta bateri tambahan 
● Kit pertolongan cemas
● Ubat-ubatan (bekalan 7 hari) dan barangan perubatan 
● Alat pelbagai guna seperti Swiss Army knife   
● Kelengkapan sanitasi dan barangan kebersihan diri
● Salinan dokumen peribadi (senarai ubat-ubatan dan maklumat perubatan penting, bukti alamat, surat ikatan / pajakan rumah & kenderaan, pasport, sijil kelahiran, polisi insurans) 
● Maklumat keluarga dan info kontak kecemasan
● Simpanan wang tunai
● Selimut dan pakaian tambahan
● Peta kawasan
● Sleeping bag atau poncho dan tali
● Bekas plastik atau bag kalis air (tempat menyimpan barangan)
● Two-way radios UHF/VHF (untuk berhubung pihak berkuasa sekiranya talian komunikasi terputus)

19 November 2015

Para Angkasawan Islam Yang Telah Mengembara Ke Angkasa



1.
Nama: Sultan bin Salman bin Abdulaziz Al Saud
Warganegara: Arab Saudi
Pekerjaan: Juruterbang pesawat pejuang
Jumlah Penerbangan Ke Angkasa: 1
Tarikh Penerbangan: 17 Jun 1985
Posisi krew: Payload Specialist 2
Tempoh Di Angkasa: 7 hari
Misi: STS-51-G (NASA Space Shuttle Program)



««««««« ●●● »»»»»»»




2.
Nama: Muhammed Ahmed Faris
Warganegara: Syria
Pekerjaan: Juruterbang tentera udara Syria
Jumlah Penerbangan Ke Angkasa: 1
Tarikh Penerbangan: 22 Julai 1987
Posisi krew: Interkosmos Research Cosmonaut
Tempoh Di Angkasa: 7 hari
Misi: Mir EP-1 (Mir expedition - Soviet Space Station)




««««««« ●●● »»»»»»»


3.
Nama: Musa Khiramanovich Manarov
Warganegara: Azerbaijan
Pekerjaan: Jurutera penerbangan
Jumlah Penerbangan Ke Angkasa: 2
Tarikh Penerbangan: (1) 21 Disember 1987
                   (2) 2 Disember 1990
Posisi krew: Flight Engineer
Tempoh Di Angkasa: Jumlah 541 hari
Misi: (1) Mir EO-3    (Mir expedition - Soviet Space Station)
         (2) Soyuz TM-11 (Mir expedition - Russian Space Station)



««««««« ●●● »»»»»»»



4.
Nama: Abdul Ahad Momand
Warganegara: Afghanistan
Pekerjaan: Juruterbang tentera udara Afganistan
Jumlah Penerbangan Ke Angkasa: 1
Tarikh Penerbangan: 29 Ogos 1988
Posisi krew: Flight Engineer
Tempoh Di Angkasa: 8 hari
Misi: Mir EP-3 (Mir expedition - Soviet Space Station)



««««««« ●●● »»»»»»»



5.
Nama: Toktar Ongarbayuly Aubakirov
Warganegara: Kazakhstan
Pekerjaan: Juruterbang ujian (Test pilot)
Jumlah Penerbangan Ke Angkasa: 1
Tarikh Penerbangan: 2 Oktober 1991
Posisi krew: Research Cosmonaut/Flight Engineer
Tempoh Di Angkasa: 7 hari
Misi: Soyuz TM-13 (Mir expedition - Soviet Space Station)



««««««« ●●● »»»»»»»



6.
Nama: Talgat Amangeldyuly Musabayev
Warganegara: Kazakhstan
Pekerjaan: Juruterbang ujian (Test pilot)
Jumlah Penerbangan Ke Angkasa: 3
Tarikh Penerbangan: (1) 4 November 1994
                           (2) 25 Ogos 1998
                   (3) 6 Mei 2001
Posisi krew: (1) Flight Engineer
            (2) & (3) Commander
Tempoh Di Angkasa: 341 hari
Misi: (1) Soyuz TM-19 (Mir expedition - Russian Space Station)
         (2) Soyuz TM-27 (Mir expedition - Russian Space Station)
         (3) Soyuz TM-32 (ISS expedition - International Space Station)



««««««« ●●● »»»»»»»



7.
Nama: Salizhan Shakirovich Sharipov
Warganegara: Kyrgyzstan
Pekerjaan: Juruterbang tentera udara
Jumlah Penerbangan Ke Angkasa: 2
Tarikh Penerbangan: (1) 20 Januari 1998
   (2) 14 Oktober 2004
Posisi krew: (1) Mission Specialist 4
                     (2) Flight Engineer
Tempoh Di Angkasa: 201 hari
Misi: (1) STS-89 (Shuttle–Mir Program - Mir, Russian Space Station)
         (2) Expedition 10 Soyuz TMA-5 (ISS expedition - International Space Station)



««««««« ●●● »»»»»»»



8.
Nama: Anousheh Ansari
Warganegara: Iran, Amerika Syarikat
Pekerjaan: Usahawan
Jumlah Penerbangan Ke Angkasa: 1
Tarikh Penerbangan: 18 September 2006
Posisi krew: Spaceflight participant
Tempoh Di Angkasa: 12 hari
Misi: Expedition Soyuz TMA-9 (ISS expedition - International Space Station)



««««««« ●●● »»»»»»»



9.
Nama: Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha
Warganegara: Malaysia
Pekerjaan: Doktor bedah ortopedik
Jumlah Penerbangan Ke Angkasa: 1
Tarikh Penerbangan: Spaceflight participant
Posisi krew: Spaceflight participant
Tempoh Di Angkasa: 10 hari
Misi: Expedition 16 Soyuz TMA-11 (ISS expedition - International Space Station)



««««««« ●●● »»»»»»»


07 November 2015

MEROKOK: Faktwa Pengharaman Merokok Dan Bahaya Kesihatan




 Satu ketika dahulu ada satu pesanan guru (nama ustaz terlupa lak!) ketika menuntut di Penang Free School :
"Jika hendak BERHENTI MENGHISAP ROKOK, JANGANLAH BERHENTI MEMBELI ROKOK" ...
Ironinya, KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) masih tidak bertindak tegas dan kurang berupaya membanteras gejala yang memudaratkan nyawa dan kesihatan manusia, antara faktor penyebab orang muda mati kerana penyakit jantung koronari. Di samping itu, kos penjagaan kesihatan rakyat Malaysia turut meningkat atas perbuatan yang tidak memberi manfaat ini.

Begitu juga kepada para agamawan dan pendakwah kurang menekankan isu ini yang membarah penyakit sosial masyarakat Islam. Peranan JAKIM dan para mufti yang tidak serius mewartakan keputusan FATWA PENGHARAMAN MEROKOK DI KALANGAN UMAT ISLAM. ...

Justeru, para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji.

Semoga kita dijauhkan dari kemusnahan diri sendiri dan menyokong produk yang merosakkan tubuh badan manusia dan ekonomi.

Sapere aude

Kerjasama Dagangan Berat Sebelah Melalui Perjanjian TPP, TTIP dan TISA


Strategi Amerika Syarikat mencipta undang-undang global baharu dan sistem cengkaman kawalan ekonomi global. Ringkasan video WikiLeaks ini berkait dengan perjanjian TPP, TTIP dan TISA yang sebenarnya memberikan kelebihan dagangan berat sebelah kepada syarikat-syarikat yang berpengkalan di US. ... Di dalam video ini menunjukkan bagaimana syarikat British American Tobacco menyaman negara Australia kerana limitasi pengiklanan rokok. ... (hmmm, jangan kacau  bisnes syarikat rokok antarabangsa!)


p/s: Dalam filem terbaharu James Bond - "Spectre" organisasi jenayah antarabangsa yang mengawal aktiviti seluruh negara melalui kerjasama perisikan secara paksaan dan tipu muslihat ... ironinya dunia sekarang yang dicengkam oleh syarikat-syarikat gergasi MNC Amerika Syarikat juga menggunakan teknik dan kaedah yang sama seperti Spectre.




05 November 2015

Kereta Terbang Di Udara

Ini bukannya kapal terbang tetapi kereta terbang ... Kereta ini dinamakan sebagai Convair Model 118 dan diklasifikasikan sebagai 'Flying Car' yang direka pada tahun 1947 di California, Amerika Syarikat. Kelajuan terbang di udara mampu mencapai sehingga 200 km/j.




Nilai harga kereta tersebut pada waktu itu sebanyak US$1,500 atau sekitar US$16,000 harga pada tahun 2015 (RM68,700). Berbaloi kalaulah boleh dibeli pada waktu ini di Malaysia. ... tak payah menempuh jem dan bayar tol serta tak perlu bangun terlalu awal untuk ke tempat kerja. 






01 November 2015

Sistem Operasi Komputer NeXTSTEP R3, Abang Kepada Sistem OS X Dan iOS - Apple Inc.


Sistem operasi NeXTSTEP yang dilancarkan pada tahun 1993 merupakan sistem komputer paling tercanggih pada dekad tersebut sehingga sekarang masih terdapat kompenannya tidak mampu disaingi oleh sistem operasi Microsoft Windows. ... Pada tahun sama kebanyakan pengguna Windows masih lagi mengguna Windows 3.11 (OS untuk old timer).

Ini adalah salah satu pencapaian hebat yang dihasilkan oleh Steve Jobs sehingga mampu kembali kepada syarikat Apple Computer yang pada satu ketika dahulu telah menendangnya keluar dari syarikat tersebut.

««««««« ●●● »»»»»»»

Saya pernah mencuba sistem ini dahulu ketika berlangsungnya satu pameran komputer pada ketika itu amat mengagumkan! ... Namun harganya pula amat terlalu mahal!

14 October 2015

Kisah Di Sebalik Serangan Udara Amerika Syarikat Di Hospital Afghanistan. Pelaku Sebenar Jenayah Perang


Ketenteraan Amerika Syarikat pada abad ini dianggap paling unggul dan tiada tandingannya. Bagaimana sebuah negara yang mempunyai satelit, pesawat pejuang & serang, misil paling canggih dan mampu melakukan bidikan 'pinpoint accuracy' telah "tersilap sasaran" dengan mengebom hospital MSF di Kunduz, Afghanistan.

Hospital yang diuruskan oleh pasukan 'Doctors Without Borders' merupakan penentang kuat pelaksanaan perjanjian TPP. Perjanjian yang bakal menyusahkan rakyat kebanyakan bagi mendapat rawatan dan ubat pada harga berpatutan.

««««««« ●●● »»»»»»»

Doctors Without Borders has been strongly opposing TPP on the ground that it would significantly raise the cost of medicine, healthcare among other detrimental effects on democracy, human rights and so on.

The bombing of their hospital coincides with the WikiLeak disclosure on the most infamous provisions, which has proven to be as disastrous as many of us have anticipated, particularly the points, which were stressed by MSF. The bombing also coincides with the general agreement for it by the US government.

For more details, please refer to:
http://www.doctorswithoutborders.org/news-stories/speechopen-letter/msf-open-letter-tpp-countries-dont-trade-away-health

28 September 2015

Dosa Dan Kerosakan Bangsa Arab :Ustaz Ahmad Jailani: Runtuhnya Kaabah Menjelang Kiamat




Sila tunggu sehingga ke minit 47. ...
Isu kontroversi ini sebenarnya telah diutarakan oleh beberapa ustaz, namun cara penyampaian yang berbeza tidak menjadikannya 'isu panas' seperti mana kes yang berlaku baru-baru ini. ... Apabila kita hendak menegur sesuatu perkara yang tidak baik perlulah dilakukan dengan cara berhikmah. Hal ini disebabkan sesuatu isu boleh diterima atau tidak berdasarkan cara penghujahan yang disampaikan oleh penyampai.

Begitu juga dengan bidang-bidang lain misalannya isu politik, sekiranya pendekatan yang ingin disampaikan menerusi kata-kata hina, caci maki, atau sembrono tidak akan mampu mendekati orang kebanyakan. Setiap percakapan atau penulisan perlulah berlandaskan kepada ilmu, fakta dan hujah yang bernas nescaya setiap manusia yang berakal pasti meneliti dan bersetuju dengan pendapat yang ingin kita sampaikan.

Wallahu a’lam bish-shawabi

16 September 2015

16 September Sambutan Hari Malaysia


Sejak tahun 2010 merupakan cuti umum meliputi Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan bagi memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Pembentukan Malaysia ini telah memupukkan Bangsa Malaysia yang berbilang kaum dan suku terdiri dari Melayu, Cina, India, Peranakan, Orang Asal, Bajau, Kadazan-Dusun, Murut, Suluk, Idahan, Kwijau, Iban, Bidayuh, Melanau, Orang Ulu, Bisaya, Kedayan, Chetti dan lain-lain lagi bangsa dan suku yang tinggal di tanah air ini. ... Setiap warga Malaysia seharusnya menghargai dan menghormati satu sama lain seperti mana saranan yang dititahkan oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Baginda yang tidak bertoleransi dengan mereka yang mengamalkan sifat benci-membenci dan perkauman kerana bagi baginda semua anak watan Johor adalah milik Bangsa Johor. ... Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah mempunyai sifat Bangsa Malaysia kerana ianya dapat memupuk semangat kebangsaan dan perpaduan demi menjaga keharmonian negara.

Bagi memeterikan lafaz Bangsa Malaysia ini perlu dilakukan dengan jujur dan ikhlas, usahlah dilakukan "seperti menanam tebu di tepi bibir" ... bagi mengelakkan perasaan curiga dan syak wasangka antara satu sama lain. ... Sentiasalah beringat anak Bangsa Malaysia apa yang telah terjadi di Tanah Arab dan negara-negara di benua Afrika, bibit-bibit persengketaan seperti ini ditunggu oleh penjajah asing yang akan merampas segala milik kita - Anak Bangsa Malaysia.


It time for us to change our mind sets. - Sultan Ibrahim Sultan Iskandar