Books

Books

[LIVE] Coronavirus Pandemic: Real Time Counter, World Map, News

22 April 2012

Hari Bumi Sedunia 2012




Sekali ku memandang kehijauan saujana mata
Semusim yang benderang hati riang nikmatnya Tuhan
Kita belalah bersama-sama
Kita jagalah harmoninya

Semusim ia datang keindahan ciptaan Tuhan
Hijau yang terbentangan makhluk Tuhan bermesra-mesra
Kita belalah bersama-sama
Kita jagalah harmoninya

Damai terperi kicau bernyanyi
Burung berkicauan riang terbang
Ombak menghempas pantai menanti
Indah biru laut ini pasti

Salam diberi insan di bumi
Itu nikmat hari hari ini
Tegur dan sapa senyum ketawa
Itu tanda kita riang ria
Abadikan keindahan ini



(Semoga kita pelihara Bumi ini daripada kerosakan yang dilakukan oleh manusia sendiri)

Pantun #002




Anak kecil berlari ke titi,
Mengikut ibu membeli ikan,
Mohon tuan hamba dituruti,
Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan

21 April 2012

Pantun #001


Ikan sepat berenang di muara,
Dipancing orang dengan sempila,
Jaga adab budi bicara,
Kelak nanti dikenang pula

13 April 2012

Larangan Menyebarkan Aib Orang

Daripada Abi Barzah al-Aslami, katanya: Bersabda RasululLah s.a.w:


“Wahai orang yang Islam dengan lidahnya sedangkan iman belum sampai ke hatinya! Jangan kamu menyakiti orang-orang Islam, jangan kamu memalukan mereka, dan jangan kamu mencari-cari keaiban mereka. Sesungguhnya sesiapa yang mencari-cari keaiban saudara seIslamnya, Allah akan mencari-cari (membuka) keaibannya. Sesiapa yang Allah membuka mencari-cari (membuka) keaibannya, Dia akan mendedahkannya walaupun orang itu berada di dalam rumahnya”. 


~ Hadis riwayat Tirmizi no 2032

11 April 2012

"Daulat Tuanku" Istiadat Pertabalan Seri Paduka Yang Dipertuan Agong ke-14

"Daulat Tuanku"

Rabu, 11 April 2012 Istiadat pertabalan Seri Paduka Yang Dipertuan Agong

ke-14, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah akan diadakan di Balairong Seri Istana Negara Jalan Duta. Ini adalah pertabalan kedua baginda Sultan Kedah, sebelum ini pernah diistiharkan menjadi Yang Dipertuan Agong ke-5 antara tahun 1970 hingga 1975 pada usia 42 tahun.

Baginda yang ditabalkan semula pada usia 84 tahun menggantikan Yang Dipertuan Agong ke-13, Sultan Mizan Zainal Abidin yang juga sultan Terengganu.




Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah diputerakan pada tanggal 28 November 1927.
Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Titi Gajah sebelum menyambung pelajaran di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah.

09 April 2012

10 Fakta Menarik Tentang Kelahiran



1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom "Baby Blues" semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.





Rujukan:
Copyright© LifeFit.my