Books

Books

17 June 2009

Gangguan Emosi Atau Kemurungan

Saya ada juga terima kes macam ni, kalau scan memang nampak macam ada gangguan dari jin, tetapi bila buang OK kejap aje, esok atau lusa kena rasa sakit balik, bila scan tak ada pulak jin yg menumpang, sms kawan-kawan lain untuk pastikan lagi. Confirm tak ada gangguan. So nak cakap macam mana?

Kadang-kadang patient ada masalah peribadi dgn keluarga, saudara mara atau rakan/boss di pejabat. Perasan negatif seperti marah, sakit hati, tak puas hati dan sebagainya akan menganggu perjalanan darah dan organ kita, org sekarang suka panggil aura dia tertanggu atau bocor.

Masih teringat pesanan Prof Norhisham Wahab, individu yang sering marah akan menyebabkan gangguan 'masa', ini mengakibatkan tubuh (organ dan urat saraf) tidak beroperasi dengan baiknya, malah kesan buruknya terhadap tubuh lebih teruk dari orang yang minum arak.

Adalah menjadi perkara biasa, akan kelihatan jin dlm badan orang yg tengah marah. Kalau jin sihir, bila dibuang pesakit akan cepat reda marahnya. Kalau jin liar dlm badan pulak, bila dibuang, pesakit juga akan reda marahnya bila kita beritahu dah buang jin tu. Tetapi kita kena tunggu dua tiga hari lagi, kalau dia jadi pemarah balik, scan dgn teliti. Kalau ada jin, zass aje le, settle. Tetapi kalau tak ada jin, yg ni pesakit ada masalah 'topeng murung'. Selalunya perawat akan suruh rajin solat dan berzikir, bukan nak halau jin aje kita kena zikir, solat dan zikir dpt menenangkan perasaan kita. Amal le apa yg di kasi.

Sekiranya kita jumpa orang nak rasa marah, atau kita sering bersangka buruk kat orang - kita sebenarnya yg ada masalah. So teruskan zikir, redha apa saja anggapan buruk kita terhadap orang.

Ada juga keresahan dan kesakitan yang dialami akibat dari perbuatan kita ke atas orang lain. Seperti mengambil harta anak yatim dan harta wakaf. Yg ni aku surrender..


so baca terus artikel yg saya ambil dari Metro Ahad.

PASTI anda pernah mendengar cerita yang lebih kurang sama dengan dua kes di atas; jumpa ramai doktor dan makan pelbagai ubat tetapi sakit dialami tetap tidak hilang. Ada yang menganggap masalah begini disebabkan ‘buatan orang’, terutama apabila berat badan individu berkenaan susut mendadak. Gejala kesakitan dialami kedua-dua pesakit beransur kurang selepas berjumpa pakar psikiatri dan mendapat rawatan bersesuaian.

Dua-dua pesakit itu mengalami kemurungan, tetapi gejalanya muncul dalam bentuk kesakitan. Kebanyakan pesakit, terutama di Asia, datang berjumpa doktor kerana mereka mengalami kesakitan atau terasa tidak sihat dan bukan kerana masalah emosi.

Apa yang tidak diketahui pesakit dan kebanyakan doktor (pegawai perubatan) di klinik adalah, rasa sakit boleh menjadi topeng kepada kemurungan, kata Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr Yen Teck Hoe.

Masih ramai enggan berjumpa doktor kerana gangguan emosi kerana menganggapnya sebagai memalukan. Sebenarnya ia bukan perkara memalukan kerana kemurungan boleh berlaku kepada sesiapa saja, termasuk tokoh terkenal seperti Abraham Lincoln, Winston Churchill, Vincent Van Goh, Puteri Diana, Brooke Shields dan Jim Carrey.

Malah, kanak-kanak berumur lima tahun juga boleh mengalami kemurungan tetapi dengan gejala berbeza seperti ada masalah kelakuan, belajar serta lebih suka menyendiri. Antara gejala kemurungan yang perlu diperhatikan di kalangan orang dewasa ialah hilang minat terhadap aktiviti yang dulu disukai, tiada nafsu seks, selalu berasa sedih dan resah, sukar tidur malam dan menumpukan perhatian, selera makan berubah (kurang atau lebih berselera), sentiasa berasa penat dan tidak bersemangat serta dihantui rasa bersalah tanpa sebab munasabah.

“Lebih ramai wanita mengalami kemurungan berbanding lelaki iaitu pada nisbah 2:1 yang dipercayai disebabkan perubahan hormon. Bagaimanapun, banyak faktor lain menyumbang kepada nisbah berkenaan seperti budaya dan tanggungjawab kerana dalam kebanyakan budaya wanita mempunyai tanggungjawab besar — bekerja, menjadi isteri, ibu dan pengurus rumah tangga. Selain itu, sikap wanita yang lebih peka kepada kesihatan menyebabkan ramai tampil mendapatkan rawatan.

“Selain itu bagi lelaki, perkahwinan menjadi faktor yang boleh melindungi mereka daripada kemurungan, tetapi perkara ini tidak berlaku kepada wanita kerana sebaik berkahwin, tanggungjawab mereka bertambah.

“Kemurungan di kalangan wanita ditunjukkan melalui gejala tidak bersemangat dan rasa tidak berguna, sebaliknya lelaki menampilkan kemurungan dalam bentuk kemarahan dan mudah terganggu,” katanya pada bengkel media Hari Kesakitan dan Kemurungan Malaysia anjuran Eli Lilly (M) Sdn Bhd.

Jika diperhatikan gejala kemurungan yang disenaraikan, jelas menunjukkan ia lebih menjurus kepada gangguan emosi dan perubahan tingkah laku. Jadi bagaimana kemurungan boleh dikaitkan dengan kesakitan seperti dua kes di atas?

Menurut Perunding Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Profesor Dr Nor Zuraida Zainal, kemurungan dan rasa sakit saling berkait. Apabila seseorang menghidap penyakit, dia ada risiko dua kali ganda dilanda kemurungan.

Sebaliknya individu yang murung pula biasanya hilang selera makan, sentiasa berfikiran negatif dan tidak lagi memberi tumpuan pada diri sendiri yang menyebabkan sistem imun lemah dan mereka mudah mendapat penyakit, termasuk jangkitan.

Kajian mendapati dua pertiga daripada pesakit yang menerima rawatan anti kemurungan dilaporkan mengalami kesakitan fizikal seperti kerap sakit kepala, pinggang, otot dan perut. Dalam satu pertiga kes, kesakitan fizikal ini berlanjutan lebih lama berbanding gejala kemurungan itu sendiri.

Bagaimana hubungan ini boleh terjadi? Antara penjelasan yang diterima ialah, kedua-duanya memberi kesan atau mendapat kesan daripada perubahan pada paras bahan kimia otak dan sistem imun badan, kesan sampingan ubat, rentetan perlakuan daripada cubaan membunuh diri dan faktor genetik.

“Kemurungan memberi kesan kepada paras neurotransmiter iaitu bahan kimia otak yang bertanggungjawab menghantar maklumat ke saraf. Dua neurotransmiter iaitu serotonin dan noradrrenalin terbabit dalam kawalan kemurungan dan kesakitan. Apabila seseorang mengalami kemurungan, paras neurotransmiter berkurang dan menyebabkan kesakitan lebih terasa.

“Semua orang mengalami rasa sakit tetapi tidak menjadi satu gangguan kerana ia dikawal oleh serotonin. Bagaimanapun, bagi orang yang mengalami kemurungan, paras dan aktiviti serotonin yang berkurang menjejaskan kawalan terhadap rasa sakit. Akibatnya, pesakit berasa lebih sakit,” katanya.

Pesakit murung biasanya datang dengan gejala fizikal seperti:

- Penurunan atau pertambahan berat badan yang ketara

- Tidak boleh tidur malam, tidur kerap terganggu atau terlalu banyak tidur

- Keresahan melampau atau tidak berperasaan

- Keletihan atau tidak bertenaga

- Kesakitan fizikal (pada mana-mana anggota badan)

Antara sakit fizikal yang biasa dialami pesakit murung ialah:

- Sakit pinggang — Kira-kira 59 peratus pesakit kemurungan ada masalah sakit pinggang. Dalam kebanyakan kes, kemurungan, keresahan dan penyalahgunaan dadah mengalami kemurungan terlebih dulu sebelum sakit pinggang.

- Sakit sendi (osteoartritis) pada pinggul atau lutut lebih kerap dialami pesakit tua.

- Kanser — 47 peratus pesakit kanser mengalami masalah psikiatri, terutama jika kanser sudah merebak dan mereka berasa sangat sakit. Masalah psikiatri yang biasa pada pesakit kanser ialah kemurungan dan keresahan.

Bagaimanapun perlu diingat, kemurungan tidak menyebabkan kanser tetapi kanser boleh mengakibatkan seseorang mengalami kemurungan.

Pada masa sama, kebanyakan pesakit murung juga ada masalah kesihatan. Antara penyakit yang sering dikaitkan dengan kemurungan ialah:

- Strok

- Penyakit Alzheimer

- Penyakit Parkinson

- Penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD)

- Serangan jantung

- Artritis

- Keretakan tulang pinggul

Dr Nor Zuraida memberitahu pada individu berpenyakit, ada beberapa faktor risiko untuk mendapat kemurungan pada individu yang mempunyai masalah kesihatan iaitu:

- Wanita

- Tidak berkahwin

- Tinggal sendirian

- Pernah mengalami kemurungan

- Menjalani sesetengah jenis rawatan

- Penyakit sampai ke tahap serius

Apabila mendapat rawatan, emosi pesakit bertambah baik dan kesakitan fizikal dialaminya juga akan hilang. Apabila bertambah ‘sihat’, ramai bertanya adakah mereka boleh berhenti mengambil ubat. Sesetengah pesakit malu apabila ada ahli keluarga bertanya sampai bila mereka (pesakit) perlu bergantung kepada ubat.

Sikap ahli keluarga yang tidak memahami keperluan dan manfaat ubat ini boleh menyebabkan rawatan menjadi sukar, malah pesakit terdorong untuk berhenti mengambil ubat tanpa berbincang dengan doktor.

Ramai pesakit dan ahli keluarga tidak sedar, memberhentikan pengambilan ubat secara tiba-tiba bermakna mereka memberi peluang tinggi (60 hingga 70 peratus) kepada kemurungan untuk menyerang semula. Ini bermakna risiko pesakit untuk mengalami kemurungan selepas berhenti mengambil ubat adalah sangat tinggi.

Ada yang bertanya, adakah pesakit perlu mengambil ubat sepanjang hayat? Jawapannya ya dan tidak; walaupun kemurungan dikategorikan sebagai penyakit sepanjang hayat, kata Presiden Persekutuan Psikiatri dan Kesihatan Mental Asean (AFPMH), Profesor Dr Mohamad Hussain Habil.

agi pesakit yang pertama kali berdepan masalah kemurungan, pengambilan ubat biasanya hanya untuk satu hingga dua tahun dan tempoh ini meningkat kepada dua hingga tiga tahun jika mengalami dua episod kemurungan.

Namun jika memberhentikan sendiri pengambilan ubat, risiko penyakit datang balik adalah tinggi iaitu 50 peratus bagi pesakit yang kali pertama mengalami masalah ini, 75 peratus (dua episod kemurungan) dan 95 peratus bagi tiga episod kemurungan. Dalam ayat lebih mudah, lebih kerap seseorang mengalami kemurungan, peluang untuk penyakit berulang lebih tinggi jika berhenti mengambil ubat.

Kemurungan adalah penyakit sepanjang hayat, tetapi dengan rawatan, pesakit boleh menjalani kehidupan normal, boleh bekerja, berkahwin dan mempunyai keluarga selagi mereka mengambil ubat.

Kemurungan sama seperti penyakit kronik lain dan ia perlu dirawat. Kos rawatan kemurungan sebenarnya jauh lebih rendah berbanding penyakit lain. Contohnya kos rawatan kanser payudara peringkat kedua untuk enam bulan adalah sama untuk merawat kemurungan selama 20 tahun!

“Namun yang lebih penting ialah mengenal pasti dan mendapatkan rawatan seawal mungkin. Ini sebabnya pengamal perubatan, terutama doktor di klinik yang menjadi barisan pertama ditemui pesakit, perlu peka terhadap gejala kemurungan, terutama kesakitan fizikal yang tidak dapat diterangkan.

“Ubat tahan sakit tidak dapat mengatasi kemurungan. Malah ujian darah, ujian sinar-X atau imbasan CT tidak dapat mengesan penyakit ini yang akhirnya membawa pesakit kepada pengamal perubatan alternatif dan tradisional.

“Lebih menyedihkan, ada pengamal tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan sama ada mengenakan bayaran lebih mahal berbanding kos rawatan di hospital atau mencabul kehormatan pesakit seperti banyak dilaporkan di akhbar,” katanya.

Kajian mendapati 82 peratus pesakit murung yang mendapatkan rawatan daripada pengamal perubatan am tidak dirawat sementara 18 peratus lagi diberi ubat anti kemurungan dan daripada jumlah ini hanya 10 peratus pesakit menerima rawatan sewajarnya.

Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 1999 menunjukkan, kemurungan adalah penyakit keempat utama di dunia yang boleh menyebabkan seseorang hilang keupayaan dan kesengsaraan.

Ia menjejaskan keupayaan mental dan fizikal yang memberi kesan besar terhadap kehidupan, kerjaya, hubungan sosial dan merendahkan kualiti hidup seseorang.

Dianggarkan 121 juta penduduk dunia mengalami masalah kemurungan dan ia dijangka menjadi penyakit kedua utama penyebab ketidakupayaan menjelang 2020.

Kajian Bebanan Penyakit dan Kecederaan Malaysia (2000) melaporkan kemurungan menjadi punca ketidakupayaan utama di kalangan wanita dan ada di tempat kedua bagi lelaki.

Malah, keadaan ekonomi boleh menjadi faktor risiko kemurungan kerana pakar perubatan mendapati jumlah pesakit yang datang untuk rawatan kemurungan meningkat antara 10 hingga 20 peratus setiap kali berlakunya kemelesetan ekonomi.

Dr Hussain berkata, pesakit dan ahli keluarga perlu ingat, kemurungan adalah gangguan mental yang tiada kaitan dengan gila. Oleh kerana gejalanya membabitkan perubahan emosi, ramai tidak menyedari mereka mengalami kemurungan.

“Dianggarkan 10 hingga 15 peratus pesakit yang mendapatkan rawatan di klinik mengalami kemurungan. Ini sebabnya pengamal perubatan am perlu memerhatikan jika pesakit turut menunjukkan gejala kemurungan dan bukan hanya fokus kepada kesakitan fizikal mereka.

“Aduan kesakitan fizikal menyebabkan banyak kes kemurungan disalah diagnos, pesakit tidak diberi rawatan sewajarnya dan akibatnya penyakit bertambah buruk,” katanya.

Dr Jessjit Singh memberi panduan mudah kepada pengamal perubatan am untuk mengenal pasti gejala kemurungan pada pesakit iaitu dengan bertanya tiga soalan iaitu:

- Adakah anda berasa sedih setiap hari, terutama dalam tempoh lebih dua minggu kebelakangan ini? Individu murung akan memberi reaksi dan berfikiran negatif. Jadi ia memudahkan doktor mengesan masalah mereka. Ramai keliru antara kesedihan biasa dengan kemurungan. Kesedihan biasa hilang dalam masa satu hingga dua hari manakala kesedihan kemurungan berlanjutan lebih dua minggu.

- Adakah anda masih suka melakukan aktiviti kegemaran? Individu murung hilang minat terhadap perkara diminatinya.

- Adakah anda pernah terfikir untuk membunuh diri? Individu murung tiada niat membunuh diri, tetapi mereka tidak dapat mengawal otak daripada memikirkannya, terutama apabila tidak dapat tidur. Malah ada pesakit berkata, lebih baik jika mereka tidak terjaga daripada tidur langsung. Kajian mendapati 10 hingga 20 peratus pesakit pernah cuba membunuh diri.

Pengesanan ini penting untuk membantu pesakit mendapat rawatan sewajarnya secepat mungkin, sekali gus mengelak kesilapan rawatan (ubat tahan sakit juga ada kesan sampingan tersendiri), mengurangkan kesengsaraan pesakit sekeluarga dan lebih penting, menyelamatkan mereka daripada cubaan membunuh diri.



Panduan Umum Kemurungan

Adakah anda mengalami:

1. Tertekan atau berasa murung

2. Hilang minat atau suka terhadap aktiviti

3. Tidak bermotivasi dan semangat

4. Sakit kepala, belakang, otot atau sendi

5. Letih dan tidak bertenaga

6. Pergerakan lembab atau resah

7. Susah tidur pada waktu malam

8. Berasa tidak berguna atau bersalah

9. Selera makan bertambah atau berkurang

10. Tidak dapat menumpukan perhatian

11. Rasa hendak bunuh diri

Jika anda menjawab ‘Ya’ kepada soalan 1 dan 2, serta ‘Ya’ untuk empat soalan lain, anda dinasihat mendapatkan penilaian perubatan pakar bagi menentukan sama ada anda mengalami kemurungan.



Rujukan Daripada
: http://rozaimy.komputer.com.my/214

4 comments:

Dr Akbar Abdullah said...


Artikel yang menarik mengenai masalah kemurungan yang kian melanda rakyat Malaysia terutamanya golongan wanita. Statistik ini kian meningkat disebabkan tahap sosio-ekonomi yang semakin mencabar dan hubungan kekeluargaan yang tidak rapat. Pada pendapat saya, masalah kemurungan ini sebaik-baiknya dirawat dengan kaedah-kaedah yang tidak melibatkan penggunaan ubat psikiatrik seperti mengadakan sesi kaunseling dan sebagainya. Ubat psikiatrik hanya diberi sekiranya masalah pesakit telah menjadi serius seperti ada perasaan membunuh diri atau mencederakan orang lain dan sebagainya.

zuhairi hairi said...

Slam...sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.sebulan akan turun sebanyak 60 hinga 80 militer or 0.6 cm atau 0.8 cm.ubat saya.andai 4 cm sel ketumbuhan kanser.bajet 6 bulan untuk sembuh sepenuh nya.andai 8 cm ketumbuhan.bajet 8 hinga 10 bulan untuk sembuh sepenuh nya.insya allah.

memusnahkan dan mematikan sel sel kanser.. harga cuma rm140 tetapi herba warisan ini terlalu berkesan dan saya jamin tuan tuan dan puan puan akan terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh...daun daun herba warisan terpilih memang tidak akan jumpa di mana mana.percaya lah..
..
.merawat dan membaik pulih...jangan biar sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik di rawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi... sy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh...jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid...orang ada kanser...saya akan membantu merawat hingga sembuh NAMA SYARIKAT SAYA.....JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

zuhairi hairi said...

ANTARA KANSER YANG MAMPU DIRAWAT DAN BERJAYA DIUBATI :

KANSER PARU-PARU
KANSER USUS BESAR
KANSER SERVIKS/PANGKAL RAHIM
KANSER PUNDI KENCING
LEUKIMIA
KANSER REKTUM/DUBUR
KANSER TULANG
KANSER OTAK
KANSER OVARI
KANSER HATI
KANSER NODUS LIMPA/LYMPHOMA
KANSER PAYUDARA
KANSER RAHIM
KANSER PROSTAT
KANSER PERUT
KANSER PANKREAS
KANSER PITUITARI
KANSER KELENJAR LIUR
KANSER VAGINA/FARAJ
KANSER KULIT
KANSER MULUT
KANSER HIDUNG
KANSER TIROID
KANSER TEKAK
KANSER TESTIS
KANSER ESOFAGUS/SALUR MAKAN
KANSER HEMPEDU/SALUR HEMPEDU
DAN LAIN-LAIN KANSER

Yos Favorite said...

Di Amerika Syarikat sahaja, kira-kira 15 juta orang dewasa mengalami gejala kemurungan dan telah secara rasmi didiagnosis dengan penyakit itu. Jadi kena ambil serius jika ahli keluarga mendedahkan symptom kemurungan.