Books

Books

[LIVE] Coronavirus Pandemic: Real Time Counter, World Map, News

30 November 2007

Misteri 911 - Penuh Teka Teki

Tragedi 911 yang masih lagi belum ada kesudahannya....

******************************************


T
erlalu banyak keberangkalian yang menakjubkan kepada kisah sebenar apa yang sebetulnya terjadi dan siapa yang menjadi pakar rancang sebenar di sebalik episod 911. Ini seharusnya mendesak agar ditubuhkan satu jawatankuasa bebas rakyat biasa (seperti yang pernah dilaksanakan dalam kisah kelentongan kes TWA yang meletup dulu). Jawatankuasa kerja ini seharusnya menyiasat segala fakta dan persoalan yang tidak terjawab sejak serangan ganas 911 itu. Jawatankuasa itu seharusnya dianggotai oleh rakyat bebas yang tidak ada kaitan dengan sesiapa dalam kerajaan AS. Di sini diturunkan satu senarai beberapa soalan yang mungkin terjawab melalui penubuhan badan siasatan bebas itu.

1. Kita mulakan dengan yang mudah sahaja. Ada laporan menyebut wujudnya pemesanan 'put option' yang besar jumlah dan nilainya terhadap saham syarikat penerbangan United dan American sejurus sebelum 911. Taruhan itu memberikan keuntungan besar seandainya harga saham merudum. Bahkan ada laporan bahawa transaksi saham itu ditempah juga di pasaran Eropah. Agensi CIA sepatutnya memantau semua jenis jualbeli saham seperti ini untuk membolehkannya mengenal pasti siapakah orang dalam yang mungkin terlibat dalam kisah 911. Sehingga kini, identiti orang ataupun kumpulan manusia yang terlibat dalam transaksi 'put option' dan jual beli saham tidakpun diketahui secara umum. Malahan ada laporan yang menyebut betapa satu urusniaga 'option' yang menghasilkan keuntungan bernilai $2.5 juta dollar masih belum dituntut oleh pihak yang menang dalam urusan jualbeli itu. Pihak FBI memang mudah dapat mengenal pasti orang ataupun kumpulan manusia yang terlibat dalam urusan dagang seperti itu kerana untuk berurusan seperti itu, seseorang perlu membuka satu akaun dengan broker saham dan mendeposit wang tunai sebelum mampu berurusan.

Adalah tidak sukar untuk FBI dan CIA menemui para broker saham di mana urusan itu telah terlaksana dan mengenal siapa yang berurusan. Ini merupakan satu pendekatan yang paling rapat untuk megecam orang yang terlibat dengan 911, tetapi FBI dan CIA sengaja enggan berbuat demikian. Kenapa?

2. Ada laporan mengatakan betapa tidak pernah wujud satupun nama orang Arab yang dicap sebagai pengganas di dalam senarai penumpang setiap pesawat (empat pesawat kesemuanya) yang terlibat dengan episod 911. Malahan, FBI dan CIA yang sebelum itu angkuh dengan kemudahan peruntukan yang berbilion dollar pernah mendakwa mereka tidak mempunyai sebarang maklumat akan kewujudan musuh seganas itu. Tetapi, dalam masa 48 jam, pihak FBI dan CIA telah berjaya mengeluarkan satu senarai nama lengkap dengan gambar 19 warga Arab yang didakwa menjadi pengganas di dalam pesawat yang dirampas itu, sedangkan tidak ada satupun nama mereka yang dirakam dan tersenarai dalam senarai penumpang setiap pesawat yang terbabit. Macam mana mereka tahu semua itu? Hanya dengan seseorang mempunyai nama berbau Arab, mereka mampu menentukan bahawa orang itu adalah 'pengganas' yang menaiki pesawat tersebut. Lagipun, tentu pembaca masih ingat, ketika nama-nama 'pengganas' itu mula-mula diedarkan kepada media, ada laporan media mengatakan betapa sesetengah pasport yang digunakan oleh 'pengganas' itu mungkin telah dicuri dan nama sebenar 'pengganas' adalah jauh bezanya dengan nama yang diedarkan kepada media.

3. Ada laporan yang menyebut segelintir penumpang yang dapat menggunakan telefon bimbit mereka daripada dalam pesawat yang dikatakan dirampas itu. Saya menggunakan istilah 'yang dikatakan dirampas' dalam kisah ini. Kemudian ada pula laporan oleh beberapa sumber tertentu bahawa panggilan telefon bimbit ini tidak ada dalam rakaman syarikat telefon yang menguruskan cas panggilan telefon. Kenapakah para perampas pesawat mengizinkan orang biasa yang menumpang pesawat membuat panggilan telefon kepada orang di bumi? Dalam ingatan anda adakah pernah berlaku rampasan pesawat terbang di mana orang yang menumpang dibolehkan membuat panggilan telefon? Bolehkah dibuat panggilan telefon dengan mudah ketika pesawat sedang meluncur di angkasa kira-kira 35,000 kaki tingginya dan beratus batu jauhnya daripada syarikat yang memberikan kemudahan telefon itu?

Ada laporan mengenai kotak hitam daripada pesawat itu yang merakamkan perbualan antara juruterbang dengan pengawal penerbangan di bumi, telah didapati musnah ataupun mempunyai rakaman perbualan tidak boleh dibenarkan untuk penelitian umum disebabkan alasan yang gila-gila. Pertama sekali, kotak hitam dibuat untuk mampu digunakan semula selepas menjalani deraan bencana kepalterbang yang paling dahsyat. Keengganan menedahkan rakaman kotak hitam itu dan segala data yang ada, tentu tidak membolehkan kita menilai apakah sebenarnya yang telah berlaku di dalam kokpit juruterbang dan siapa sebenarnya yang menerajui penerbangan setiap pesawat itu. Yang pasti, sudah tentu ada hubungan perbualan antara juruterbang dengan pengawal bertugas di menara kawalan. Sebaliknya, tidak ada seorangpun pengawal penerbangan yang telah ditemubual mengenai pengalaman mereka berurusan dengan semua juruterbang ketika pesawat juruterbang itu sedang dirampas.

Jadi, kalau adapun hubungan perbualan yang kita diberitahu ialah panggilan telefon dan perbualan segelintir penumpang pesawat dan seorang paramugari di salah satu pesawat terbang itu. Kalau adapun bunyi dalam kokpit yang pernah didengarkan kepada umum ialah bunyi pergelutan antara para penumpang dengan para perampas pesawat dalam kokpit 'Flight 93' yang terhempas di Pennsylvania. Adalah dikira penting agar mana-mana kotak hitam itu didengar untuk menilai perbualan antara juruterbang dengan pegawai di pusat kawalan, seandainya ia masih wujud lagi. Ini merupakan bahagian terpenting dalam misteri tekateki kisah ngeri itu. (Hingga hari ini, pengarah FBI Meuller enggan menyerahkan kandungan rakaman kotak hitam itu kerana takut ia akan mengganggu siasatan mereka dan kandungannya dianggap terlalu ngeri untuk pendengaran umum terutama para pewaris penumpang yang terkorban - pengarang)

4. Ada laporan mengatakan sudah wujud kini satu teknologi terbaru yang sudahpun terpasang di dalam pesawat 'UAV Global Hawk'. Teknologi ini pernah disebut secara imbasan oleh Presiden Bush sebaiknya berlaku tragedi 911. Bush berkata, pada masadepan, kita mesti mengukuhkan pintu kokpit dan membangunkan terus teknologi baru di mana seorang juruterbang di bumi boleh mengambil-alih pengawalan sesuatu pesawat yang dirampas di angkasa untuk mengemudikan pesawat itu di angkasa dan membawanya mendarat di bumi di landasan yang ditentukan terlebih dulu.

Bush menyebut teknologi ini kemungkinan dimajukan pada masadepan sedangkan dia sudah lama arif betapa teknologi ini sudah dimajukan bertahun lamanya dan sudahpun wujud kini!

Pada April 2001, sebuah pesawat telah terbang daripada USA ke Australia pergi dan balik tanpa sebarang manusia yang menjadi juruterbang di kokpit pesawat itu. Boeing merupakan sebuah syarikat yang memang sudah lama membuat kajian mencipta sebuah jet pejuang yang tidak perlu juruterbang bernyawa. Ujian terakhir terhadap pesawat itu dijadualkan pada Disember 2001. Dengan pesawat terbaru jenis ini, kita tidak lagi memerlukan khidmat seorang juruterbang bernyawa untuk mengharungi risiko menerbangkan pesawat itu ketika berperang. Lagipun ia menjimatkan belanja melatih juruterbang pesawat juang, yang kini memerlukan belanja sekitar dua hingga tiga juta dollar bagi setiap juruterbang pesawat juang. Jadi, apakah rumusan yang boleh diandaikan?

Ini bererti teknologi 'Global Hawk' yang menggunakan pesawat tanpa juruterbang yang disebut oleh Bush itu sudahpun lama wujud dan berkemungkinan sudah digunakan dalam peristiwa 911. Cuba bayangkan berapa banyakkah pesawat terbang yang boleh dikemudikan oleh seorang juruterbang yang terlatih secara dia duduk di depan skrin komputer untuk mengendalikannya? Empat. Berapa banyakkah pesawat yang terlibat dalam peristiwa 911? Empat juga.... Mengikut persatuan juruterbang pesawat komersial (Conference of Professional Commercial Airline Pilots), warga Arab yang dituduh 'merampas' pesawat itu tidak mampu mengendalikan semua pesawat itu, hanya melalui latihan yang mereka terima di sekolah penerbangan seperti yang dilaporkan dalam akhbar.

Sekarang, eloklah kita renungkan apa sebenarnya yang mungkin telah berlaku. Tidak ada seorangpun warga Arab yang ditohmah 'pengganas' mempunyai nama mereka tersenarai dalam senarai penumpang penerbangan kerajaan AS. Namun, dalam tempoh 48 jam gambar mereka (19 orang semuanya) disiarkan walaupun sebelum itu FBI dan CIA pernah membuat pengumuman betapa mereka tidak tahu-menahu bahawa peristiwa 911 itu mungkin dicetuskan. Sebenarnya empat pesawat itu tidak memerlukan sebarang juruterbang yang bernyawa kerana semuanya boleh diterbangkan secara kawalan jauh oleh seorang juruterbang terlatih dengan menggunakan teknologi Global Hawk daripada satu tempat di bumi.

Ini bermakna, 19 orang 'Arab yang dikatakan merampas' itu tidak perlu menaikki pesawat berkenaan. Malahan anda tidak perlu sebarang 'perampas'. Yang diperlukan ialah teknologi 'Global Hawk' untuk mengawal pesawat itu di bumi. Apabila kerjaan AS bertindak enggan merelakan maklumat daripada sebarang komunikasi antara juruterbang dengan pusat kawalan di bumi, kerajaan AS sebenarnya cuba memeram kemungkinan kenyataan juruterbang pesawat yang dirampas itu yang memberitahu menara kawalan betapa kemudi penerbangan pesawat mereka telah diculik oleh kuasa tertentu.

Anda mungkin mahu tahu apa yang terjadi kepada pesawat keempat, Penerbangan 93? Mengikut satu teori, teknologi Global Hawk, tidak berfungsi dengan baik di pesawat Penerbangan 93. Entah macam mana juruterbang pesawat itu berjaya menguasai semula kawalan pesawatnya. Seandainya Flight 93 berjaya mendarat dengan selamat di bumi, segala rahsia apa yang telah berlaku tentu terbongkar dan segala muslihat empat pesawat yang terbabit terbongkar sama. Satu rencana susulan terpaksa dilaksanakan.

Kerana itu Flight 93, dikatakan telah ditembak jatuh oleh jet pejuang AS.

Terdapat beberapa fakta sahih untuk menyokong kebarangkalian ini. Ada beberapa saksi yang mendakwa melihat Flight 93 meletup sebelum ia terhempas ke bumi. Mereka juga telah melihat sebuah jet pejuang tentera berlegar di angkasa berdekatan tempat pesawat 93 terhempas. Tambahan pula, terdapat laporan mengatakan wujudnya sebuah jet peribadi berwarna putih yang berlegar-legar di angkasa sebaik sahaja Penerbangan 93 jatuh terhempas, sedangkan pada waktu itu semua pesawat peribadi dikatakan telah menerima arahan untuk berada di bumi sahaja. Serpihan pesawat Penerbangan 93, dikatakan berselerak meliputi satu kawasan sekitar enam hingga lapan batu jauhnya daripada tempat pesawat terhempas. Ini adalah satu perkara ganjil kerana seperti yang disebut oleh kerajaan ada beberapa penumpang yang bergelut dengan para perampas dalam pesawat itu dan mereka sengaja membiarkan pesawat itu terhempas untuk mengelakkan pesawat itu digunakan untuk menyerang matlamat para pengganas itu. Adalah sukar untuk diterima akal melihatkan serpihan pesawat berselerak sehingga lapan batu jauhnya daripada tempat terhempas, melainkan pesawat itu sudah meletup dulu di angkasa sebelum jatuh terhempas ke bumi. Inilah satu perkara yang tidak mudah dijelaskan oleh kerajaan, lagipun kalau para penumpang sudah berjaya menumpaskan para pengganas, kenapa pula mereka merelakan pesawat itu jatuh terhempas? Apakah tidak mungkin juruterbang sebenar pesawat flight 93 itu mengemudikan pesawat mereka untuk mendarat dengan selamat?

Kini sudah muncul satu cerita 'hero' (kisah kartunlah tu... ala-kisah Al Maunah - penterjemah). Cerita itu dikeluarkan untuk menjawab semua soalan yang dikemukakan berkaitan dengan Flight 93 dengan tujuan mengelakkan perlunya ditubuhkan satu siasatan awam dengan harapan rakyat Amerika akan menerima apa juga penjelasan kerajaan Bush sebagai cerita benar. Lagipun George Bush Sr. sudah mengeluarkan kata-kata yang berbunyi: 'Jangan kelirukan rakyat dengan kebenaran.'

5. Tidak ada satupun jet pejuang tentera yang diarahkan memintas pesawat yang dirampas walaupun wujud masa pengumuman adanya pesawat itu diangkasa selama 30 minit hingga satu jam lamanya selepas pesawat itu dirampas. Kisah ini telah banyak ditulis oleh media alternatif yang bebas. Adalah satu amalan biasa (standard) untuk mengerahkan pesawat juang tentera ke angkasa sendainya didapati ada pesawat yang menyimpang daripada laluannya ataupun pesawat itu tidak berhubungan dengan pengawal di menara kawalan di bumi. Ini merupakan satu peraturan keselamatan yang normal kerana seandainya sesebuah pesawat itu mula melayari laluan yang menyimpang, ia berkemungkinan berlanggar dengan pesawat lain di angkasa. Soalan cepumas sekarang ialah siapa sebenarnya yang memberikan arahan agar pesawat tentera tidak dikerahkan memintas di angkasa dalam keadaan darurat yang amat jelas bahayanya? Kalaulah anda fikirkan nama Osama Laden yang membuat arahan itu sambil dia mengurut janggut di sebuah gua di Afghanistan, eloklah anda fikirkan orang lain sahaja. Orang yang mempu mengeluarkan arahan yang menyanggah amalan biasa adalah mereka yang mempunyai pangkat yang tinggi dalam kerajaan dan yang menjadi salah seorang ataupun sebahagian kumpulan 'Perancang Utama' sebenar yang merencana serangan negeri itu.

6. Apa perlunya mencetuskan peperangan di Afghanistan gara-gara kejadian 911, sehingga melibatkan berbilion dollar? Minyak, minyak, minyak.... adalah jawapannya. Unocal, sebuah syarikat minyak gergasi, bersama dengan beberapa individu yang ada kaitan dengannya mahu menguasai minyak yang bernilai enam trillion dollar (awas.. kita sebut trillion dan bukannya bilion dollar lagi) di Lautan Kaspian.... yang berjiran dengan Afghanistan. Apakah anda perlu diingatkan bahawa Bush dan timbalan presiden Dick Cheyney secara kebetulan adalah orang yang kaya raya dalam industri minyak dan syarikat Haliburton Corporation yang dimiliki oleh Cheyney berkemungkinan membuat kerja-kerja membina saluran paip minyak merentasi Afghanistan yang berbilion dollar harganya untuk menyalurkan minyak di pasaran dunia. Adalah penting juga untuk diingatkan betapa pemimpin negara terbaru Afghanisan pernah satu ketika bertugas sebagai seorang pegawai di Unocal. Alangkah mesranya segala rencana?

Kumpulan yang akan menyauk keuntungan besar daripada peperangan mengganyang 'pengganas' adalah para pengusaha kelengkapan perang. Bapa kepada George Bush Jr. merupakan salah seorang yang ada kaitan dengan syarikat kelengkapan perang yang nombor lima terbesar di dunia ini - Carlyle Corporation. Bukankah hubungan ayah dan anak seperti ini disebut nepotisme? Ini bererti dalam bahasa kerajaan yang memerintah, anda mempunyai seorang bapa ataupun sanak-saudara yang akan untung besar daripda tindakan kerajaan anda. Sebagai satu ingatan sampingan: setakat Oktober 2001, keluarga Osama bin Laden adalah merupakan pelabur besar dalam Carlyle Corporation tetapi dipaksa menjual pegangan saham mereka disebabkan kontroversi yang dicetuskan oleh hubungan mereka. Keluarga Bush dan keluarga Osama bin Laden memang sudah lama bergelumang dengan perniagaan yang sama untuk satu waktu yang panjang. Alangkah seronoknya kisah ini.

Rakyat Amerika dan Eropah sudahpun diasak minda mereka betapa peperangan mengganyang pengganas itu akan memakan masa yang panjang. Alangkah mengaibkan apabila syarikat yang dikemudikan oleh ayah Presiden Bush tidak mengeluarkan barangan untuk zaman damai. Tentu bapanya akan mendapat keuntungan besar apabila dunia berada dalam keadaan aman dan tidak berperang lagi.

Satu lagi alasan penting peperangan dicetuskan di Afghanistan ialah untuk menguasai pasaran candu poppie yang diperlukan untuk mengeluarkan dadah heroin di dunia. Tentu ada yang terfikir Presiden Bush akan menggunakan kuasanya memerangi dadah dan menghentikan pembikinan herion di Afghanistan setelah Amerika berjaya menguasai negara itu. Sebaliknya sudah ada laporan betapa Pakatan Utara yang sedang menguasa pentadbiran negara telah mengembangkan perusahaan itu dan penanaman poppi di Afghanistan. Apakah benar keluarga Bush, Cheyney dan CIA terlibat dalam pengedaran dadah seperti yang disebarkan secara meluas, di merata dunia?

7. Kemungkinan bahawa salah satu muslihat yang terdedah ialah Osama Bin Laden bukannya 'perancang utama' serangan 911 seperti yang ditohmahkan. Ini jelas terpapar selepas kejadian 911 itu, tidak ada lagi sebarang tindakan ganas 'pengganas' yang dicetuskan terhadap Amerika, baik di AS mahupun di Eropah. Tidak ada satu butir pelurupun yang telah dilepaskan. Tidak ada satu bom yang diledakkan oleh 'pengganas' pimpinan Osama bin Laden di AS dan juga di Eropah.

Cuba fikirkan apakah jenis 'perancang utama' ataupun raja pengganas jenis apakah Osama bin Laden, yang dikatakan pernah melancarkan serangan ganas terhadap Amerika di bumi AS sendiri tetapi tidak mampu mencetuskan sedikit gerakan ganas terhadap 'musuh' ketatnya Amerika Syarikat sejak 911? Afghanistan menjadi mangsa dibom bertubi kali menjadi padang jarak padang terkukur, berkecaian harta benda rakyatnya dan mengorbankan jiwa yang tidak berdosa, kaum wanita, golongan tua dan kanak-kanak dibunuh dengan kejam oleh kekuatan Amerika - alangkah aibnya perkara ini? Pasukan Al Qaeda pimpinan Osama Bin Laden dibunuh dan dihapuskan dan pengganas yang dimusuhi itu tidakpun menyerang balas? Kita telah diberitahu oleh kerajaan AS bahawa Osama bin Laden mempunyai ribuan 'talibarut yang bertapa' menunggu masa untuk melancarkan gerakan ganas di AS dan Eropah. Kita ditunjukkan rakaman video Osama bin Laden dan pegawai Amerika menyebut betapa rakaman video itu mengandungi kod rahsia yang digunakan oleh Osama Laden untuk memberi arahan kepada para pengikutnya melancarkan keganasan di AS dan Eropah. Tetapi sehingga kini tidak ada satu bendapun yang berlaku yang mengaitkan keganasan 'pengganas' Osama Laden di AS dan di Eropah.

Perkara yang menipu itu bukan terhenti di situ sahaja. Apa yang digembar-gemburkan sebagai 'perancang utama keganasan' Osama bin Laden yang menyebabkan Presiden Bush mengirimkan satu angkatan tentera yang besar dan kuat untuk menangkap ataupun membunuhnya, telah menghilang secara menakjubkan. Ini telah menyebabkan pembayar cukai Amerika kerugian berbilion dolar dan kini pegawai Pentagon berkata mereka berkemungkinan gagal menjejaki Osama bin Laden. Kenapakah sebabnya? Kalau anda benar-benar serius mahu menangkap Osama Laden adalah lebih murah memberikan tawaran hadiah bernilai satu bilion dolar untuk menangkapnya dan para penyokong beliau. Bukankah ini lebih bermakna daripada mengirim satu pasukan tentera ke Afghanistan yang menyebabkan terbunuhnya ribuan orang awam yang tidak berdosa, termasuk anggota Taliban dan angkatan tentera Amerika? (Ada laporan mengatakan AS mempunyai rencana menakluki Afghanistan dan menyingkirkan Taliban beberapa bulan sebelum terjadinya episod 911..... masih ingatkah anda kisah minyak di Lautan Kaspian dan projek saluran minyak?)

Wahai rakyat Amerika..... bangunlah...... waspada dan hentikan menggoyang bendera negara, kalau itu pernah menjadi amalan kebanggaan anda. Carilah seorang presiden yang baru, dan calon baru bagi timbalan presiden, Peguama Negara, Setiausaha Negara baru dan Setiausaha Pertahanan yang baru. Dapatkan pemimpin baru untuk FBI dan CIA. Dapatkan orang lain yang mampu menjalankan tugas mempertahankan hak asasi anda, dan bukannya menafikan hak anda itu dan segala kebebasannya. Carilah orang lain yang mampu mengesan Osama Laden dan pembunuh yang menggunakan racun anthrax. Carilah seorang presiden yang akan mencari jalan terbaik mengelakkan peperangan dan yang berusaha membawa kedamaian di dunia ini - yang tidak mempunyai seorang bapa yang meraih keuntungan besar daripada syarikat perang daripada peperangan yang dicetuskan oleh anak lelakinya. Carilah seorang presiden dan pegawai kerajaan yang amanah dan tidak mahu memulakan satu peperangan di Afghanistan untuk membunuh ribuan orang yang tidak berdosa semata-mata kerana mahu memasang saluran paip untuk menyalurkan minyak bernilai trillion dollar harganya daripada Lautan Kaspian. Inilah juga presiden Amerika yang akan menguasai pasaran dadah heroin di Afghanistan. Wahai rakyat Amerika, bangunlah dan sedarlah daripada impian anda sebelum terlambat.

Terlalu banyak yang sudah tertulis di internet mengenai apa yang berkemungkinan merupakan kisah sebenar tragedi 911 dan kesannya. Alangkah baik kalau ada sesiapa yang mampu merencana dan mengumpulkan usaha agar tertubuhnya satu jawatankuasa gerak kerja seperti yang disarankan pada awal penulisan ini, lengkap dengan kewangan dan biaya serta peguam yang berwibawa untuk melancarkan satu siasatan yang adil. Mungkin juga satu kes boleh dirangka dan dibawa ke pengadilan mahkamah, agar perancang utama sebenar episod 911 dan sekongkolannya itu dapat dikenakan hukuman yang seadil-adilnya.

22 November 2007

Kisah Presiden IRAN

Susah nak cari pemimpin negara camni??..... Agak-agaknya ada tak pemimpin negara Islam lain camni :-)

*************************************************


Fox News TV (Amerika Syarikat) di dalam temuramahnya bertanya kepada Presiden Iran, Dr Mahmoud Ahmadinejad "Apabila anda melihat ke cermin Venetian pagi, apa yang anda perkatakan kepada diri sendiri ?" Beliau menjawab : Saya melihat kepada insan yang berada dalam cermin tersebut dan berkata kepadanya, "Ingatlah, anda adalah tidak lebih daripada seorang hamba yang lemah, menanti di hadapan anda hari ini adalah sebuah tanggungjawab yang amat berat dan ianya adalah berkhidmat kepada negara dan rakyat Iran।

Ahmadinejad, Presiden Iran yang mengejutkan ramai sewaktu mula-mula tiba di pejabat Presiden apabila beliau mendermakan segala permaidani Iran yang berharga kepada sebuah masjid di Tehran dan menggantikannya dengan permaidani murah yang biasa.

Beliau mendapati bahawa terdapat sebuah bilik istirahat yang besar lagi mewah yang berfungsi untuk menerima dan menyambut kehadiran tetamu VIP, lalu beliau telah mengarahkan agar bilik itu ditutup dan meminta pejabat protokol untuk menyediakan sebuah bilik lain yang sederhana serta hanya dilengkapi dengan kerusi-kerusi kayu.

Beliau juga telah banyak kali turut bersama-sama dengan pekerja-pekerja majlis perbandaran untuk membersihkan jalan-jalan yang berada di sekitar kawasan rumah serta pejabatnya.

Di bawah pentadbirannya, setiap kali beliau melantik mana-mana individu untuk memegang jawatan menteri, beliau akan mengarahkan individu tersebut untuk menandatangani sebuah dokumen yang menggariskan pelbagai syarat-syarat yang perlu dipatuhi, terutamanya yang menekankan bahawa individu tersebut harus sentiasa kekal dalam kesederhanaan dan akaun-akaun persendirian serta milik ahli keluarganya akan sentiasa diperhatikan dan perlu meninggalkan pejabatnya kelak dalam keadaan yang bermaruah. Oleh itu, adalah satu kesalahan yang besar untuk individu tersebut dan ahli keluarganya mengambil kesempatan ke atas jawatan yang dipegangnya itu.

Perkara pertama yang beliau isytiharkan selepas memegang jawatan Presiden adalah pemilikan hartanya yang 'Besar' iaitu sebuah kereta Peugeot 504 model tahun 1977, sebuah rumah lama yang kecil yang diwarisi daripada bapanya 40 tahun yang lalu di salah sebuah kawasan yang termiskin di Tehran, akaun simpanannya yang tidak berbaki dan sumber kewangan yang masuk ke dalam akaunnya hanyalah daripada gaji yang diterimanya sebagai seorang pensyarah di Universiti yang berjumlah hanya 250 Dolar Amerika sebulan.

Beliau masih lagi tinggal di rumahnya yang lama itu. Itulah sahaja harta yang dimilikinya. Beginilah kehidupan seorang Presiden kepada salah sebuah negara yang terpenting di dunia ini, dari sudut lokasinya yang strategik, ekonomi, politik serta pemilikan sumber minyak dan sistem pertahanannya.

Beliau malah langsung tidak mengusik gaji Presidennya dengan sebuah hujjah bahawa segala kekayaan adalah menjadi hak milik negaranya dan beliau mempunyai amanah untuk memeliharanya.

Salah satu perkara yang amat menakjubkan buat kakitangan-kakitangan di pejabatnya adalah sebuah beg yang sentiasa dibawa setiap hari. Di dalamnya mengandungi makanan sarapan paginya, sedikit roti sandwic atau roti biasa dengan minyak zaitun dan keju yang disediakan oleh isterinya. Beliau menikmati makanan-makanan tersebut dengan begitu ceria sekali.

Perubahan lain yang dilakukannya adalah menukar jet peribadinya sebagai seorang Presiden menjadi kapal terbang kargo untuk menjimatkan perbelanjaan daripada hasil wang rakyat dan beliau menegaskan bahawa beliau akan terbang menggunakan pesawat awam biasa pada kelas ekonomi.

Beliau kerap mengadakan mesyuarat dengan semua para menteri untuk mengetahui segala aktiviti mereka dan keberkesanan pelaksanaannya.

Di samping itu, beliau juga telah menutup pejabat pengurus Presiden demi untuk memudahkan para menteri untuk berjumpa dengannya tanpa perlu meminta keizinan terlebih dahulu.

Beliau telah membubarkan beberapa acara seperti majlis karpet merah untuk menyambut tetamu, sesi fotografi serta segala bentuk pengiklanan atau promosi peribadi sewaktu mengadakan lawatan ke pelbagai tempat di dalam negaranya.

Setiap kali beliau perlu untuk menginap di hotel, beliau akan memastikan bahawa beliau hanya akan diberikan bilik tanpa katil yang besar kerana tidak gemar untuk tidur di atas katil sebaliknya lebih suka untuk tidur di atas lantai dengan sebuah tilam sederhana dan sehelai kain selimut.

Dalam salah sebuah gambar berikut menunjukkan beliau sedang tidur di dalam bilik tetamu di rumahnya tanpa ditemani oleh para pengawal peribadinya yang sentiasa bersama dengannya ke mana sahaja beliau pergi. Gambar tersebut telah diambil oleh adiknya, menurut laporan akhbar Wifaq yang kemudian menyiarkannya di dalam ruangan akhbar mereka. Pada keesokan harinya, gambar tersebut telah disiarkan di dalam kebanyakan akhbar-akhbar di seluruh dunia termasuklah di Amerika Syarikat.

Sewaktu ingin menunaikan solat, anda boleh lihat yang beliau tidak duduk di barisan pertama. Gambar yang lain pula menunjukkan beliau sedang menikmati hidangan makanannya yang amat sederhana.








10 November 2007

Abdullah Gul Berdiri Tegak Di Bumi Sekular - Turki

Abdullah Gul Berdiri Tegak Di Bumi Sekular

Bersempena Aidil Fitri baru-baru ini Presiden Turki Abdullah Gul telah melangsungkan perkahwinan anak perempuannya Kubra Gul di Istanbul. Abdullah merupakan bekas Menteri Luar kerajaan AK pimpinan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan yang diketahui cenderung kepada ideologi Islam, sesuatu yang malangnya asing dalam Turki moden yang sekular sejak kemunculan Mustapha Kamal Atartuk.

Isteri Abdullah, merupakan isteri presiden yang pertama yang mengenakan pakaian menutup aurat, suatu amalan yang dikawal ketat oleh undang-undang dan peraturan Turki.


Kubra mencium tangan Abdullah diperhatikan oleh suaminya dan PM Erdogan

Namun kesungguhan Abdullah dan Perdana Menteri Erdogan melalui parti AK untuk memperkenalkan kembali Islam, di bumi yang telah menghapuskan saki-baki daulah Islamiah dizaman Mustapha Kamal itu, dilakukan dengan penuh cermat dan berhati-hati. Sesungguhnya kewibawaan dan ketokohan kedua-dua pemimpin ini, yang bersih dan berakhlak telah berjaya menawan hati majoriti rakyat Turki yang dahagakan kepimpinan seumpama itu.

Cuba kita lihat upacara perkahwinan anak Presiden ini. Menurut sebuah akhbar Turki majlis yang diadakan di Istanbul Preformance and Congress Centre itu telah dihadiri oleh lebih 4,500 orang tetamu. Tetapi atas arahan Abdullah majlis itu diadakan dalam keadaan serba sederhana.

Majlis akad nikah disempurnakan oleh Datuk Bandar Istanbul Kadir Topbas dengan Perdana Menteri Erdogan dan bekas Speaker Parlimen Bulent Arinc sendiri bertindak sebagai saksi.

Abdullah telah mengarahkan agar tidak ada jambangan bunga diberikan sebagai hadiah. Jika ada juga yang berhajat berbuat demikian, mereka diminta menanam sebatang pokok di hutan simpan di Kayseri, iaitu kampung Abdullah dan menurut laporan telah lebih 1,000 batang pokok ditanam bagi tujuan itu. Dan menurut sebuah lagi laporan selain dari barang kemas yang dihadiahkan oleh ahli keluarga, kebanyakkan hadiah lain telah disedekahkan atas arahan Abdullah kepada keluarga anggota tentera Turki yang terkorban semasa menjalankan tugas.

Dan menurut sebuah lagi akhbar, Abdullah tiba ditempat upacara dengan menaiki kenderaan persendirian, bukannya kenderaan rasmi Presiden. Kata Abdullah beliau menghadiri majlis anaknya itu sebagai seorang bapa dan bukannya Presiden Turki.

Subahanallah demikianlah akhlak Presiden Turki, Abdullah Gul.

Dan sudah pastilah anak beliau dan hampir kesemua tetamu yang hadir dimajlis tersebut berpakaian menutup aurat sebagaimana yang disyariatkan oleh Islam. Begitulah kalau kita bersungguh mahu kembali kepada Islam, walaupun perlembagaan negaranya menjunjung sekularisma, namun cahaya Islam terus diketengahkan dengan berani dan penuh hikmah oleh para pejuangnya dengan harapan satu hari nanti rakyat Turki sendiri akan sedar dan bangun membawa perubahan menyeluruh.

Islam di Malaysia bagaimana?

perkahwinan anak perempuan Abdullah Gul
[1509.jpg]
[xinsrc_4421004150839800366710.jpg]
[xinsrc_45210041508393412693711.jpg]
[xinsrc_45210041508396523158012.jpg]


http://www.turkishdailynews.com.tr/article.php?enewsid=85945
http://azharahmad.com/blog/2007/10/31/dari-emel-abdullah-gul/