Books

Books

[LIVE] Coronavirus Pandemic: Real Time Counter, World Map, News

13 October 2005

Minyak Iran musnahkan AS

KHABAR angin sudah mula tersebar mengenai kemungkinan pelancaran Bursa Minyak Iran (IOB) menjadi pemangkin bagi satu tamparan hebat terhadap kedudukan dolar Amerika Syarikat.

Iran semakin hampir untuk memulakan penetapan harga minyaknya dengan menggunakan mata wang euro. Ia dijangka menguntungkan semua pihak — kecuali Amerika Syarikat.

Sekiranya Amerika tidak bertindak untuk campur tangan, langkah Iran itu sudah pasti akan mengukuhkan kedudukan euro dalam perdagangan minyak antarabangsa.

Dolar Amerika Syarikat sejak lebih setengah abad lalu menjadi mata wang dunia paling kukuh dengan kira-kira 70 peratus simpanan mata wang dunia dibuat mengguna mata wang itu.

Ini mungkin satu penjelasan yang logik mengapa republik Islam itu akan menjadi sasaran Amerika selepas Iraq.

Ia berkait rapat dengan hakikat bahawa harga minyak, komoditi paling penting yang diniagakan di dunia, sebahagian besarnya ditetapkan dalam dolar Amerika. Kebanyakan negara yang mengimport minyak perlu membeli keperluan minyak mereka dalam dolar Amerika.

Krisis hutang Amerika menjadikan ekonominya yang rapuh bergantung kepada permintaan tinggi terhadap matawangnya bagi memastikan ia kekal terapung.

Kini, ada langkah yang akan diambil Iran — pengeluar minyak mentah kedua terbesar dunia dan negara yang dicop sebagai satu daripada paksi kejahatan oleh Presiden George W Bush — akan mengancam kedudukan dolar Amerika itu.

Tehran baru-baru ini mengesahkan rancangannya untuk mewujudkan bursa perdagangan minyak berdasarkan euro bagi menyaingi bursa minyak yang dikuasai dolar di London dan New York, kedua-duanya milik Amerika.

Jika ia berjaya, Bursa Minyak Iran (IOB) dijangka membuka peluang kepada euro bertapak dalam perdagangan minyak antarabangsa, lantas mengukuhkan statusnya sebagai mata wang pilihan dalam urusan jual-beli minyak.

IOB akan memastikan minyak mentah, petrokimia dan komoditi lain yang berkaitan diniagakan dalam euro.

Tetapi, persoalan di sini ialah matlamat Iran dalam bertindak demikian.

Menurut ahli ekonomi, tindakan Iran ada wajarnya lebih-lebih lagi Kesatuan Eropah menjadi rakan perniagaan utama Iran. Ia juga akan menjadi tamparan hebat kepada musuh nombor satunya, Amerika. Dengan harapan untuk menjadikan Iran sebagai pusat perdagangan minyak, ia juga akan membolehkan republik Islam itu muncul sebagai negara berpengaruh di Asia Barat.

George Perkovich, pakar mengenai Iran di Carnegie Endowment, Washington, menyifatkan tindakan negara itu sebagai ‘sebahagian daripada strategi pintar dan kreatif Iran untuk bertindak apa sahaja dan pada masa yang sama mendorong pihak lain menentang Amerika Syarikat.’

Langkah ekonomi itu mungkin serangan pertama dan paling berkesan terhadap musuh utamanya.

Menurut laporan yang disiarkan Asia Times baru-baru ini, ‘perniagaan minyak dalam euro akan menguntungkan berjuta-juta orang, baik di Kesatuan Eropah mahupun rakan perdagangannya. Ia juga akan melonggarkan cengkaman Amerika terhadap anggota Opec.’

“Satu daripada mimpi ngeri Simpanan Persekutuan Amerika akan mula menjadi realiti pada 2006 apabila pembeli antarabangsa mempunyai pilihan untuk membeli minyak dalam dolar Amerika di New York dan London atau membelinya dalam mata wang euro menerusi bursa di Iran,” kata seorang lagi pakar ekonomi.

Bursa Minyak Iran juga akan merancakkan lagi penukaran mata wang asing daripada dolar kepada euro.

Langkah menukar kepada simpanan euro daripada dolar akan menjatuhkan nilai mata wang Amerika itu. Rakyat Amerika terpaksa berbelanja lebih banyak untuk barangan import. Apabila negara dan ahli perniagaan menukarkan simpanan dolar mereka kepada euro, pasaran dan hartanah Amerika pasti akan musnah.

Menurut Global Politician, kesan penukaran mata wang simpanan itu akan menjadi bencana kepada Amerika Syarikat. Amerika akhirnya terpaksa berhenti mengimport.

Jika Iran melancarkan IOBnya, dolar Amerika akan menjadi lemah dan euro bertambah kukuh — mempercepatkan lagi kejatuhan ekonomi Amerika.

Beberapa ahli ekonomi juga menyuarakan keyakinan mengenai cita-cita Iran itu dengan berkata, kesan Bursa Minyak Iran itu terhadap dolar dan ekonomi Amerika adalah lebih dahsyat dibandingkan dengan serangan nuklear Iran.

#################################################################
Hebat dan bijaknya Iran dalam memerangi Amerika Syarikat(AS). Sekarang AS sedang berdepan 2 musuh ketatnya iaitu Iran dan China bukan menerusi peperangan berdarah, tapi peperangan ekonomi.

No comments: